Bab 1

557 18 0
                                    

"Jom turun makan?" Ajak Humaira yang sedang bersiap memakai tudung. Layla yang sedang berbaring di atas katil selepas selesai menunaikan solat asar bangkit dan memandang Humaira.

"Kalau dengan kau, aku ikut. Kalau ada Luq, aku taknak." Jawab Layla lalu menjuihkan bibirnya.

"Kenapa pulak?" Soal Humaira.

"Aku tak selesa lah. Engkau tak rasa ke benda tu buat aku rasa awkward?"soal Layla pula.

"Luq suruh ajak kau! Nanti engkau lapar." Balas Humaira.

"Takpelah, aku boleh turun sendiri." Jawab Layla lalu kembali berbaring.

"Cepatlah Lay! Luq suruh aku ajak kau!" Humaira sudah geram. Layla yang masih berbaring memandang Humaira. Otaknya ligat berfikir adakah mahu ikut ataupun tidak.

Akhirnya Layla berdiri dan memandang ke luar jendela. Angin sepoi-sepoi meniup langsir bilik di kolej kediaman tersebut.

"Yelah tapi aku beli makanan lepas tu aku makan dekat atas." Ujar Layla sambil menukar baju kepada baju yang berlengan panjang.

"Makan je lah bawah!" Humaira sudah mula geram. Dipandang kawannya itu yang masih terhegeh-hegeh memakai tudung.

"Tak naklah. Aku malu!" Balas Layla.

"Kepala otak kau!" Terus Layla ketawa kecil. Humaira mengemaskan tudungnya agar terlihat labuh dan memakai stokin. Setelah itu minyak wangi disembur keseluruh tubuh sehinggakan bau strawberi mendominasi di dalam bilik tersebut.

"Cepatlah Lay, Luq dah bebel ni." Ujar Humaira yang sudah menyarung seliparnya. Susah betul kalau ada kawan yang lambat. Dia lambat takpe.

Apabila melihat kemunculan Layla di muka pintu terus sahaja Humaira melangkah untuk ke medan selera. Satu persatu anak tangga dilangkah dengan penuh hati-hati. Blok kolej kediaman mula sunyi apabila sesetengah pelajar mula melakukan aktiviti rekreasi pada waktu petang. Ada yang ke tasik untuk joging, ada yang ke padang untuk bermain bola dan ada juga yang mencari peluang untuk berjanji temu di bangku.

Tapi tidak bagi seorang Humaira. Melangkah untuk melakukan aktiviti rekreasi adalah satu langkah yang berat. Nak ke medan selera pon hanya satu kali sehari sahaja. Itu pun sudah jadi satu kejayaan untuk seorang Humaira.

"Jom gi tasik?" Ajak Layla tiba-tiba.

"Tadi kata nak makan atas? Takkan kau nak turun balik semata-mata nak gi tasik?" Soal Humaira.

"Tak naklah." Layla membatalkan hasratnya untuk ke tasik. Sebelum ini dalam seminggu pasti dia akan ke tasik. Tapi semenjak tukar roommate ni bukan setakat ke tasik, ke medan selera pon jadi salah satu penyeksaan. Sayang lemak.

"Mana laki kau nya?" Soal Layla.

"Itu, dekat tiang." Jawab Humaira. Layla dan Humaira menukar laluan dimana Layla ke gerai manakala Humaira menuju ke arah Luqman.

"Abang!" Sergah Humaira sambil tersenyum lebar.

"Abang hampir nak gi beli makanan tau tunggu Aira lama sangat." Ujar Luqman.

"Lay tu yang lama sangat!" Balas Humaira seraya mengambil tempat berhadapan Luqman.

"Aira nak makan apa?" Soal Luqman.

"Tak tahu lagi. Aira ingat nak gi beli dekat gerai Cik Minah je." Ujar Humaira. Dekat situ harga berpatutan dan lauk pon pelbagai. Jadi Humaira boleh pilih apa lauk yang dia nak selagi bukan nasi. Dia tak makan nasi. Bukan alergi tapi ada satu tragedi pada waktu kecil yang buatkan dia tak makan nasi mahupun sentuh nasi.

Ramai yang tanya, kenyang ke tak makan nasi? Alhamdulillah sepanjang 20 tahun hidup, dia masih tiada masalah kebuluran kecuali kalau tiada duit. Banyak lagi pilihan makanan selain nasi yang dia boleh makan.

𝑻𝒂𝒌𝒅𝒊𝒓 𝑪𝒊𝒏𝒕𝒂 𝑯𝒖𝒎𝒂𝒊𝒓𝒂 | HIATUSWhere stories live. Discover now