Working Hours Flexibility

183 9 15
                                    


Hai semua...

Tengah buat apa tu?
Tengah busy bekerja ke tu?
hehe

Author nak tanyalah pendapat korang,
Korang kerja sekarang time fix ke ada some sort of flexibility? I mean in terms of working hours and kedatangan ke office.

Author ada dengar macam2 type of felxibility dlm kerja.
Ada yang ofis kata 8 jam sehari, tak kisah nak masuk pukul berapa atau balik bila asalkan cukup 8 jam dalam sehari. Untunglah kan, datang lambat, balik lambat. Datang pukul 8 balik pukul 5. Masuk pukul 9, balik pukul 6...

Ada yang ofis wajibkan 40 hours a week, terpulang nak datang jam berapa balik jam berapa, asalkan cukup 40 jam seminggu. NI lagi best, ada hari kerja la 8 jam lebih, ada hari kurang 8 jam. Contohnya, bg yg kerja jauh, mcm isnin pagi dan jumaat petang kan jam teruk. So isnin pagi boleh datang lewat, jumaat petang boleh balik awal. Dengan syarat, hari2 lain kerja lebih masa sikit, in order utk dapatkan 40 jam seminggu.

Ada pula ofis yang tak kisah sgt pasal attendance, asalkan datang setiap hari, sekejap pun takpe walaupun cuma 2,3 jam, sebab boleh buat kerja remotely (wfh), cuma kena available lah utk call & discussion during working hours..

Ada juga yg author pernah dgr, yg pelik sikit, banyak rules, contohnya.
Official working hours is 8.30-5.30 (8 hours minus lunchreak))
Waktu wajib ada di ofis is 9.30-4.30 (6 hours minus lunchbreak)
Lepastu staff kena complete 40 hours a week, tapi kena ada dalam ofis at least 7 hours daily.
So paling lambat boleh datang pukul 9.30, balik pukul 5.30 plg awal (min 7 hours minus lunchbreak)
Paling awal boleh balik pukul 4.30, so kena masuk by 8.30 plg lewat (min 7 hours minus lunchbreak)
Tapi nak datang lagi awal or balik lagi lambat pun takde masalah. Sebab kena cukup 40 jam seminggu,
So kebiasaannya datang 8-5, 8.15-5.15, 8.30-5.30, 8.45-5.45, 9-6, 9.15-6.15 etc.....

Ada pula company yang bagi kuota wfh sehari dalam sebulan. Ada yg bagi 3 hari dlm sebulan. Ada yang bg 10 hari setahun.. Macam2 la...
Seminggu sehari pun ada..

Ramai yg suka flexibility, tapi ada juga yg tak suka. Sebab semua org pun akan work ikut diorg punya pace and timing. So kadang2 ada org tak suka sbb susah nak suite time orang lain, dan dia sgt tak suka diganggu outside office hours yang dia dah pilih utk kerja,.

So author nak tanya la, korg punya workplace ada this kind of flexibility tak? Atau situasinya lain dari macamni?
Share your experience and your thoughts about this!

Celoteh DinoWhere stories live. Discover now