Bab2

52 6 4
                                    

AKU berjalan kearah lelaki berpakaian suit lengkap berwarna hitam putih tubuh badannya yang tinggi dan tengap membuat rasa ingin tahuku bergelora.

Baru sahaja hendak menyentuh bahu lelaki tersebut terdengar bunyi deringan kuat mendangkap teliangku.

Tanpa sedar aku telah bangun dari lena. Ciskek!! Sikit aje lagi nak nampak muka dia!!

Aku bergegas kebilik air mengambil air wuduk dan terus mendirikan solat subuh.

Selesai sahaja solat aku tak tidur untuk hari ini entah kenapa aku rasa malas nak tidur lepas subuh terus aku mandi dan menyarung seluar slack berwarna hitam dan hoodie dengan warna yang sama. Inilah bajuku dirumah sangat simple dan yang penting selesa.

__________

Sekarang telah masuk jam 10pagi mak dan abah dah bangun. Baru sahaja mak mahu kedapur membuat sarapan terdengar pula bunyi loceng rumah yang ditekan. Terus sahaja mak dan abah memandangku. Melihat pandangan itu aku boleh faham mereka suruh aku cek pintu.

Aku bergegas kebilik melilitkan shawl berwarna hitam dan kemaskannya sedikit dikepala supaya menutupi tengkuk dan dadaku lalu aku berlalu kepintu rumah. Mataku membulat melihat gelaran yang berada didepan pintuku itu. Luca!!

Ye itu Luca tapi kali ini rupanya kelihatan sangat serabai bagaikan baru habis bergaduh. Terus aku bergegas kepadanya.

"Luca!! Awak kenapa ni?!!" Soalku penuh cemas. Luca meletakkan dagunya dibahu aku.

"Hai un profumo cosí buono"ayat yang sempat aku tangkap dari mulutnya sebelum aku rasa seluruh beratnya menghempapku. Luca pengsan!!

Segera aku memanggil abah untuk menolongku. Aduh mamat ni berat la!!!

__________

Sudah setengah jam Luca terbaring didalam bilik tetamu aku mula cemas memikirkan kesihatannya. Luka dikawasan perut Luca agak dalam aku nak call ambulance tapi abah halang bagaikan abah menyorokkan sesuatu daripada aku. Lagi pelik bila mak tak membantah abah bila abah halang aku call ambulance.

Aku pula masih memikirkan ayat yang Luca cakap tadi. Bahasa Itali aku tak tahu apa yang dia cakap kalau nak mengeja u mesti salah dahlah ayat dia berbelit silap-silap salah tulis dekat google transelet ayat lain yang keluar.

Tiba-tiba aku terdengar Luca mengerang. Dia dah sedar!!

Aku berlari kebilik tetamu membuka pintu tanpa mengetuk dahulu. Nak pengsan rasanya apabila melihat Luca yang tidak berbaju hanya memakai seluar sahaja. Alah berdosa mata aku!!! Bagilah Diana yang nampak permandangan ni mesti dia suka. Aku menutup kembali pintu dapat aku dengan bunyi tapak kaki Luca menghampiri pintu.

Pintu dibuka pelahan-lahan. Menampakkan separuh tubuh Luca. Boleh terlihat enam bentuk roti berada di badan jejaka itu.

"Seronok cuci mata sayang?" Luca berkata sambil memandang tetap pada mata aku. Alah dia perasan aku tengok abs dia!!

"Apa sayang-sayang awak ingat saya nak sangat tengok enam roti tu!!" Marahku sedap-sedap panggil anak dara orang sayang!

"Dah suka tu mengaku aje cik dara oi" Dia cakap dengan nada penuh mengusik. Kurang ajar betul la mamat ni!!

"Saya tak sukalah cik teruna pergi pakai baju awak!!" Marahku lagi.

Luca membawa kedalam bilik. Beberapa minit kemudian dia keluar dengan kemeja putihnya. Butang dua diatas dilepaskan panas katanya.

Dia membawa diri keruang tamu tempat yang selalunya mak dan abah duduk berehat. Aku dapat tangkap percakapan mereka. Luca meminta izin untuk membawaku makan malam.

