"Pelik bukan." Syah tayang muka keliru. Nampak gaya Hannah pun tidak dapat menjawab persoalan yang sering kali berulang dalam kepalanya.

"Tapi aku rasa kita berdua bertemu mesti bersebab..." sambung Syah dengan nada rendah sambil jari telunjuk mengosok bawah dagu. Gaya sedang berfikir.

"Sebab?"

"Kalau aku tahu mestilah aku tak tanya dari mula lagi, Han Han. Tapi kau tak rasa ke kita ada perkaitan? Kau yakin kau tak pernah nampak aku masa aku masih lagi manusia?"

Hannah dipandang redup. Perasaan ini, perasaan setiap kali dia memandang tepat ke sepasang mata Hannah. Ada sesuatu yang dirasai dalam lubuk hatinya. Tapi perasaan apakah itu, dia tidak pasti. Langsung tiada tekaan.

"Yakin. Seratus peratus. Kalau aku pernah nampak kau mestilah aku sudah cam kau dari awal. Perkaitan kau kata? Entah aku tak pasti. Tapi macam ada. Tapi... ahh tak pastilah. Aku tak dapat bagi nak jawapan." Muka diraup kasar. Keliru.

Mata bertentang lagi. Sepi kembali menemani. Masing-masing tiada jawapan bagi persoalan tadi. Keliru dan pening dibuatnya. Lagi susah daripada Matematik Tambahan! Subjek paling dibenci oleh Hannah.

"Tukar soalan. Kau ingat ke macam mana kau boleh ada dalam bilik aku malam itu?" Syah yang merenung dinding di belakang Hannah dikejutkan daripada lamunannya.Otak ralit berfikir untuk mengingati malam pertemuan mereka buat kali pertama.

Kosong.

Kepala digelengkan. Tiada jawapan seperti soalan tadi.

"Satu pun aku tak ingat. Aku memang tiba-tiba sahaja ada di bilik kau. Masa itu, aku memang tak tahu siapa aku dan apa aku. Tak tahu kenapa dan bagaimana." Syah juga keliru dengan diri sendiri.

"Kau tak rasa ke kita macan ditakdirkan bersama?" Syah menyoal.

Air teh ais yang sudah mencapai keseimbangan terma dengan suhu ruang tamu diteguk Hannah. Merepek!

"Hah?"

"Aku takdir kau dan kau takdir aku. Kita memang ditakdirkan bersama. Selamanya mungkin?" Kening dijongket dua kali. Muka gatal terpampang.

Mahu tersembur air di dalam mulutnya. Tak masuk akal punya alasan. Ini kalau diberi pelempang kepada si Syah sampai dia keluar dari bumi sedap juga.

"Kau gila ke? Mana mungkin. Kau roh, aku manusia. Mustahil kita bersama selamanya.Lagipun aku tak nak kau ada selamanya dengan aku. Rimas" Muka menyampah diberi lagi.

Mana mungkin dua makhluk berbeza itu bersama selamanya. Mustahil bagi Hannah.

"Hahaha. Takdir yang aku maksudkan bukan yang kau fikir itu. Maksud aku, takdir yang macam kita ini sebenarnya ada pertalian darah atau aku ada buat apa-apa dekat mana-mana ahli keluarga kau dulu. Faham?" Kelakar tengok Hannah berang. Perasan sungguh! Syah pun rasa mustahil untuk mereka ditakdirkan bersama selamanya. Tapi tiada siapa tahu. Tapi ini cerita fiksyen, selamanya mungkin boleh terjadi.

Hannah mengangguk. Terasa bahang pada mukanya. Lain rupanya takdir yang dimaksudkan Syah. Tapi salah dia buat muka gatal! Dasar roh gatal!

"Sudahlah aku malas nak berfikir. Jom tolong aku masak." Hannah bangun dari duduknya dan terus ke dapur. Lapar pula rasa, pagi tadi dia tidak menjamu apa-apa. Air teh itu merupakan benda pertama masuk ke perutnya untuk hari ini. Syah terus mengekorinya dari belakang sambil menyanyikan lagu Enchanted oleh Taylor Swift. Lagu kegemaran Hannah.

Hannah menoleh kebelakang, Syah yang seronok menyanyi dipandang sekilas sebelum kembali mebuang pandangan ke hadapan. Sedap juga rupanya suara Syah. Tapi memang tidaklah Hannah mahu puji roh gatal itu depan-depan. Bangga sampai tahun depan nanti si roh itu.

Thanks, Mr. Boo [COMPLETED]Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora