-2-

619 51 0
                                    

Washington DC

Dahlia tekun menyiapkan tugasannya di cafe sebaik dia selesai mesyuarat di pejabat HQ pagi tadi. Dia perlu menyiapkan laporan hasil dari mesyuarat di HQ dan menghantarnya pada pengurusan tertiggi di pejabat di Malaysia. Latte panas yang dibelinya kini tidak lagi panas.

"Busy much our Miss Dahlia."

Mendengar suara lelaki ini buat Dahlia menjeling matanya ke atas. Jari jemarinya berhenti menaip. Dia menarik nafas dalam dan menoleh ke arah lelaki itu bersama senyuman palsu di wajahnya.

"Don't you need to do your report too Mr Haikal?" soal Dahlia, masih dengan senyuman palsunya.

Kalau aku dapat tahu siapa yang pasangkan aku dengan Haikal untuk business trip kali ini, memang aku kerat 14 dia tu!

Dia dan Haikal ada sejarah dan ianya bukan satu rahsia. Hampir semua orang di pejabat tahu

TAPI KENAPA MASIH ADA YANG LETAK AKU SATU TEAM DENGAN DIA?!

Haikal ketawa sendiri dan dia menarik kerusi untuk duduk di sebelah Dahlia. Dia tahu Dahlia sedang menyumpah seranah dirinya di balik topeng tenang yang dipakai oleh Dahlia saat ini.

"Miss Dahlia-"

"It's 'Madam' now for your information." Dahlia membetulkan Haikal sambil menunjukkan cincin yang berada di jari manisnya.

Seketika wajah Haikal berubah kemudian dia ketawa.

"Itu yang aku nak double confirm dengan kau. Kau betul-betul dah kahwin ke Dahlia? Aku nampak kad jemputan kau cuma pada tarikh tu aku ada urusan, jadi aku tak dapat datang. But you know, it kinda hard for me to digest the fact that you're married now especially after what had happen." Haikal memandang Dahlia, mencari retak di topeng yang sedang dipakai olehnya. Dia yakin topik itu akan membuatkan sesiapa je marah.

"Kau nak percaya atau tak, terpulang. That's not my business." jawab Dahlia tenang dan dia kembali menaip di laptopnya.

Haikal mengetap giginya. Cubaannya gagal. Kali ini juga dia gagal untuk membuka topeng Dahlia. Topeng Dahlia tertalu kemas dan itu buat dia makin obsess untuk mencabutnya dan mendedahkan diri Dahlia yang sebenar pada dunia.

You will crumble under my hand Dahlia. I'll made you beg for my mercy.

"Then, can you show me your husband? Aku nak sangat jumpa dia. Sebab aku wonder, lelaki jenis macam mana yang boleh buat kau terima dia jadi suami The Mighty Dahlia Hamdan." Haikal melirik tajam ke arah Dahlia.

Dahlia berhenti menaip dan dia memandang Haikal. Kali ini dia senyum sinis.

"Whatever kind of guy he is, one thing for sure, he's better than you. Oh dan dia jauh lebih muda dari kau. So of course he's gonna be good. So. Damn. Good."

+++

KLIA

"Kau balik dengan apa? How about aku hantar kau balik." kata Haikal sebaik kapal terbang mendarat.

"No thanks. Husband aku datang ambil." Kata Dahlia sambil menaip di telefonnya.

"Wah then, can I meet him? Can I? Can I?" kata Haikal sambil mengerdipkan matanya.

Dahlia menahan diri dari memuntahkan apa yang dimakannya di atas pesawat tadi sebaik melihat Haikal yang acah-acah comel ni.

Dia tidak mengendahkan soalan Haikal dan apa yang dikatakan seterusnya, satu pun tidak masuk ke telinganya. Biarlah dia bercakap sendirian.

Raja Haikal Raja Muhamad.

A man who act like a 'Prince' and being delusional of how things should always revolved around him. Tak dinafikan dia dikurniakan fizikal yang sempurna, wajah yang seperti diukir oleh Michelangelo - pendek kata, rupa paras dia sempurna. TAPI! Perangai dia memang boleh buat sakit kepala. Ah, dan satu benda tentang dia. He turns batshit when things don't go the way he want. Just like what happen to me last two months. But that will be in another story.

The Lady & The Homeless Man She Picked Up ✅Место, где живут истории. Откройте их для себя