Mendengar ayat 'ya' keluar dari mulut mak dan abah terus aku bukak telefon kerana aku tau meraka akan suruh seseorang menemaniku. Diana!!

__________

Diana pasrah dengan sepenuh hati menemaniku. Aku tahu dia akan dipulaukan dibelakang. Jadi aku bagi dia duit dan suruh dia pergi kepopular.

Tanpa basa-basi terus Diana pergi ke kedai buku berdekatan. Lah!! Cepatnya dia lari!!

Luca membawaku ke Secret recipe ni restoran kegemaran Diana ni. Menyesal suruh dia pergi buku.

Luca menarik satu kerusi untuk aku duduk. Aku duduk sama juga sepertinya.

"Awak nak makan apa??" Tanya Luca lembut.

"Saya nak Chocolate Indulgence " Jawapku pantas!!

"Taknak makan yang lain?" Tanya Luca lagi. Aish dia ni lepas ni aku nak makan lain tunggu aje la.

"Lepas ni saya nak Llaollao!" Jawapku. Aku dah kata aku nak makan yang lain. Aish Diana ni pulak mana sesat ke?!!

Panjang umur!! Aku nampak Diana berjalan melepasi restoran lain. Eh?!! SAPA LELAKI SEBELAH DIA TU?!!

Ni tak boleh jadi cukuplah dengan lelaki yang pernah nak tercouple dengan dia dulu. MIANG!! Mula-mula aje alim lama-lama mintak bukan-bukan!! NAK AJE AKU BAGI KAKI NASIB WAKTU ITU SEKOLAH MENENGAH LAGI SATU SEKOLAH LAIN SEBAB LELAKI ITU IALAH KAWAN SEKOLAH RENDAH DIANA ISHH GERAM!!!

Baru hendak bangun terasa seakan lengan bajuku ditarik. Luca ni aku bagi kaki juga karang!!!

Aku pusing melihatnya. Mataku membulat apabila dia mengeluarkan satu jambak bungan mawar. ALAH!! Aku tak suka bunga bagilah aku pergi bulan ke marikh ke. Tapi orang dah bagi kira rezeki ajelah ya.

"Terima kasih" Jawapku lembut.

"Sama-sama sayang" Luca berkata. Alah sayang-sayang aku ni anak dara orang single lagi!!

"HA!! Apa sayang-sayang" Diana sahut dari belakang.

"Opocot mak nyah masuk gaung!!!" Termelatah aku!! Ish minah ni memang tak tahu cara bagi salam dah ke??

Aku memandang sekeliling mana jantan yang ada dengan Diana tadi. Tak mungkin hilang sepantas itu sahaja!!

Diana menenungku penuh syakwah sangka. Aku pandang Luca dia hanya senyum pada aku. Aduh apa aku nak jawap dekat minah ni?!!

"URMMM n...ni Luca yang aku selalu cerita waktu sekolah menengah dulu" hampir gagap aku menenung mata wanita didepanku ini dia memang begini protective lagi-lagi dengan orang yang dia sayang.

"OH!!" Walaupun ayat yang keluar dari mulutnya ringkas. Cukup dengan baca isyarat mata dia aku rasa nak tampar!!

Aku dan Diana mengadakan sesi soal jawap semasa direstoran aku menanyakan akan sisosok lelaki yang bercakap dengannya manakala dia hanya pasrah dan menjawap semua soalan ku kecuali apabila aku menanyakan nama sangjejaka yang sedang dibicarakan itu. Manakala Luca diabaikan bagai tidak wujud.

__________

Aku balik bersama Diana ni sebab mak dan abah suruh aku balik ikutnya. Kalau tak aku rasa aku balik ikut Luca sebab dia memang berkeras tadi. Tapi apakah daya bodyguard yang bernama Diana Kamelia didepanku ini memang zero percent toleransi apabila arahan yang diberikan dari keluaraga aku.

I hope you guys enjoy this chapter.
Sorry panjang :33

jangan lupa voteeeeeeeeee <333
by - Itsyanaz

We're Different Luca Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang