BAB 13 : KERANA DEMAM

Start from the beginning
                                    


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Errmm...." Aku kelu. Memang aku tak sedar. "Cikgu Sham pegang dahiku? Ahh, mengapa aku tak sedar. Memang tidur mati" getus hatiku.


"Jom saya bawak Ros ke klinik, panas sangat badan Ros ni" ajaknya.


"Tak payah kut cikgu, sikit je ni" aku cuba melawan demamku.


"Takde sikitnya, jom. Siap-siap la, saya tunggu luar" katanya. "Nak saya tolong siapkan ke?"


"Errr...takpe, Ros boleh buat"


"Saya tunggu luar" terus Cikgu Sham berlalu meninggalkan ku.


Aku bangun, aku kaget kerana aku tidak memakai pakaian dalam. Aku rasa Cikgu Sham mesti ternampak akan bahagian tubuhku yang terlarang ketika aku sedang lena. Aku jadi malu, tapi aku akan diamkan je. Benda dah jadi. Aku bersiap ringkas. Aku memakai seluar dan baju T, aku sarung tudung yang tercapai sahaja, aku keluar mendapatkan Cikgu Sham yang telah sedia menunggu. Aku melangkah perlahan.


"IC bawak tak?" soalnya. Aku mengangguk kerana semuanya di dalam beg tanganku yang aku bawa bersama.


Kami menuju ke keretaku yang sedia parking dan enjin telah pun dihidupkan. Bila masa Cikgu Sham dapat kunci keretaku, aku pun tak tau. Selepas masuk, dia memandu menuju ke bandar. Aku memberitahu klinik yang biasa aku pergi. Selepas mendaftar, kami menunggu di ruang menunggu. Sewaktu, hendak duduk, aku hampir terjatuh sebab pening, mujur disambar oleh Cikgu Sham yang memegang lengan dan pinggangku.


"Sorry cikgu" kataku melabuhkan punggung. "Ros pening tadi"


"Takpe" jawabnya yang masih memegang lenganku sebelum melepaskannya


"Sorry cikgu, susahkan cikgu je"


"Takpe, tak susah pun, tanggungjawab hidup berjiran. Takkan saya nak biarkan Ros macam ni"


Apabila pembantu Klinik memanggil nama Puan Rosnah, kami bangun, lalu aku memegang lengannya.


"Saya OK cikgu" kataku agak malu dipegang begitu. Tak ada lelaki lain yang pernah memimpinku macam tu.


"Kang Ros jatuh" jawabnya ringkas terus membawaku masuk ke bilik doktor.


RUMAHKU SYURGAKU : SIRI 5Where stories live. Discover now