The Best Of the Weekend Part 1

15 5 31
                                    

Malam itu Lina sedang berbaring di atas katil sambil bermain telefon bimbitnya. Manakala Mira sedang memakai skin care di depan cermin.

Tiba-tiba pintu bilik terbuka tanpa diketuk, laju Lina mencampak selimut ke kepala Mira.

Tersembul lah wajah Hazeeq yang memanggil mereka untuk turun makan malam di tingkat bawah. Lina hanya memandang Hazeeq tajam.

"Kau ni memang tak ada adab ke?! Tak reti ketuk pintu dulu ke macam mana?! Kau nampak tak yang Mira tak pakai tudung ni?!" Tanya Lina melepaskan amarahnya.

"Ehh sorry! Aku tak sengaja!" Kata Hazeeq sambil menutup pintu itu dengan segera.

Setelah Hazeeq menutup pintu itu, Mira mencabut selimut yang ada di kepalanya dan melemparkannya kembali kepada Lina yang berada di atas katil.

"Thanks dho" Kata Mira.

"Reflex aku memang cepat ye" Kata Lina sambil ketawa.

"Kau kenapa tak kunci pintu? Tadi aku ingatkan kau dah kunci pintu!" Kata Mira geram.

"Aku lupa lah" Kata Lina sambil tersenyum tidak bersalah.

Setelah itu Mira mengambil tudung sarung dan memakainya, mereka berdua turun ke tingkat bawah dan di sana sudah terlihat Nana yang sedang duduk menonton tv di ruang tamu.

"Kenapa kau duduk kat sini sorang-sorang? Mana yang lain?" Tanya Lina.

"Aku tak dibenarkan masuk dapur, Hayder tak bagi" Kata Nana sambil menonton kpop favoritnya, iaitu Treasure.

"Woah! Ada Hyunsuk!" Kata Mira sambil melompat ke atas sofa di sebelah Nana.

"Masya Allah, kau ni sopan lah sikit! Dah lah bertudung! Lompat-lompat pulak kau ni!" Kata Lina.

"Aku lupa kita bukan kat dorm, anjay" Kata Mira .

"Bodoh" Kata Lina dan Nana serentak sambil menggelengkan kepala mereka.

Tak lama setelah itu makanan pun sudah siap terhidang di atas meja makan. Siapa chef malam ini? Tentulah Hayder dan Rayyan.

Adam buat apa? Adam dengan Hazeeq ditugaskan untuk prepare meja makan je. Lebih-lebih nanti lain jadinya.

SKIP

Malam itu Nana keluar untuk minum air pada jam 3 pagi. Tiba-tiba dia terdengar suara tapak kaki. Kecut perut member dibuatnya. Nana tak tahu , Nana tak dengar apa-apa,Nana tak nak pusing belakang.

Tiba-tiba bahunya disentuh oleh seseorang dari belakang. Nana memejamkan matanya, jantungnya berdegup kencang diantara takut dan gugup. Siapa dibelakangnya?

Nana hanya mendiamkan diri dan teruskan minum air sehingga lah seseorang yang menepuk bahunya tadi bersuara.

"Dah kenapa dengan kau ni?" Tanya Adam.

Nana memusingkan badannya menghadap Adam.

Kau MilikkuUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum