𝑠𝑤𝑒𝑒𝑡 12

93 24 4
                                    

Alat kawalan jauh diselaraskan supaya suhu penghawa dingin dapat menyejukkan ruang tamu mewah itu.


Beg kerja yang terdampar di atas lantai dibiarkan tanpa dikutip. Petang yang panas dan memenatkan.

"Bik! Bibik!" Jerit Rabiatul kuat. Tidak lama selepas itu, muncul wanita separuh abad dari ruang dapur.

"Ya, cik?" Sahut wanita tua itu.

"Sediakan air kosong satu." Cuaca di Malaysia yang agak panas mengundang rasa kering tekak. Bibirnya juga sering menggelupas kerana sinaran mentari yang terlalu panas.


"Baik, cik." Akur dengan arahan majikannya, wanita yang dipanggil bibik itu kembali ke ruangan dapur.


"Mama baru balik?" Rabiatul menegur tatkala batang tubuh ibunya terjengul di muka pintu.

"Mama ada urusan sedikit itu yang lewat sampai rumah. Esok hujung minggu, kamu tak keluar mana-mana?" Soal mak lang kepada anak gadis sulungnya.

"Malaslah. Esok Rubi nak rehat. Penat menghadap doktor senior cerewet dekat hospital tak habis lagi."


"Adat bekerja macam itulah. That's why I always remind you to work on your emotional self regulation and learn how to deal with difficult people as they're everywhere." Pesan mak lang buat sekian kali.

"Mama, I think I need to release my stress." Keluhan terbit dari mulut itu. Bebanan kerja dan tekanan daripada pihak atasan hampir saja membuatkan dia hilang kesabaran di tempat kerja hari ini.

"Bagus anak mama. Salah satu caranya adalah ini." Fail disorongkan di hadapan Rabiatul.


"What's this, ma?"

"Open it."

Rabiatul menurut. Jemarinya menyelak setiap halaman fail memperlihatkan helaian kertas yang penuh dengan butiran peribadi beberapa orang lelaki bekerjaya hebat.

"I don't get it, ma. Apa maksud mama sebenarnya?"

"Yang mana satu Rubi berkenan? Mama akan kenalkan. Semuanya anak bujang kenalan mama. Anak Tan Sri, anak Dato', dan pada muka surat terakhir kerabat diraja. So ,which one?"

"Mama. Rubi langsung tak tertarik. Semua nampak macam kaki perempuan." Bibir Rabiatul terjuih. Dia kenal hampir kesemua anak kenalan mama. Anak-anak orang kaya yang menghabiskan masa berpelesiran dan membuang duit kepada wanita murahan.

"Rabiatul. Mama cuma pilih yang terbaik untuk anak mama."

"Jadi mama nak Rubi ikut langkah mama kahwin dengan lelaki kaya? Masalahnya mama bahagia ke?"

"Rabiatul Hajra!" Jerkah mak lang. Apa yang Rabiatul fikirkan sehingga memerli ibu sendiri seperti itu?

"Rubi jatuh cinta dengan orang lain. Rubi sayangkan dia walaupun dia cuma anggap Rubi tidak lebih macam adik sendiri. Jadi mama jangan bimbang sebab anak mama takkan alami takdir yang sama macam mama dahulu. Rubi akan usaha untuk dapatkan cinta Rubi."


"Rubi sudah fikir masak-masak?"

"Ya, Rubi akan cuba sedaya upaya untuk dapatkan cinta dia. Rubi cuma nak mama sokong Rubi."

Mak lang mengangguk memberi restu. Sekiranya Rabiatul betul-betul memaksudkan apa yang dikatakan, sebagai ibu dia tidak akan menghalang hubungan anaknya. Rabiatul bebas memilih apa sahaja yang dia mahu. Dari jenis fesyen mahupun pasangan hidup, seorang ibu tidak berhak menyekat cita rasa zuriatnya.

"Siapa orangnya? Jemput dia datang ke rumah kita senang mama dengan papa nak berkenalan."

Rabiatul menggeleng. Senyum tipis di bibir mungil itu memicu kebingungan di benak wanita bergelar ibu.

"Mama dengan papa dah kenal dia. Razia pun kenal."

"Kenal? Maksud Rubi, kita pernah bertemu dengan dia di social gatherings kenalan mama ke?"

"Nope, dekat rumah atuk. Sepupu Rubi, Abang Taaqid. Satu-satunya anak mak long."

"Taaqid?" Mak lang hampir terperanjat mendengar nama itu.

Anaknya menyukai sepupu sendiri?

"Rubi betul ke ni? Mama tak pernah nampak dia layan kamu dengan istimewa. Mama tak mahu anak mama hadap kekecewaan yang sama macam mama." Keruh air muka mak lang. Tidak dapat disorok kebenaran yang dia takutkan Rabiatul akan patah hati.

"Ya, mama. Rubi tak main-main. Rubi akan fight untuk rasa cinta ni mama."

Dia kenal Rabiatul bagaimana. Rabiatul bukan seorang gadis yang mudah mengalah. Haih, nampaknya dia perlu merisik kakak sulungnya untuk bertanyakan perihal Taaqid. Semoga sahaja anak saudaranya belum dimiliki oleh siapa-siapa.





🍰




Happy reading.
Habislah lepas ni😐
Confirm semua berebut taaqid.

ManisWhere stories live. Discover now