Bab1

129 9 7
                                    

"Farah bangun Diana dah tunggu depan pintu!!!" Suara mak nyaring menyebut namaku. Cepatnya minah ni sampai bukan awal lagi ke?

Aku mencampai telefon pintar yang berada dimeja kecil sebelah katilku. pukul 10pagi aku dah lewat!! Ini kes tidur lepas subuh ni susah betul.

Selepas mandi terus aku menyarungkan seluar jeans dengan warna biru lembut dan hoodie hijau lembut. Lepas sahaja puas dengan pakaianku terus aku bergegas keluar dari bilik menuju sosok tubuh perempuan yang tingginya hanya lebih dua inci dariku.

"Diana!!" Aku memang sosok tubuh tersebut dari belakang. Diana berpaling senyuman sinis bergaris dimukanya.

"Kau dahla tinggi tak cukup terlajak tidur aku daftarkan masuk tadika balik baru kau tahu nanti" Sempat dia menyimbah satu kutukan penuh sinis untuk aku. Kurang asam jawa betul la!!

"Eh!! kau pun tak cukup tinggi lebih dua inci aje nak bangga lebih-lebih!" Marahku. Diana tertawa. Ish minah ni aku sumbat dalam guni jugak nanti!!

"Jom nanti jem kau marah aku" Diana berkata sambil membukakan pintu kereta untukku. Bukannya aku manja aku dah penat halang tapi dia tetap dengan sikapnya itu. Aku membawa diri kedalam perut kereta.

Sampai  sahaja dihadapan Ipoh Parade terus kami memulakan misi menguruskan dompet.

__________________________________________________

Habis sahaja misi menguruskan dompet Aku terus ke Jaya Grocery yang berada ditingkap paling bawah manakala Diana pergi kepopular maklumlah dia memang kaki novel cinta. Tanpa membuang masa terus aku kebahagian snack.

Semasa membelek snack yang hendak aku beli aku terlihat satu sosok tegap menghampiri. Sosok itu membuatkan aku teringat kepada seseorang yang aku kenal pada masa dahulu. Tapi itu mustahil sebab orang yang aku fikirkan itu bukan diMalaysia sebaliknya Canada jadi itu mustahil.

"Sorry but may I ask you where the counter is??" Suaranya yang lembut mendangkap gegendang telingaku. Aku memandang sosok tubuh itu. Tinggi dan kacak memang kalau sekali pandang boleh jatuh cinta. Terdapat satu parut diwajahnya tapi itu tak menghalang wajah kacaknya itu.

"Oh! Of course the counter there" Aku membawanya ke kawasan kaunter pembayaran.

"Thankyou can I ask what is your name?" Soalnya lembut.

"Im Farah Ameliana what your's?" Soalku kembali. Aish!! tingginya mamat ni nak bercakap aje aku dah kena pandang atas.

"Farah Ameliana?! Wait didn't you regonize me it's me Luca" Membulat mataku mendengar ayat yang dilontarkan itu. Tekaan aku betul dia Luca!!

Tepat pada masa terlefon pintarku berbunyi. Aku melihat skrin telefon pintarku itu. Mak!!

Terus aku membuka mesej yang dihantar oleh ibuku itu.

Mak
"Luca dah balik Malaysia"

Aku memandang lelaki yang berdiri dihadapanku. Luca kacaknya dia sekarang lebih kacak dari 16tahun dahulu.

"Luca!!!" Jeritku teruja. Luca hanya tersenyum melihat gelagatku itu.

"Awak bercuti aje atau tinggal balik diMalaysia??" Soalku padanya penuh ingin tahu.

"Bercuti aje tapi mana tahu balik nanti bawa bini" Katanya dengan nada tenang.

"Awak cakap macam dah ada calon aje" Kataku sambil ketawa. Didalam hati cuba mempertikaikan yang ayat itu untuk aku.

"Alah bidadari didepan mata buat apa nak cari lagikan" Katanya membuat pipiku terasa panas. Alamak dahlah kulitku berwarna putih kemerahan bertambah merahlah pipiku lepas ni. Luca hanya ketawa melihat mukaku yang sudah merah padam.

Sempat kami bertukar nombor lalu terlefon pintarku berdering. Diana sedang menungguku diparking lot.

Baru sahaja hendak berlalu pergi terasa lengan bajuku tarik terus aku berpaling. Luca.

"Takde bye dulu ke?" Soalannya membuat aku ketawa sedikit.

"Alah dah besar nak bye-bye jugak ke" Kataku lucu.

Dia melepas genganman nya pada lengan bajuku dan terus aku pergi ke parking lot.

________________________________________________

Sampai sahaja dirumah terus aku berlari kekamar tidurku. Telefon pintarku berbunyi kuat. Aku lihat skrin telefon pintarku. Luca.

Aku berbual tentang galaksi dan selebihnya hanya cakap kosong aku suka berbual dengan Luca walaupun aku tahu dia kurang paham tentang galaksi dan planet. Tapi dia hanya melayan karenah aku.

Selepas sahaja solat isyak aku teruskan perbualan sehingga pukul 3pagi dan aku terlelap.


We're Different Luca Where stories live. Discover now