17. Nafas

34 3 0
                                    

"Adik mana? Kenapa biar adik pergi?!!" Ayah, Dato' Adib Petra menjerkah kuat anaknya. Soalan yang sama berulang buat kali kelima.

Kerana Syiraz bungkam semenjak Aariz meninggalkan tempat. Dadanya berombak laju. Bibirnya pucat, hidungnya berdarah. Seluruh tubuhnya berpeluh.

"ADIK MANA, SYIRAZ?!" Kesabaran Ayah senipis tisu.

Anak lelaki itu memilih untuk tidak menjawab. Dalam diam, dia cuba mengatur nafas.

"Abang..." Raudhah cuba menenangkan suaminya. Walau pada hakikatnya, dia juga panik.

"Budak ni, ei! Anak kita hilang, Raudhah! Syiraz tak jaga elok-elok! Atau.. kau halau dia?!!" Ayah menolak bahu Syiraz kasar, sehingga dia jatuh terduduk ke atas sofa di belakangnya.

"Kau memang tak puas hati dengan dia?!"

Syiraz geleng. Tatapannya kosong. Nafasnya tersekat-sekat. Oksigennya semakin singkat.

"Sudahlah, abang. Hidung dia berdarah tu!" Raudhah menghalang suaminya dari mendekati Syiraz.

"...tak.. tak boleh nafas.." Syiraz mula terasa sesak.

"Adik mana!?" Suara Ayah masih muncul.

Tangannya memukul dada sendiri berkali-kali.

"Tak boleh nafas! Tak boleh nafas!"

Raudhah pantas mendakap anaknya erat. "Shhh, umi ada.. umi ada.."

Raudhah memilih untuk membahasakan dirinya umi kerana Syiraz memanggil arwah ibu kandungnya umi.

"Umi!" Teriak Syiraz. Dia membalas pelukan itu erat. "Tak boleh nafas, Umi..."

Malangnya Raudhah tidak dianggap, melainkan dianggap sebagai orang lain.

"Aariz mana!?"

"Umi, tak boleh nafas Umi!!"

Berbagai teriakan memenuhi rumah itu, Raudhah hanya mampu menenangkan anak lelakinya yang berumur 15 tahun dengan pelukan.

Dan sejak itu, Syiraz sentiasa diserang anxiety apabila berinteraksi dengan sosok yang dipanggil Ayah.

Bab 17: Nafas

"Siapa yang datang ambil result kau lepas habis trial?" Soal Amir. Syiraz bungkam.

"Aduh! Apa masalah kau?!" Amir melirih sakit selepas merasakan kepalanya diketuk oleh seseorang.

Mata Ryan tajam memandang sahabatnya. "Trial pun dalam sebulan lagi, kau dah fikir tentang result?"

"Biar! Sekarang ni, apa fasal kau pukul aku?!" Amir membalas pandangan tajam Ryan sebelum kembali menahan sakit. "Argh, Ryan! Ampunn!"

Ryan mencubit telinga Amir sedikit kasar. Rasakan!

"Sakit! Apa salah aku?!!" Amir pantas menarik rambut Ryan sehingga kepala Ryan terdorong ke arahnya.

"Lepas, Amir."

"Lepas dulu telinga aku!"

"Lepas rambut aku dulu," Nada Ryan tenang.

Sekejap, ini gaduh-gaduh manja.. atau gaduh-gaduh kasar?

"Lepas aku dulu!!"

Syiraz pula hanya mampu menggeleng pasrah sebelum meleraikan mereka berdua. "Sudah, berhenti."

Senja Terakhir [COMPLETE]Where stories live. Discover now