BAB 32 : PENGORBANAN SEORANG SUAMI

Magsimula sa umpisa
                                    


"Kalau ikutkan bulan ni, tapi ada kes kat sana, kena hold sampai bulan depan, dia dah apply. Harap lulus la. Lagipun dia teringin nak tengok Adam sekolah" kataku


Sepatutnya isteriku pulang bercuti minggu hujung bulan ini, namun ada kekangan yang tidak dapat dielakkan membuatkan cutinya terpaksa di tangguh, bukan dia sahaja, boleh dikatakan semua staf dibekukan cuti. Jadinya, kalau tiada aral, isteriku akan pulang pada hujung bulan hadapan.


"Nanti kalau dia balik, kenalkan la kat aku dengan Fas" sambung Rahizam.


"InsyaAllah Zam, mesti, aku akan kenalkan" janjiku.


************


Pada suatu hari Khamis itu, aku bermalam di rumah Puan Rosnah, aku membawa Adam bersama, kebetulan suami Puan Rosnah keluar selama tiga hari. Kedatangan kami dialukan, dan malam itu, seperti pasangan lain yang menikmati malam jumaat, aku juga mengecapinya bersama Puan Rosnah. Sedang anakku tidur di bilik tamu, aku merangkak masuk diam-diam ke bilik Puan Rosnah, dan memadu kasih mengecapi nikmat bersama. Namun, hasratku untuk melakukan morning sex terganggu apabila aku dihubungi oleh kontraktor, yang memberitahu ada sedikit masalah di lokasi yang memerlukan aku datang melihat untuk membuat keputusan bersama. Bergegas aku mencapai seluar track dan menyarung baju T tanpa kolar menuju ke sekolah.


"Jadi, kami cadang nak alihkan sedikit, dalam dua kaki ke sini, yang ada tanda merah ni. Dia tak menjejaskan apa-apa, cuma kami kena maklumkan juga kepada pihak encik" jelas Encik Hasrul menceritakan permasalahan yang berlaku.


Aku diberikan penerangan jelas tentang perkara itu, namun aku perlu dapatkan kepastian dan persetujuan dari pihak Majlis. Encik Hasrul pun berfikir perkara yang sama, lalu dia minta aku menerangkan hal itu kepada Puan Fasihah kerana Encik Hasrul terpaksa meninggalkan site untuk menghadiri mesyuarat di Alor Setar. Aku menelefon Puan Fasihah, mujurlah dia ada di rumah, dan akan datang untuk melihat keadaan itu.


"Thanks Fas sebab datang" sapaku ketika Puan Fasihah sampai ke tapak.


"Takpe, apa kisahnya" tanyanya direct.


"Macam ni, tadi kontraktor cakap, tapak nak pacak tiang tu ada batu besar, jadi tak boleh nak drill. Dia cakap kena ubah sikit dalam dua kaki ke tepi. Saya kata takpe kalau lari dengan plan, dia kata OK sebab benda ni pernah jadi. Sebab tu saya call Fas, nak tanya pendapat" jelasku panjang lebar


"Tapak tu kat mana sepatutnya" dia bertanya


Oops! Ang larawang ito ay hindi sumusunod sa aming mga alituntunin sa nilalaman. Upang magpatuloy sa pag-publish, subukan itong alisin o mag-upload ng bago.
RUMAHKU SYURGAKU : SIRI 5Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon