BAB 23 : BATU ASAS PECAH TANAH

Start from the beginning
                                    


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Bateri kong ni Farah" kata Cikgu Sham


"Dah tu nak buat macam mana cikgu?" tanyaku, kerana aku memang tak reti bab-bab kereta ni, tau bawak je.


"Kena tukar le, beli bateri baru"


"Bateri tu memang dah takleh pakai ke?"


"Out of service" jawabnya ketawa kecil menyengih. Aku turut tersenyum.


"Mahal tak?"


"Tengok jenis, biasanya dekat dua ratus gak kalau macam ni"


"Nak kena beli la ni?"


Haa la, kalau nak kete ni idup"


"Macam mana nak tukar, nak start pun tak boleh, macam mana nak pi kedai pomen?" soalku yang masih kurang jelas


"Tak yah bawak kete ni, beli bateri, tukar sendiri je" jawabnya konfiden.


"Cikgu boleh buat ke?"


"Boleh Farah, senang je"


"Kalau gitu, cikgu tolong boleh....hehehehee" balasku senyum ketawa mengharapkan pertolongannya.


"Boleh, takde masalah. Jom kita gi beli"ajaknya.


"Sat nak bersiap dulu" pintaku


"Isshh, tak payah, ni pun dah comel" sambung Cikgu Sham senyum ke arahku.


"Alaa, tak selesa macam ni" jawabku.


Aku hanya memakai seluar jeans dan baju T lengan panjang warna hijau, bertudung bawal sahaja. Hanya lapisan bedak nipis di wajahku serta gincu yang tidak berapa menyerlah. Aku rasa macam kurang selesa sekiranya keluar dengan berkeadaan begini.


"Kita bukan nak tengok wayang, hehehe....pi kedai bateri je" sindir Cikgu Sham.


Aku akur. Kami bergerak ke pekan menaiki kereta Cikgu Sham. Aku meriba Adam di seat hadapan yang selalu sahaja mengusikku. Semasa Cikgu Sham sibuk melihat keadaan keretaku, Adam selalu sahaja menyakatku. Kini di dalam kereta pun dia masih nak bermain-main denganku. Sesekali Cikgu Sham memarahi anaknya itu kerana Adam agak nakal mengusikku.

RUMAHKU SYURGAKU : SIRI 5Where stories live. Discover now