Bab 29

29 3 0
                                    

"Huh!"

Cristy hempas tubuh atas katil kasar. Mukanya usah kata, masam macam dah makan asam dalam kuantiti yang banyak. Tak lepas bibir itu dari bebel sesuatu yang kurang jelas. Bebel siapa lagi kalau bukan Dez kan?

"Siapa yang salah? Aku ke Dez? Semua yang berlaku sebab Dez tapi kenapa aku pulak yang dipersalahkan? Salah aku apa? Salah aku sebab tak maafkan Dez? Ceh!" Bebel Cristy penuh emosi marah.

Bebel punya bebel, telefon miliknya berdering nyaring meminta diangkat. Meski malas tetap digagahkan tangannya mencapai telefonnya di atas meja sisi. Tanpa melihat nama pemanggil, terus saja dia melekapkan telefon ke telinga.

"Assalamualaikum penganggu ketenangan ku wahai Ica. Boleh tak jangan call time mood tak okay? Aku belum habis bebel buruk pasal si Dez. Kalau Ica nak call pun, please call malam ni boleh?"

Bukannya marah, malah talian di belah sana terkekeh ketawa dengan celoteh dari Cristy.

Wait what?!'

Tengok skrin,

Allah....

Cristy nak pengsan!

Speak of the devil, here comes Dez!

"Apa yang kau bebel kan? Tak nak kongsi rezeki bebel dengan aku?" Sakat Dez sengaja menjadikan topik bicara.

Cristy urut kepala lalu dia hentak kecil kaki. Berubah rona mukanya kerana malu tak terkata. Tak cukup itu, bibirnya digigit banyak kali. Malu!

"Ma-mana ada saya bebel dekat sesiapa?"

Mudah sekali tawa keluar dari bibir Dez. Entah apa yang menghiburkan tapi sungguh tawa itu sedikit menganggu jantungnya yang dah pam laju seakan memberi isyarat akan sesuatu.

Tidak!

Cristy takkan jatuh cinta! No!

"Aku suka dengar kau bebel pasal aku. Sekurang-kurangnya aku tahu, kau masih ambil berat hal aku." Ucap Dez dengan ukiran senyum manis.

"Eh? Siapa ambil berat pasal awak? Saya bebel maksudnya saya tak suka! Anak buah awak si Adam tu, selalu salahkan saya atas sebab saya tak maafkan awak. Salah awak kan? Suka hati sayalah nak maafkan atau tak. Betul tak?" Soal Cristy senafas tanpa memikirkan hati yang sedang sakit ketika ini.

"Yeah..."

Ayat pendek dari Dez sedikit sebanyak buat Cristy serba salah. Dia tahu tidak sepatutnya perasaan ini bermukim tapi dia bisa apa?

Idea terbaik, Cristy pindah topik akan hal lain. Tidak sanggup juga jika Dez terus-menerus menyalahkan diri. Boleh saja untuknya memaafkan Dez tapi bukan sekarang. Belum masanya.

"Awak stay Italy berapa hari?"

Lama Dez diam di hujung talian sebelum dia bersuara sedikit putus asa.

"My work isn't finished yet. I don't know how long I plan to stay here."

Dez mengeluh berat. Dia lakukan semua ini demi Cristy. Moga saja selepas ini tiada perkara buruk berlaku pada Cristy.

"I promise you that I am coming back to you. The sooner I get finished, the sooner I can come home to you." Janji Dez tidak main-main.

Rona merah menghiasi kedua pipi Cristy. Perlahan namun pasti, dia hempas tubuh atas katil. Bantal dicapai dan dia menekup mukanya. Bibirnya tersenyum. Berbunga riang hatinya tanpa sebab.

'Iya ke tanpa sebab? Bukan sebab Dez ke?' Bisik hati kecilnya seakan bersepakat nak menyakat dirinya.

"Balik Malaysia, jangan datang rumah saya. Saya tak suka!"

The Dez (COMPLETE) ✅Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora