BAB 27 : MELAYANI 'SUAMI'

3.9K 29 0
                                    



"Bang, nanti ajak kawan abang tu, makan kat rumah kita" aku memberi cadangan kepada suamiku petang itu selepas pulang dari sekolah.


"Kawan yang mana, siapa?" soal suamiku sambil menghirup teh O


"Cikgu Sham tu la, member badminton abang"


"Ooo, kawan sekolah awak jugak" juih suamiku.


"Ye la...."


"Kenapa nak ajak dia?"


"Dia kan kawan abang, lagi pun dia takde wife, apa salahnya Sue masak, kita makan sama-sama. Lagi pun tentu abang nak borak panjang dengan dia, lama kut tak jumpa" jelasku panjang lebar.


"Ooo, ingat ada apa-apa tadi"


"Ishh, abang ni, macam la dia tak pernah datang rumah kita" juihku pula


"OK la, nanti abang ajak dia, malam esok kalau ikutkan ada game"


Sejak aku mengandungkan anaknya, Cikgu Sham tidak pernah datang ke rumah. Kebetulan pulak cuti sekolah, memang tiada kesempatan untuk kami mempelawanya datang. Aku ingin masak untuknya, aku suka dia makan masakanku. Aku ingin layannya seperti suami, dan inilah caranya dalam bab makan-makan ni. Aku cuba 'menjadi isterinya' sebaik yang boleh, namun terdapat kekangan, hanya melakukan apa yang boleh sahaja. Aku tau Cikgu Sham tidak pernah meminta, tetapi sebagai 'isteri', aku mesti memberikan yang terbaik padanya. Dalam hal ranjang, memang aku telahpun memberikan yang terbaik, tetapi hal lain dalam kehidupan, aku tidak berupaya melakukannya sebagaimana aku melayani suamiku sendiri.


"Dia setuju, esok malam boleh ke?" ujar suamiku ketika kami di atas katil bersiap untuk tidur.


"OK bang, nanti Sue nak ke Tesco beli barang sikit"


"Sue plan nak masak apa?"


"Tak tau lagi, tengok la nanti apa yang ada"


Kami tidur tanpa melakukan apa-apa, hanya ciuman dan pelukan selamat malam. Sejak aku mengandung, jarang sekali aku melakukan persetubuhan bersama suamiku. Aku kurang bernafsu padanya, kerana ingatanku hanya pada Cikgu Sham. Aku ingin melakukan bersamanya. Walaupun suamiku tidak mendapat kepuasan denganku, namun aku tahu dia curi-curi mendapatkannya di luar. Semasa di kampung, suamiku pernah keluar selama dua hari dengan alasan pulang ke rumah dan melakukan sedikit tugasan di sekolah. Aku tahu, dia bertemu skandalnya. Dan aku tidak peduli, sebab aku juga mempunyai Cikgu Sham. Pandai-pandai la dia.


************


"Sue, tadi Nan telefon, dia ajak makan malam kat umah, Sue OK ke, larat ke nak masak?" tanya Cikgu Sham semasa kami berselisih di koridor menuju ke bilik guru.


"Dia ada cakap kat Sue, Sue OK je, Sue larat la masak" jawab ku senyum. "Datang tau malam ni"


RUMAHKU SYURGAKU : SIRI 5Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon