Nana

17 2 0
                                    

Muzik hip-hop, lagu Jumpin dendangan Pitbull mula bergema mengisi ruang studio tarian

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Muzik hip-hop, lagu Jumpin dendangan Pitbull mula bergema mengisi ruang studio tarian.

"Five! Six! Seven! Eight!" Jerit Razi si guru tari lalu anak-anak muridnya mula menarikan langkah-langkah yang telah diajarkannya sebentar tadi.

"Jump! Jump! Jump!" Jerit Razi lagi dan semua penari di dalam studio melompat dengan penuh bertenaga.

Selepas dua minit lagu diputarkan Razi berhenti menari untuk memerhati langkah-langkah anak-anak didiknya. Dia amat menitik beratkan teknik dan keseragaman. Bila ada yang menari lari dari tempo, cepat-cepat dia betulkan, "n one, n two, n three, n four!"

Razi berdiri bersandar pada cermin studio sambil mengamati pergerakan setiap penari di hadapannya. Matanya tertumpu pada Nana, gadis rambut tocang satu, berkemeja lengan panjang dan berseluar baggy. Gadis itu baru dua minggu menyertai kelas tarian di studionya. Sejak hari pertama lagi gadis itu sudah mencuri perhatiannya. Pergerakannya persis penari hip-hop professional. Dia ingin sekali berbual-bual dengan Nana untuk mengetahui lebih lanjut latar belakangnya, tetapi tak pernah berkesempatan. Nana datang lima minit sebelum kelas bermula dan akan cepat-cepat keluar sebaik saja kelas tamat. Penari-penari lain tiada yang mengenali Nana untuk Razi bertanya pada mereka.

Petang itu, sepuluh minit sebelum kelas tamat, Razi mendapat ilham yang boleh membuka peluang berbual dengan Nana.

"Girls, saya nak rakam video koreografi ni. You all boleh ambil tempat ikut susunan mula-mula kelas tadi?" Pinta Razi lalu para penari cepat-cepat membuat tiga barisan dengan formasi segitiga.

Nana mencapai tuala kecilnya lalu mengelap peluh. Razi mencuri pandang ke arahnya sambil memasang telefon bimbit pada tripod. Dia menyangkakan Nana akan masuk ke dalam barisan tetapi kecewa bila Nana terus mengambil beg sandang warna kelabu gelap dan berlari-lari anak ke arah pintu studio.

"Nana!" Laung Razi. Nana menoleh tapi tidak menghentikan langkahnya. "Kita nak rakam video, janganlah balik dulu," tambah Razi.

Nana geleng.

"It's okay, Saya ada hal," jawabnya lalu menolak daun pintu dan terus keluar.

Sheena dan Alin yang berdiri di baris paling depan berpandangan sesama sendiri dan mencebik.

"Biarlah dia tu, Razi. Aku rasa dia jenis yang memang tak nak bercampur dengan orang," kata Sheena.

Alin mengangguk. "mysterious sikit dia tu. You buat donno ajelah. Janji dia bayar yuran tiap-tiap bulan."

Sheena dan Alin ketawa berdekah-dekah.

Razi tidak menjawab. Dia terus memasang telefon bimbitnya pada tripod dan membuat tetapan kamera. Kekecewaan jelas menggarisi wajahnya.

Hanya RasaWhere stories live. Discover now