Part 1

777 28 0
                                        

Kakashi sedang berbaring di atas salah satu dahan pohon berdekatan dengan akademi pokok yang selalu ditempatinya jika terdapat masa luang, sebelah tangannya dibawa kebelakangan kepala sebagai sandaran kepada pohon sebelah lagi memegang sebuah buku berkulit jingga..

Dia tiada misi, sudah dua hari dia direhatkan kerana kecederaan cakranya yang masih dalam waktu penyembuhan, dia sepatutnya berehat di rumah tetapi kerana bosan dia merayau keluar dan bertenggek di pohon kesukaannya.

"Hokage-sama ingin berjumpa dengan keseluruhan pek Hatake" seorang ANBU muncul tiba-tiba. Kakashi berkerut dahi memikirkan mengapa Yondaime ingin bertemu dengan keseluruhan kumpulannya.

"Baiklah saya akan mengumpulkan mereka" Balas Kakashi. ANBU itu mengangguk sebelum hilang dalam pusaran daun gugur.

Dia mengambil kurang sejam untuk mengumpulkan mereka dan bertemu di pejabat hokage. Hokage keempat itu kelihatan sibuk dengan kertas kerjanya.

Minato mengangkat wajah apabila pintu pejabatnya di ketuk. Muncul Kakashi bersama keluarga kecilnya.

"Yondaime-sama" Mereka serentak menundukkan kepala kepada lelaki itu sebagai menghormati ketua mereka. "Awak nak jumpa kami, Sensei?" Kakashi bersuara di hadapan mereka. Minato tersenyum.

"Saya ada permintaan kepada awak semua, mungkin terlalu banyak tapi saya benar-benar perlukan bantuan awak." Mereka hanya saling berpandangan

"Awak semua tahu undang-undang Konoha mewajibkan setiap omega dibawa umur memiliki sekurang-kurangnya seorang penjaga sama ada beta atau alpha, bukan?" Minato memandang pek Hatake seorang demi seorang.

Matanya tertancap kepada Anko khususnya kerana wanita itu telah dilahirkan memiliki sifat omega walaupun kadangkala tingkah lakunya terlalu agresif untuk seorang omega.

"Baiklah omega cenderung mengabaikan penjagaan diri sendiri dan semua orang menganggap kami adalah kumpulan yang lemah" Anko cemberut. Raidou, seorang beta menepuk lembut belakang wanita itu sebagai isyarat menenangkannya.

"Adakah kamu semua keberatan jika saya meletakkan seorang omega pra-remaja dalam pek awak?." Minato berterus terang, menatap Kakashi penuh harap.

"Maa, Sensei kenapa saya? Bukan banyak lagi keluarga besar yang boleh menjaga dia, seperti Sarutobi, Nara malah Yamanaka dan banyak lagi dari mereka" Kakashi enggan membesarkan lagi keluarganya, baginya cukuplah apa yang dia miliki sekarang.

Pek Hatake tidak besar seperti yang lain. Malah keluarganya bukan dari golongan darah yang sama. Dia cenderung membawa mereka yang kehilangan keluarga ke dalam kumpulannya. Dia baik-baik saja dengan kumpulan kecilnya.

"Sandaime pada mulanya mahu mengambilnya sebagai anak angkat tetapi orang-orang tua Sarutobi menentang keputusan tersebut memandangkan keluarga omega ini bukan berasal dari Konoha." Minato mengeluh.

"Hokage-sama, bukankah omega tanpa keluarga akan diserahkan sepenuhnya di bawah jagaan rumah anak yatim atau pengajar jounin mereka?" Genma bersuara. Minato tersenyum.

"Ya, seperti yang awak cakap dia sepatutnya diberi tanggungjawab kepada pengajar jouninnya tetapi..." Minato berjeda seketika. "Malangnya dia telah kehilangan pembimbing Jouninnya dan keseluruhan ahli kumpulannya bulan lalu. Mereka terbunuh dalam serangan hendap di luar kampung" Hokage diam seketika. "Dan mengikut peraturan panti asuhan, sesiapa yang lulus genin tidak dibenarkan untuk tinggal lagi di rumah anak yatim."

Dia menoleh tepat kepada Anko "Anko budi bicara awak sebagai Omega sangat diperlukan dalam hal ini. Omega ini sangat terpukul dan menyalahkan dirinya atas apa yang berlaku, dia sebenarnya membuat permohonan untuk hidup sendiri tetapi pakar psikologi tidak meluluskan permintaan itu,"

"Sensei saya belum memberi kata putus" Kakashi hampir membentak.

"Kakashi, saya tidak meminta awak menjaganya selamanya, apabila dia ditempatkan dalam pasukan baru dia diberi hak untuk kekal bersama kamu atau pengajar joninnya. Untuk sekarang tiada pasukan yang tersedia untuknya" Minato bersandar pada kerusinya. Jarinya bermain dengan pen birunya.

