BAB 7 : TADIKA

Beginne am Anfang
                                    


Pelbagai persoalan bermain di minda, adakah Adam boleh menyesuaikan diri, adakah dia meragam, adakah guru-guru di sana sabar dengan karenahnya. Aku bertawakal, sambil duduk di restoran yang tidak jauh dari tadikanya, sekiranya apa-apa berlaku, aku boleh segera sampai. Aku tidak terus balik, aku meronda-ronda di kawasan sekitar hinggalah sesi persekolahannya tamat.

 

"Macam mana dia tadi cikgu?" soalku pada Cikgu Farah semasa mengambil Adam.


"Dia OK, baik, dengar kata" puji Cikgu Farah.


"Alhamdulillah, risau gak saya tadi sampai tak balik"


"Laa, encik tak balik, dok mana je?"


"Lepak ronda kat sini-sini je. Hehehe...."


"Jangan risau, dia OK" sambung Cikgu Farah lagi.


"Thanks cikgu, saya minta diri dulu.


Berakhir hari pertama persekolahan anakku di tadika itu, semuanya smooth, mudah-mudahan kekal la untuk hari-hari seterusnya. Mujur jugalah tadika ini memulakan sesi awal seminggu, dapatlah juga aku menguruskan Adam sebelum sesi tahun baru bermula. Hari kedua dan seterusnya, juga berlalu dengan baik. Adam telah dapat menyesuaikan diri dengan rutin baharunya itu. Lagi pun dia dah biasa bangun awal pagi, tidaklah menjadi kerumitan baginya untuk meneruskan rutin harian. Setelah seminggu berlalu, baharulah aku tahu yang Cikgu Farah merupakan guru kelas anakku, dan dia dipertanggungjawabkan mengajar dan membimbing mereka semua disamping ada beberapa orang guru lagi yang bertugas di situ. Kelas dipecahkan mengikut tahap umur, dan bagi kanak-kanak seawal usia Adam, mereka lebih banyak melakukan aktiviti psikomotor, belajar sambil bermain. Aktiviti melukis, mewarna dan menyanyi menjadi rutin harian bagi membentuk jatidiri, dan membina sosialisasi antara mereka rakan sebaya. Jauh di sudut hati, aku salute para guru pendidikan awal kanak-kanak kerana mereka cukup sabar dengan karenah yang pelbagai itu.


Sesi persekolahan telah bermula, agak kelam kabut dibuatnya pada hari pertama persekolahan hari ini. Aku hampir terlewat tiba di sekolah kerana menghantar Adam ke rumah Kak Sal terlebih dahulu, dan Adam pula agak meragam pagi ini, jenuh nak memujuk. Nasib baiklah Kak Sal bijak menguruskan situasi itu, dia tahu bagaimana nak tenteramkan Adam. Maklumlah, dia menjaga dan mengasuh Adam sejak Adam masih kecil.


Selepas key in di sekolah, aku uruskan hal yang berkaitan terlebih dahulu, kerana jam 8 aku terpaksa bergegas ke rumah Kak Sal untuk mengambil Adam untuk dihantar ke tadika. Tadika bermula jam 8.30, dan hari itu aku terlewat tiba, pelajar lain telah pun masuk. Pintu juga telahpun berkunci, dan setelah menunggu beberapa ketika, muncul Cikgu Farah menjemput Adam masuk.


Hoppla! Dieses Bild entspricht nicht unseren inhaltlichen Richtlinien. Um mit dem Veröffentlichen fortfahren zu können, entferne es bitte oder lade ein anderes Bild hoch.
RUMAHKU SYURGAKU : SIRI 5Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt