13. Kem

31 3 0
                                    

"To.. tolong.. tolong.."

"To.. tolong.. tolong.."

Satu bayangan menyapanya dari dasar laut. Syiraz hanya mampu berdiri di pinggir laut, jika tidak mahu menghampiri ambang maut.

"Semua orang tak waras." Bisiknya, sambil melihat jasad itu perlahan terdampar. Sangkaannya benar, paru-paru orang itu pasti sudah dipenuhi dengan air laut.

Dan dia masih di sini, menghayati orang itu perlahan tenggelam. Seperti dalam filem, dia pasti tertuduh sebagai pembunuh, kerana hanya menyaksikan pembunuhan itu sedemikian rupa.

"R.. Raz.." Satu tangan keluar dari dasar laut, melambai ke arahnya. Seakan ingin mengatakan bahawa dia pergi, dengan tenang.

"Selamat tinggal..." Perlahan, wajahnya mula basah kerana air mata yang turun dari tadi lagi.

Dia kesal kerana dia hanya boleh menyaksikan peristiwa itu, bukan menolongnya. Padahal dia satu-satunya saksi.

"Riz, itu pilihan kau untuk selamatkan aku. Kau tak sepatutnya selamatkan aku. Jadi, aku tak perlu merasa bersalah, aku tak perlu bertanggungjawab atas semua ini, kan?"

Suara itu kembali bergema. Seperti bahagian cerita yang diputar balik, scene itu kembali menghantui Syiraz.

Tubuhnya menggigil, mendengar gerak layar suaranya sendiri. Kata-kata tajam yang dia persembahkan kepada lelaki itu.

"Kali ini, kau selamatkan aku, Raz." Tiba-tiba suara Aariz pula muncul, bersama gelak tawa, seakan-akan dia tidak pernah pergi.

Tanpa dijangka, jantung Syiraz berdegup kencang, tekaknya terasa kering, sedangkan matanya terasa basah. Dia melihat sekeliling, hanya ada Ryan di sisinya. Serta murid-murid lain yang menjadi penumpang bas.

Mereka dalam perjalanan untuk ke destinasi kem. Ryan menatap Syiraz yang berpeluh.

"Raz.. kau okey?" Soal Ryan. Syiraz terus meraup wajahnya kasar sambil beristighfar.

"Astaghfirullah.. astaghfirullahaladzim.."

Mimpi tadi terasa realiti. Seperti.. semuanya bukanlah mimpi. Apatah lagi pada saat Aariz melambai ke arahnya, mengatakan bahawa dia pergi dengan tenang.

Sungguh, masih adakah yang akan pergi dengan tenang, jika jiwanya tidak tenteram?

Beban kembali terkumpul di pundak Syiraz. Jejaka itu hanya menyapu matanya yang kian bertukar warna merah.

"Kau mimpi buruk, ya? Minum air dulu." Ryan memberinya sebotol air, sebagai bekal perjalanan. "Kau tertidur, lama juga. Nak dekat sejam."

Syiraz menyapu pandangan pada sekeliling sekali lagi. Sebahagian ada yang tertidur, mengelamun, dan sebahagian lagi ada yang berbual sesama sendiri.

Kemudian, dia melihat Ryan kembali dan mencapai air itu dengan tangan yang menggeletar. "Te.. terima kasih."

Menurutnya, ini permainan tidur yang berbahaya.

Bab 13: Kem

Fikiran Elfira melayang pada perbualannya bersama Zayn kelmarin.

"Esok.. di sana, Kampung Batu, tempat mak ayah kau tinggal." Ujar Zayn, sambil melirik alamat ibu Elfira di helaian kertas yang tertera.

Elfira mengeluh. "Boleh kah kita cari dia sambil masuk kem?"

Zayn angguk laju. "Boleh, selagi tujuan kita hanya satu."

Senja Terakhir [COMPLETE]Where stories live. Discover now