It starts with us by kookie3003

15 1 0
                                    

[Malay submission]

Terlihat seorang gadis sedang ralit membaca novel yang berada di tangannya. Mukanya sekejap sedih sekejap tersenyum. Tiba-tiba gadis tersebut hilang fokus ketika seorang lelaki bertanya sesuatu kepadanya.

"Assalamualaikum hai, boleh aku duduk dekat sini?" Tanya lelaki tersebut.

"Walaikumsalam. Duduklah." Jawab gadis itu.

Si gadis menyambung bacaannya dan si lelaki pula sibuk membuat origami kecil berbentuk ros. Selang beberapa minit lelaki itu pun meletakkan origami yang dibuatnya di hadapan si gadis.

"Nah, untuk kau. Boleh berkenalan tak? Nama aku Taufiq Adzriq, boleh panggil Taufiq." Kata Taufiq.

"Eh, terima kasih. Boleh I guess, nama saya Nur Wardatul Iris, you can call me Iris." Jawab Iris kekok.

"Nice name, kau budak yang baru pindah tu kan?" Tanyanya lagi.

"Sayalah tu." Jawab Iris.

"Jangan lupa buka origami yang aku bagi tu. Jumpa dekat kelas nanti, bye." Ujarnya dan berlalu pergi.

Aku membuka origami yang berbentuk ros kecil yang baru sahaja diletakkan di atas mejaku. Aku tersenyum membaca isi yang di coret di kertas tersebut, Taufiq memberi aku nombor telefonnya. Aku tidak sangka dia akan memulai pembicaraan dengan aku sebab dalam kelas dia buat acuh tak acuh sahaja bila aku perkenalkan diri di depan kelas bulan lepas.

"Weyh Iris, kau borak apa dengan Taufiq?" Aku terkejut dengan suara yang tiba-tiba muncul, rupanya Emma.

"Takda apalah, dia tanya kalau saya budak yang baru pindah tu." Jawab aku.

"Kalau boleh jangan dekat dengan dia kalau kau nak belajar dekat sekolah ini dengan tenang." Ujarnya lagi. Aku membuat muka hairan.

Melihat aku yang tertanya-tanya dia berkata lagi, "Taufiq tu incaran ramai pelajar perempuan dekat sekolah ini. Silap hari bulan kau yang kena buli satu sekolah ini nanti." Aku terdiam dan hanya mengangguk kerana aku percaya apa yang Emma beritahu aku walaupun kami baru kenal sebulan yang lalu.

"Tambah lagi aku dengar dia suka main perasaan perempuan. So, aku harap kau jangan terpedaya." Katanya.

'Astaghfirulahalazim, aku pindah sekolah sebab nak fokus belajar.' Gumamku dalam hati.

Aku lupa perkenalkan diri aku, nama aku Nur Wardatul Iris, umur 17 tahun. Aku juga baru sahaja pindah ke sekolah menengah ini sebulan yang lalu. Tahun ini adalah tahun sangat penting bagi aku sebab aku akan menghadapi peperiksaan GCSE O level.

Skip

Setelah kejadian di perpustakaan beberapa hari yang lalu, aku selalu merasa ada seseorang yang memerhatikan gerak-geri aku ketika waktu membelajar dan itu membuat aku merasa tidak selesa. Aku hanya buat endah sahaja perasaan tersebut.

Setiap jam rehat tengahari, aku akan pergi ke perpustakaan bersama Emma dan Sarah tetapi hari ini mereka berdua tidak ikut, alhasilnya aku pun pergi seorang diri. Aku memilih meja tempat aku berjumpa dengan Taufiq kerana meja tersebut berada di hujung dan sedikit tertutup. Aku lebih cenderung sendiri kerana bergaul membuat tenaga aku habis. Jadi aku akan recharge tenaga yang terkuras dengan tidur untuk 5 ke 10 minit.

'Hmm selalunya ramai pelajar dekat library ni. Tiber, hari ini kosong pula. Takpalah yang penting aku nak nap sekejap.' Kataku sebelum hanyut ke dalam alam mimpi.

Beberapa minit kemudian, aku membuka mata dan terkejut dengan gerangan yang duduk disamping aku. Apabila aku buka mata, wajah Taufiq jadi pandangan pertama yang aku lihat. Aku dengan terkejut terus duduk tegak dan membetulkan tudung sekolahku.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 06 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

August 2023 - Spin-off storiesWhere stories live. Discover now