BAB 34 : PERTEMUAN AWAL MEMBIBITKAN PERSAHABATAN

Start from the beginning
                                    

"Ni mesti balik awal ni kan?" balas Kak Nab lagi


"Ishh, balik awal apa, dah nak balik ni, boss pun dah bagi kebenaran, bini kat rumah tak tahan dah katanya" balasku semula, terdiam Kak Nab, diikuti gelak ketawa Malik dan beberapa orang lagi yang hanya mendengar.


Begitulah aku, kalau sembang bab gitu, memang takkan kalah. Memang aku sering dijadikan bahan kalau hal macam ni, memandangkan isteriku jauh, tapi bukan senang nak kenakan aku. Memang diorang yang akan malu balik kalau nak kenakan aku. Boleh dikatakan rakan-rakan sekolah tahu akan perangai gia-gila aku ni, mereka kata aku happy je, macam tiada masalah, dan apa yang mereka respect aku sebab aku boleh hadapi hidup bersendirian membesarkan anak. Kalau lah mereka tahu sisi gelapku.......


"Tahniah Cikgu Hisham, terima kasih banyak-banyak sebab tolong pantau projek tu, skang ni semua dah selesai" kata Pengetua sewaktu aku dipanggil ke pejabatnya.


"Hal kecik je Tuan, bukan susah sangat" jawabku merendah diri.


Aku lega sebab projek tu dah pun selesai, kontrak pun telah ditandatangani, semuanya telah diluluskan dan menara itu akan beroperasi sepenuhnya dalam seminggu dua lagi. Sewaktu perjumpaan terakhir, kami ditaklimatkan oleh Encik Farouk tentang perjalanan operasi menara itu dan hal yang berkaitan. Turut hadir dalam pertemuan itu ialah kontraktor, Encik Hasrul, pegawai JPN dan PPD serta Puan Fasihah.


Melihatkan Puan Fasihah, aku tahu dia sedang menderita zahir dan batin. Dia tidak seperti yang mula-mula aku kenali, ini dia jadi pendiam, dan kurang bercakap. Sejak suaminya Rahizam, yang juga merupakan kawan baikku mengalami kemalangan, hidup mereka suami isteri berubah dari segi fizikal dan mental, dan paling ketara ialah emosi. Aku pun tak berani nak melawak tak tentu pasal dengan Puan Fasihah, walaupun sesekali aku cuba membuat kelakar namun disahut dalam keadaan yang hambar.


Setelah aku diminta oleh Rahizam untuk 'membantu' isterinya, sehingga kini aku masih berkira-kira. Tidak pernah terlintas langsung untukku bersama Puan Fasihah, kerana sifatnya begitu menjaga pergaulan, penampilan dan bicara. Pernah aku cuba memberikan joke double meaning, namun tidak dilayan, tidak seperti Ustazah Masyitah mahupun Puan Rosnah. Maka sebab itulah Puan Fasihah tidak masuk dalam fikiranku untuk aku jadikan sasaran imaginasiku.


Namun, semua berubah setelah Rahizam menyuarakan hasratnya, aku mula menyimpan perasaan pada Puan Fasihah, cuba untuk berbaik dengannya dalam keadaan yang lebih santai. Ini adalah untuk mempersiapkan emosinya, sekiranya cadangan suaminya itu dipersetujui, aku juga yang mendapat kebaikannya.


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Zam macam mana Fas?" soalku ketika menghantar dia ke kereta selepas pertemuan itu.


"Macam tu la Cikgu, tapi dia cuba untuk buat sendiri, dia tak mau susahkan Fas sangat" jawab Puan Fasihah


Setiap kali kami berbual, lisan mahupun whatsapp, tidak putus-putus aku memberikan semangat padanya, sesekali aku call untuk berbual dengannya agar dia tidak rasa terlalu tertekan. Aku rasa seronok apabila sesekali ada jugak dia ketawa apabila aku buat joke. Hubungan aku dengan mereka menjadi lebih baik sejak kemalangan itu. Kini, setelah isteriku pulang, aku suarakan pada meraka yang kami ingin menziarahi mereka sekiranya ada kelapangan nanti.


Hasrat suaminya itu perlu aku bincangkan bersama isteriku, aku tidak mahu membelakangkannya kerana isteriku tahu akan kisah yang menimpa pasangan itu. Dan permintaan suaminya itu bukan calang-calang permintaan, jadi isteriku berhak tahu, dan aku perlukan pandangan isteriku juga dalam hal ini. Boleh je aku belakangkan isteriku, tetapi dalam kes ini, aku rasa tak wajar kerana pasangan itu dalam keadaan dukalara, dan permintaan itu bukan atas dasar swing atau keseronokan semata-mata, tetapi lebih kepada memenuhi keperluan yang terhalang yang dialami oleh Puan Fasihah.


Petang itu, aku bersama anak dan isteriku ke pasar malam untuk mencuci mata dan membeli sedikit makanan, dah juga melayan permintaan isteriku yang telah lama tidak ke pasar malam. Suasana masih terkawal lagi, kebanyakan peniaga baru sahaja menjalankan operasi, dan ada juga yang sedang mengemas meja untuk mula berniaga. Para peniaga makanan biasanya akan beroperasi awal, dan kami datang pada waktu ini adalah untuk menjadi pelanggan yang awal dan juga malas nak bersesak-sesak sekiranya menjelang malam. Banyak juga makanan yang dibeli oleh isteriku yang kemaruk nak makan itu ini, setelah sekian lama tidak menjamahnya. Aku ikutkan sahaja walaupun aku tahu pada akhirnya makan itu akan berakhir di dalam peti sejuk, dan ke tong sampah.


"Eh, cikgu..." terdengar suara yang sangat kukenali menegurku. Aku toleh, kulihat Puan Fasihah.X


"Eh, Fas, baru balik keje ke?" soalku kerana melihat dia masih berpakaian rasmi, berbaju kurung dan bertudung lagi.


"Ye, ni isteri cikgu ke?" tanyanya merujuk kepada isteriku lalu dia menghulurkan tangan bersalaman, disambut oleh isteriku dengan terpinga namun masih melemparkan senyuman.


"Ayang, ni la wife kawan abang tu, Zam, yang abang ceritakan tu"


"Ooooooo...." Panjang 'O' isteriku kerana dia sedia maklum akan kisah Fasihah dan suaminya yang ditimpa kemalangan itu. "Baru hari ni dapat jumpa, suami saya ada cerita, Fasihah kan? Nama akak Nor"


"Ye kak, Fasihah, panggil Fas je. Cikgu banyak tolong kami kak, tak terbalas rasanya budi dia" kata Puan Fasihah pada isteriku


"Dah tanggungjawab kita hidup bermasyarakat"


"Nanti ada masa, jemput la ke rumah, boleh sembang-sembang lagi" sambung Puan Fasihah.


"InsyaAllah Fas" jawab isteriku, mereka bersalaman kerana masing-masing nak cepat.


...BERSAMBUNG

.

.

RUMAHKU SYURGAKU : SIRI 5Where stories live. Discover now