her part, or his?

13 0 0
                                        

Julia, pelajar yang baru sahaja hebiskan pengajian dari Universiti Malaya, berumur 24 tahun dan tidak pernah bercinta, atau mungkin dia sudah serik?

"Julia, aku pergi dulu tau nanti dah sampai sana kau chat aku ya?" Kata Laila risau.

"Iya Lailers kesayanganku, nanti aku spam kau setiap saat ya?" Kataku dengan senyuman berbalas.

Itulah percakapan kami buat kali terakhir...

"Arghh, Allah !" Laungku dengan kuat. Siapa sangka, bas yang dinaikiku harini adalah kenderaan terakhirku semasa hidup.

Julia bt Abdullah, 1 March 2000 - 1 Januari 2024

Disini aku berhadapan dengan kuburku sendiri. Aku bahagia kerana aku berjaya untuk melunaskan tanggungjawabku sebagai anak untuk mengumpul duit supaya ibu dapat menunaikan haji dan umrah pada tahun ini.

Berkat aku berkeja part-time pada satu syarikat yang gah, sebagai seorang kerani. Itu hanyalah alasan. Ya alasan. Asbab aku 'bekerja' disitu mungkin lebih dalam.

Tengku Luth Heizyrel.

Sebaris nama itu, mengingatkan aku pada mata hazel-flecksnya yang aku suka tenung dalam-dalam. Suara serak basah, rambut yang perang dan senyuman yang sangat menawan.

Suami. Ya, itu suamiku. Kami berkahwin setelah sahaja aku tamat pengajian di sekolah menengah. Dia melamarku setelah kami berjumpa semasa mengambil result bersama. Aku tak akan dapat lupakan reaksi mukanya semasa aku bersetuju dengan idea gilanya.

Namun, setiap rumah tangga ada pasang-surutnya.

"Sayang, kau cantik sangat harini"

"Sayang, aku cakap tak lagi yang aku sayang kau harini?"

"Sayang, aku rindu kau. Jaga diri elok-elok. Ingat aku saja"

Dan pada hari itu dia berkata...

"Sayang, aku tahu kau sakit hati dengan aku tentang perkara itu, tapi jangan hukum aku sampai macam ni. Kau pasti yang kau nak balik dengan bas? Kau memang degil lah yang. Apa-apa pun aku harap kau selamat ke pangkuan aku petang ni."

Dan itulah pesanan terakhirnya kepadaku. Aku marah kepadanya kerana aku ternampak dia keluar bersama satu staff perempuan yang jauh lagi cantik dariku. Setelah kejadian itu, aku tidak bertegur sapa dengannya sehingga seminggu.

Atau lebih tepat, sampai aku mati.

Dia cuba untuk bercakap dan jelaskan kepadaku tentang kejadian itu banyak kali, tetapi aku yang tidak mahu mendengar alasannya. Alasan atau kebenaran?


"Adakah ini pewaris kepada Julia bt Abdullah?" Aku mengangkat panggilan daripada nombor isteriku.

"Ya, saya suami dia" Suaraku mula bergetar, tangan mula berpeluh.

"Saya mahu mengatakan bahawa mayat beliau sudah berjaya diselamatkan di Hospital Besar Kuala Lumpur. Sila datang kesini dengan-" Telefonku jatuh ke lantai.

Ya Allah isteriku....

Air mata mengalir dengan deras.

Seluruh badanku menggigil.

Ya Allah kenapa isteriku? Kenapa bukan aku? Ya Allah....tolong....tolong.

Tolong kejutkan aku dari mimpi ngeri ini.

Aku nampak badan suamiku menggeletar, aku mahu meminta maaf, peluk dan cium dirinya buat kali terakhir dan mengatakan bahawa semuanya akan baik-baik sahaja. Dan aku tak mampu buat semua itu lagi.

"Abang, saya nak teddy pink tu"

"Abang... cantik tak baju ni"

"Kenapa muka abang ni monyok je ni? Nak saya bagi vitamin?"

Aku mahukan vitamin itu sekarang, aku mahukan pelukan hangat isteriku, aku mahukan ciuman hangatnya di pipiku.

Dan aku hanya mampu mencium dahi sejuknya untuk kali terakhir sahaja.

"Tidur sayang abang, tidurlah dengan tenang. Rehatlah awak secukupnya. Allah sayang awak lagi dari abang. Awak dah lalui banyak perkara. Rehat ya kesayangan saya" Aku nya mampu katakan itu sahaja dihapannya.

Betapa aku mahunya dia berada bersamaku sekarang,

Betapa aku rindunya dengan bau badannya yang dia tinggalkan di setiap pelusuk rumah kami,

Betapa aku rindunya suara merdunya yang selalu berceloteh tentang harinya,

Betapa rindunya dengan kehangatan badannya.

Julia kesayanganku, aku rindu kau.


Iya betul aku bekerja dengan suamiku sebagai kerani hanya untuk menemaninya bekerja selepas aku habis kelas. Dan setiap kali kami bersua muka setiap kali itulah aku jatuh cinta semula dengannya.

Setiap kali kami balik rumah dengan keletihan luar biasa setiap kali itulah kami mendakap satu sama lain dalam dakapan hangat.

Dan setelah kami mandi kami akan memasak dan mula bercakap tentang hari kami dengan satu sama lain.

Kami luangkan masa dengan kehadiran masing-masing, walaupun penat lelah mana sekalipun kami tidak pernah lupa untuk meluangkan masa bersama.

Dia imamku, dia ketua keluarga kecilku. Walaupun aku tidak boleh memiliki zuriat, dia nekad untuk berada bersamaku.

Dia nekad untuk menjagaku sehingga kami tua dan sanggup untuk tinggalkan cita-citanya untuk memiliki ramai anak, untuk aku.

Dia wira aku, dia segalanya-galanya buat aku. Aku harap dia akan cari pegganti lain untuk menggantikan tempatku. He deserves much more than me...

"Sayang, kau ke tu?" Aku nampak dirinya dengan baju dress putih , bermain-main di taman bunga sambil tersenyum kearahku.

Sekali lagi empangan air mataku tumpah ke bumi.

"Abang !" dia memanggilku dengan girang, Seyumannya sangat lebar.

"Maafkan sayang sebab derhaka dengan abang selama ini. Sayang banyak kesilapan dengan abang. Abang maafkan sayang ya?" Aku tersenyum keseorangan sambil memandang kearahnya. Indahnya bidadari didepanku ini.

"Abang dengar tak ni?" Dia mula memuncung. Merajuk lagi. Comel.

"abang dengar sayang, abang sentiasa maafkan isteri kesayangan abang ni. Isteri abang yang comel macam bidadari syurga abang" Kataku syahdu. Aku genggam kedua belah tangannya.

"Janji dengan saya yang abang akan cari kebahagian abang tanpa saya disisi nanti ya?" Katanya sambil memeluk badanku. Allah betapa aku rindunya dengan dakapan hangatnya ini.

Dan aku terbangun dari tidurku. Dia sudah tiada.

Sayang aku dah tinggalkan aku untuk selamanya, dan aku nekad untuk tidak berkahwin lagi selepas ini.

Aku nekad untuk hidup sendiri, tanpa sayang aku.

Julia untuk Luth.


The end

herWhere stories live. Discover now