Chapter 4

31 2 0
                                    

Ting tong...
Bell pintu rumah mereka berbunyi di pagi buta

Masing-masing masih nyenyak tidur di bilik akibat terlalu letih semalaman

Ting..tong...
Bell itu berbunyi sekali lagi

"Ahhh, jinjja!" Seungkwan bangun dari tempat tidurnya

Dia menggosok mata lalu mengeluarkan kakinya dari selimut dengan perlahan

"Siapa yang kacau pagi-pagi nih!" Rungutnya

Bilik Seungkwan berada di tingkat bawah iaitu sama tempat dengan ruang tamu, dapur dan sebagainya. Sudah tentu dia adalah orang pertama yang akan merasa terganggu apabila mendengar bell pintu rumah mereka berbunyi

Dia bangun tanpa rela hati untuk membuka pintu tersebut

"Siapa?" Ucapnya sambil tangannya masih memegang dan menggosok kedua belah matanya

Seungkwan memandang wajah orang yang menganggu tidur nyenyak nya itu. Dia tercegat apabila melihat wajah sosok lelaki berbadan agak tegap itu

"Visual dia" bisiknya dalam hati

"Ehh. Dah kenapa aku ni" dia tersedar dari lamunan sesaatnya

"Ya, cari siapa?" Soalnya pada lelaki tersebut

"Ini rumah Choi Seungcheol, bukan?"

"Haah, ini rumah dia lah. Kau siapa?"

"Aku kenalan dia, Shen Ricky" tanpa basa-basi, Ricky memperkenalkan dirinya kepada Seungkwan

"Oh, kejap ya.. aku cuba panggil dia, masuklah dulu" Seungkwan mempersilakan tangannya kepada Ricky

"Kwan, siapa tu?!" Muncul pertanyaan dari Woozi yang berada di tingkat atas

"Ahh, katanya dia kenalan Cheol hyung! Kau boleh tolong panggilkan dia untuk aku!"

==========

"Dia benarkan stranger masuk rumah kita macam tu ja?" Tanya Hoshi kepada Woozi dengan perasaan yang pelik akan sikap santai Seungkwan itu

"Entah dia tu, dia lupa kot siapa kita semua. Suka hati dia ja nak ajak" balas Woozi

Woozi bangun dari sofanya lalu menuju masuk ke bilik Seungcheol untuk membangunkannya

"Cheol.."

"Emm" jawab Seungcheol yang masih dalam keadaan separa sedar

Woozi mendekati katil lalu menarik tangan Seungcheol dengan perlahan untuk menyedarkannya

"Ada orang nak jumpa kau kat bawah" ucapnya

"Siapa?"

"Entahlah, Seungkwan yang suruh aku gerak kau"

"Emm siapa pulak.."
"Uhh, mungkin dia?" Seungcheol yang sudah sedar sepenuhnya mula mengingat kejadian semalam

"Baiklah, aku turun jumpa dia dulu"

Seungcheol turun dari biliknya lalu menuju ke ruang tamu tempat dimana Ricky menunggunya. Semua ahli dirumah itu turut beramai-ramai turun kebawah untuk melihat orang yang mencari Seungcheol

"Hyung!" Mata Ricky bersinar-binar apabila melihat sosok Seungcheol yang sedang turun menggunakan tangga

"Hyung?" Mereka semua tertanya-tanya akan kehadiran Ricky yang seperti tiba-tiba bagi mereka

"Uh.. siapa ya?" Soal Seungcheol dengan berhati-hati

"Shen Ricky, orang yang telefon hyung semalam" balas Ricky

LIARS 2 • SEVENTEENWhere stories live. Discover now