"Bakashi! Alpha jenis apa membiarkan omega malang tanpa perlindungan walaupun sebentar" Obito muncul entah dari mana memberi pandangan menilai kepada Kakashi.

Lelaki berparut itu, telah kembali dari kematian sebulan selepas Konoha mengesahkan dia mati dalam peperangan. Nampaknya nasib menyebelahinya apabila dia muncul dengan parut di sebelah wajahnya. Tiada siapa berani bertanyakan apa-apa kepada Uchiha itu. Hanya Minato dan pasukannya yang tahu apa yang berlaku.

"Nah! Kalau awak prihatin kenapa awak tidak bawa dia masuk dalam Klan Uchiha, hanya sebentar, bukan?!" Kakashi menjeling. Obito merengus.

"Minato sensei sudah meminta saya sebenarnya, Jika diikutkan hati, saya tidak akan meninggalkan dia tetapi Uchiha memiliki orang-orang tua yang sejenis keldai yang tidak mahu darah mereka tercemar oleh seseorang yang tidak tahu dari mana asal usulnya" Obito merengus.

"Berhenti bergaduh Obito, Kakashi." Rin, gadis beta itu cuba menenangkan kedua rakan pasukannya apabila kedua alpha itu membocorkan feromon pergaduhan mereka.

Kakashi mengeluh, menarik kembali kawalan baunya. Lalu berpaling memandang kepada kumpulannya yang masih tidak cukup ahli kerana yang lain sedang dalam misi. "Jadi, Anko, Raidou, Genma, apa pendapat awak?" Kakashi mahu mendengar pendapat mereka dahulu.

"Saya tiada masalah, lagipun menambah seorang lagi omega tidak memberi masalah yang buruk kepada saya dan saya tidak kisah jika dia memilih untuk kekal" Anko tersengih.

"Saya tidak kisah, saya juga yakin Gai dan Tenzou juga tidak kisah" Genma berkata, Raidou disisinya hanya bersetuju. Kedua beta itu saling mengangguk.

Kakashi menarik nafas. "Saya akan lakukan apa yang awak mahu, sensei. Dan kami yakin Gai dan Tenzou juga tidak keberatan. Jadi jika boleh, saya mahu tahu siapa omega ini?" Kakashi berkata. Minato hanya tersenyum segar.

"Awak akan tahu esok apabila saya menghantarnya kepada awak. Tolong layan dia dengan baik Kakashi" Minato merenung tajam. Mengetahui benar dengan sikap Kakashi.

Pada keesokan harinya hanya tinggal Anko dan Kakashi di ruang utama rumah Hatake manakala yang lain telah keluar lebih awal untuk bertugas. Masing-masing hanya bertugas di kampung hanya Gai yang masih berada di luar bersama pasukannya untuk misi jounin mereka.

Wanita berambut ungu itu telah dilepaskan dari sebarang misi selama seminggu untuk menemani dan membuat omega yang bakal tinggal dengan mereka menjadi selesa.

Menjelang makan tengah hari, wad keselamatan berdengung. Kakashi dan Anko sama-sama menyedari bahawa itu adalah cakra milik Tenzou dan seseorang yang asing bagi mereka.

Anko segera membuka pintu untuk menyambut mereka. Berdiri di hadapannya seorang Anbu berpakaian lengkap dengan topeng bercorak kucing dan seorang lelaki yang kelihatan feminin dibelakangnya.

"Hokage-sama mengarahkan saya untuk membawa dia kepada awak" Anbu itu berkata lalu menyerahkan sebuah fail kepada Kakashi.

Kakashi mengambil tanpa banyak tanya yang dia tahu kemungkinan itu adalah maklumat peribadi omega yang bakal menyertai kumpulannya.

"Selamat datang, saya Mitarashi Anko dan ini Hatake Kakashi." Anko bersuara ceria untuk mengalu-alukan kedatangan omega itu sebaik sahaja Anbu yang ditugaskan itu pergi. Kakashi hanya mengangguk sekilas kepada Tenzou di bawah topeng Anbunya.

"Sa..saya.. Umino Iruka.. salam kenal" dia gugup. Kakashi boleh tahu. Dia juga dapat menghidu betapa pekatnya bau tertekan dan ketakutan yang dikeluarkan oleh remaja itu. Tidak menghairankan untuk seorang genin. Kakashi akan pastikan mereka akan mengajarnya cara menekan bau menggunakan cakra.

Kemudian dia dapat menghidu bau kemesraan yang dikeluarkan Anko. Kakashi segera berundur untuk memberi ruang kepada dua omega itu bersendirian.

Anko terus membawa omega yang tertekan itu duduk di sofa membalut omega itu dengan pelukan lembut untuk menenangkannya.

Bersambung...

My OmegaWhere stories live. Discover now