Prolog

32 4 1
                                    

Aku mengerling sedikit ke arah pusaran air yang terbentuk pada permukaan tasik. Lamunan jauhku ketika sedang memikirkan mengenai masalah peribadiku tiba-tiba sahaja hilang dengan kemunculan pusaran air pada permukaan tasik buatan itu. Pusaran yang muncul itu tadi pula lantas hilang tatkala ada ranting yang mengganggu ketika pusaran itu semakin membesar. Pusaran tersebut seakan-akan membentuk riak air yang semakin lama semakin membesar. Pusaran air itulah yang dinamakan 'Vorteks' dalam dunia realiti yang nyata.

Dalam dinamik bendalir, vorteks ataupun pusaran adalah kawasan bendalir dimana pergerakan alirannya mengikut paksi aliran sama ada dalam bentuk lurus ataupun melengkung. Pusaran yang terbentuk dalam air yang dikacau dan kebiasaannya diperhatikan dalam cecincin asap, lubuk pusar pada olak buri yang dihasilkan melalui pergerakan perahu ataupun angin yang berada di sekitar kawasan puting-beliung juga digelar 'Vorteks'.

Seusai memerhatikan gelagat putaran vorteks yang mengasyikkan itu, aku perlahan-lahan bangun daripada termenung panjang ditebing tasik. Kaki di bahagian kiri terasa kesemutan sedikit. Kaki yang terasa kebas-kebas itu memerlukan seminit dua untuk bangun dan berjalan secara normal. Lantas, aku melabuhkan punggungku di kerusi batu yang terletak beberapa meter sahaja daripada tempat aku mengelamun tadi. Kerusi batu itu diperbuat daripada batuan marmar putih dimana warnanya yang agak lusuh dan ditumbuhi pula lumut dan paku-pakis disekelilingnya.

Seusai melegakan kaki yang kesemutan itu, mataku sempat memerhatikan gelagat ramai pelajar yang mengambil kesempatan ketika cuaca mendung di petang hari untuk beriadah disekeliling tasik itu. Ada yang berjoging mengelilingi tasik, ada juga yang sedang beriadah sambil bermain disekitar taman permainan yang disediakan. Aku perlahan-lahan mulai menapak ke arah bangunan fakulti yang terletak tidak jauh daripada kawasan tasik buatan terbabit.

Ini adalah rutin kebiasaanku untuk menikmati pemandangan kehijauan alam semulajadi apalagi ketika sedang menyiapkan projek tahun akhir yang tidak berkesudahan. Apabila otak dan minda terasa berserabut untuk mendapatkan ilham, makanya termenung di tepi tasik sambil memerhatikan alam dan riak air tasik adalah satu rutin berkala yang kerap kali aku lakukan. Tetapi, aku tidaklah berani untuk melepak ditebing tasik pada waktu maghrib. Terlalu banyak kisah seram di kawasan tasik yang telah diperturunkan daripada generasi ke generasi. Tapi, aku tidaklah terlalu mengambil pusing berkenaan hal-hal mistik itu.

Jam menunjukkan pukul 7.00 malam. Bangunan fakulti kebiasaannya sudah hampir kosong. Hanya pengawal keselamatan yang kadang-kala dilihat lalu-lalang diperkarangan bangunan ini. Aku terus menuju ke tingkat paling atas dengan menggunakan lif. Tingkat paling atas adalah paras yang menempatkan surau dan juga makmal selain bilik muzium. Memandangkan masjid universiti terletak pada jarak yang agak jauh daripada kawasan bangunan fakulti ini, aku mengambil keputusan untuk menunaikan solat di surau tingkat paling atas. Setibanya aku di tingkat paling atas, aku dapat merasakan yang aku berseorang disebuah bangunan fakulti yang sudah berusia lebih lima puluh tahun.

Binaan bangunan fakulti ini bukanlah satu binaan bangunan yang serba moden. Oleh itu, lampu-lampu yang berada di sekitar laluan menuju ke arah surau juga tidaklah terlalu terang. Kadangkala, sesawang yang menyelaputi bahagian lampu itu menyuramkan lagi keadaan. Dengan kekuatan kerohanian yang ada, aku menggagahkan kakiku untuk menuju ke arah bilik surau. Jujur, sepanjang aku berseorang dalam bangunan fakulti ini, aku terasa seperti diperhatikan oleh sesuatu. Kadangkala, aku hanya menyedapkan hati dengan menganggap bahawa itu adalah mainan perasaan semata-mata.

Oh ya, memperkenalkan namaku Kaden. Kini berusia 20 tahun. Laluan perjalananku biasa-biasa sahaja. Warna-warninya hampir sama sahaja seperti kalian semua khusunya yang sedang menyambung pelajaran di menara gading. Patah hati akibat cinta ditolak kerana terlalu berwajah 'awam', kadangkala dicerca berwajah desa juga, dipalau rakan sekumpulan akibat tidak memberikan komitmen tugasan berkumpulan dan sebagainya. Sehinggalah tiba ke hari ini, satu peristiwa pelik berlaku. Sebuah peristiwa yang mengubah kehidupanku pada kadar seratus lapan puluh darjah.

 Sebuah peristiwa yang mengubah kehidupanku pada kadar seratus lapan puluh darjah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 29 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

VORTEKSWhere stories live. Discover now