BAB 10 : UJI DIUJI

5.8K 59 1
                                    


Hari-hari selepas peristiwa itu berlalu seperti biasa. Cikgu Sham tidak lagi mengungkit peristiwa tempoh hari. Gurauannya juga tidak menjurus kepada 18sx dah, cuma sesekali double meaning tu mengusikku. Aku senang dengannya, anaknya juga baik dan dengar kata. Tak susah bagiku menjaganya. Suamiku pun dah boleh menerima kehadiran Adam di rumah, dan dia sering bertanyakan tentang anak-anak ini, sebab dia risau aku tidak berupaya menjaga kedua-duanya serentak, namun, aku berjaya.


"Ros, nak minta tolong sikit boleh?" aku menerima panggilan telefon dari Cikgu Sham jumaat itu, hari cuti. Aku hanya berdua dengan Fiya sahaja di rumah.


"Tolong apa cikgu?"


"Boleh tak saya tinggal Adam rumah Ros sekejap, time jumaat sebab pengasuh Adam tak sihat" pintanya


"Eh, boleh je cikgu. Datang la" jawabku


Inilah pertama kali Cikgu Sham minta tolong tentang hal ini, sebelumnya dia kata dia meninggalkan Adam di rumah pengasuh sewaktu solat Jumaat atau pun semasa dia berkursus. Namun, di sebabkan faktor kesihatan, Cikgu Sham meminta pertolonganku. Bagiku, tidak menjadi masalah, bukan lama pun, dalam dua jam je. Lagi pun bukan aku tak biasa dengan Adam.


"Thanks Ros" ujar Cikgu Sham yang segak berbaju Melayu itu. Aku senyum memberitahu yang aku tidak keberatan menjaga Adam. Bagiku, elok juga sebab Fiya boleh bermain-main dengan Adam sementara aku melakukan kerja-kerja rumah.


Rumahku riuh dengan keletah hilai tawa dua orang kanak-kanak itu. Berlarian berkejar mereka berdua, dan apabila kepenatan, mereka ke dapur minta air. Aku dapat menguruskan kerja-kerja tanpa gangguan Safiya, aku kemas dapur, susun pinggan mangkuk dan melipat pakaian. Biasanya orang lelaki akan pulang solat Jumaat dalam pukul 2.15. Sementara menantikan kedatangan Cikgu Sham, aku menonton TV bersama mereka, dan bermain phone. Entah bila pun aku tak sedar, keduanya terbaring lena di atas karpet, ketiduran mungkin keletihan bermain. Aku membetulkan tubuh mereka berdua, meletakkan bantal agar selesa dan memperlahankan TV.


"Cikgu, nanti terus masuk rumah, jangan bunyi loceng sebab budak-budak ni tidur" aku menghantar whatapps pada Cikgu Sham.


Melihatkan keadaan ini, timbul fikiran nakal di benakku untuk mengusik Cikgu Sham. Aku tahu dia akan masuk terus ke rumah sebab aku dah minta dia buat begitu. Jadi, aku ingin mengenakannya. Aku ke bilik, aku tanggalkan pakaian, dah hanya bertuala. Aku basahkan sedikit rambutku dan kembali ke ruang tamu, meninjau di tingkap. Tidak lama kemudian, kereta Cikgu Sham tiba, kelihatan dia memasuk kawasan rumah, lalu pantas aku ke dapur mendiamkan diri. Aku terdengar bunyi tolakan pintu, dan bunyi pintu ditutup. Aku pasti Cikgu Sham terus ke ruang tamu melihat anak-anak sedang tidur.


"Ros...Ros...." Terdengar bunyi suara Cikgu Sham memanggilku nada berbisik yang agak kuat, dan segera melangkah keluar dari dapur.


"Hah!!!" aku pura-pura terkejut melihatkan kelibat Cikgu Sham yang berdiri di ruang antara dapur dan ruang tamu. "Bila cikgu sampai?" tanyaku berpura.


Tak berkelip mata Cikgu Sham memandang tubuh ku yang dibaluti tuala ini. Dia memandangku atas bawah, terlopong tidak berkata.

RUMAHKU SYURGAKU : SIRI 5Where stories live. Discover now