CHAPTER 4

14 2 0
                                    

“Jiji,tolong aku ambik tu boleh?”Pintaku pada Azizi.Pantas Azizi mengambil sebungkus mee ramen di rak atas.Senyuman lebar ku hadiah khas buat Azizi.Azizi memang jadi mangsa aku untuk ambik barang kat tempat tinggi.Siapa suruh tinggi sangat?

“Lain kali makan tiang banyak-banyak!”Sindir Azizi.Aku sekadar menjelingnya tajam.Selesai membayar,aku terus keluar dari kedau runcit itu.Tangan Azizi dicapai ku laju.Aik!Lain betul tekstur tangan Jiji ni.Tangan dia mana ada kasar, besar sangat macam ni.Pantas aku mengangkat muka.Jejaka tinggi lampai itu merenungku lama.Wajah tiada sebarang reaksi.Laju aku melepaskan tangannya dari genggaman ku.

“Sorry.”Ucapku ringkas.Aduh..kacak betul lelaki ni!First time aku puji lelaki.Tapi,segaris senyuman pun tak terbentuk di bibirnya.Jejaka itu sekadar melirik ku sekilas seraya meneruskan langkahnya.Amboi..berlagak betul.Aku dah minta maaf tak reti nak balas maaf aku.Dari arah belakang,aku dengar satu suara sedang ketawa.Pantas aku menoleh.Azizi!

“Allahu!Problem betul lah kau ni kak!Suka dia ke?”Ujar Azizi dengan tawanya yang masih tersisa.

“Aku ingatkan dia tu kau tadi.”Gumamku seraya masuk ke dalam kereta.Ingatan ku masih pada wajah jejaka tadi.Dejavu lah!Mana aku pernah jumpa dia eh?Argh!Tak ingat.

Usai makan malam,aku terus menuju ke ruang tamu untuk menonton tv.Remote tv ku tekan berkali kali.Aduhh!Semua drama.Tak ada berita ke?

“Kak,kau tahu cerita tak?”Soal Azizi disisiku.

“Tak.”Potongku laju.Azizi mendengus geram.

“Sabarlah.Aku belum cerita lagi.”Ujar Azizi.Aku hanya tersengih.

“Kau tahu tak wedding Muqri Imtiaz dah cancelled?Kecoh sebab tiba-tiba aje batal.”Ujar Azizi.Azizi mode mengumpat,on!Tapi,dia cakap pasal siapa?

So?Apa kena-mengena dengan aku?Aku tak kenal dia.Buat apa aku nak sibuk pasal dia.”Tuturku selamba.Betul kan apa aku cakap?

“Kau tak kenal dia?Dia anak Hariz Talhah lah.One of millionaire in Malaysia.Takkan tak kenal?”Soal Azizi hairan padaku.Aku memang tak kenal.Buat apa aku nak tipu.

“Aku memang tak kenal dia siapa dan aku tak nak kenal.Full stop.”Ujarku tegas.Mataku fokus melihat kaca televisyen.Azizi sekadar mengeluh.

“Pergi minta statement dari Muqri Imtiaz.Dia ada kat pejabat ayah dia,Hariz Talhah.”Arah Shifa tegas.Gulp!Aku meneguk air liur ku.Muqri Imtiaz?Itu orang yang sama Jiji cakap semalam.Kenapa aku perlu minta statement dia pulak?Aku ni cuma penulis berita.Bukan reporter.

“Kenapa saya?Saya kan penulis berita.Bukan reporter.”Ujarku pada Shifa.

“Iya,awak memang penulis berita.Tapi awak juga seorang reporter.Cepat pergi.Tak jauh pun dari sini.Pastikan awak dapat statement dia.”Arah Shifa.Laju aku mengatur langkah keluar dari stesen berita.

Sampai sahaja,aku terus menyelinap masuk dari kerumunan wartawan yang ingin mewawancara lelaki itu.Siapa Muqri Imtiaz?Aku tak tahu muka dia macam mana.Tiba-tiba seorang lelaki berkemeja putih lengan panjang keluar dari pejabat itu.Banyak wartawan cuba mendekatinya.Aku tak cam muka lelaki tu sebab dia pakai cermin mata hitam.Sebaik sahaja perhatiannya ke arahku,spontan lelaki itu menarik pergelangan tanganku seraya keluar dari kerumunan orang di situ.Dia menarikku pergi ke belakang kedai berdekatan.Laju aku merentap dari pegangannya.Apesal mamat ni?Suka hati je pegang aku.

“What are you doing here?”Soalnya.Amboi! Sepatutnya aku yang tanya dia.

“Saya reporter.Saya datang nak minta statement awak pasal hot news semalam.Would you mind to give me your statements?”Soalku secara profesional.Aku datang sini sebagai reporter.Bukan sebagai Nuha Arwina.

You're the pervert girl right? Supermarket pervert girl.” Ujar lelaki itu selamba.Huh?Selamba badak aje dia cop aku pervert girl!Gila betul.Terus lelaki itu membuka cermin matanya.Matanya ku tenung.Ting!Baru aku ingat!Rupanya dia lelaki yang aku tersalah pegang tangan semalam.OMG..keciknya dunia.

Mr ArrogantWhere stories live. Discover now