BAB 1

45 4 0
                                        

Dia mengatur langkah ke biliknya. Tombol pintu dipulas, lalu dia memboloskan diri ke dalam. Dia ingin bersiap-siap untuk melakukan kerjanya seperti biasa. Seluar slack hitam yang agak besar dicapai dari atas katil, disarungkan ke badan setelah dia sediakan sebelum mandi tadi. Tudung sarung hitam diambil lalu disarungkan ke kepala. Sweater cotton hitam tebal bersaiz besar kesayangannya juga disarungkan ke badan, menutupi t-shirt dan tudung. Tidak lupa, dia menyapukan moisturizer, sunscreen, dan lipbalm ke wajahnya sebelum itu.

Setiap kali selepas tamat kelasnya di kolej, dia terus menyibukkan diri dengan berkerja separuh masa sebagai penghantar makanan. Tidak mempunyai masa lapang untuk bersuka ria seperti gadis lain, hanya menyibukkan diri mencari pendapatan untuk menyara diri dan 'keluarga'.

Dia menilik diri sendiri di hadapan cermin. Penampilannya seperti biasa, dengan sweater tebal bersaiz besar, seluar slack sederhana besar, dan tudung sarung dimasukkan ke dalam sweater. Semuanya hitam. Pelitup muka hitam juga dipasang di wajahnya.

Setelah selesa dengan penampilan dirinya, dia mengatur langkah keluar dari bilik. Kunci motosikal Yamaha 135LC Fi yang tersangkut di dinding dicapai. Baru sahaja kaki kanan ingin melangkah keluar dari, kedengaran suara wanita menjerkah.

"Woi perempuan! Kau datang sini sekarang! Cepat sikit!" Mendengar arahan itu, tubuhnya dibawa ke empunya suara dengan riak biasa.

"Ada apa, mak?" Soalnya kosong.

"Kau ni memang menyusahkan betul kan?! Ni! Tengok ni! Kau masak apa ni sampai rasa pahit macam ni?! Aku makan sesuap dah termuntah! Ke kau memang nak kitaorang mati?!" Dia menolak pinggan yang terisi lauk pauk yang dimasak tadi. Mujurlah lauk tidak tertumpah. Rasanya lepas masak tadi dia dah rasa makanan tu, lidahnya rasa manis. Celah mana yang pahit pun dia tidak tahu.

Soalan terakhir ibunya itu dibuat bagai angin lalu sahaja, tidak terasa langsung. Sudah lali.

"Kenapa mak ? Mak rasa pahit sangat ke ? Rasanya orang dah letak gula banyak dah tadi." Balasnya bukan niat mahu menyindir. Dia pun tiada niat mahu bertekak dengan ibu sendiri.

"Kau memang biadap kan! Sikit-sikit nak menjawab. Memang tak reti hormat orang tua ke! Penat-penat aku tanggung kau makan pakai apa semua sejak kecik, macam ni kau balas jasa kat aku! Dasar ana-"

"Kalau takde apa-apa orang pergi kerja dulu, mak. Assalamualaikum." Tangan ibunya diraih lalu dikucup. Tetap hormat wanita itu sebagai 'ibunya'.

"Hei! Aku tak habis cakap lagi lah! Kau pekak ke perempuan!"

"Fathiah Hanani!!"

Kaki diatur keluar rumah, bertembung dengan ayah.

"Dah nak pergi kerja?" Soal ayah. Dari luar rumah lagi dia dengar herdikan isterinya kepada anaknya itu. Agak-agak jiran sebelah juga boleh dengar. Dia mengeluh perlahan.

Gadis itu mengangguk sebagai jawapan. Tangannya sibuk menyarung sarung tangan dan helmet.

"Bawak motor elok-elok, jangan bagi rosakkan motor yang aku bagi ni." Tegas nada ayahnya. Tetapi dia tahu masih tersirat keprihatinan di situ.

"Hm." Enjin motosikal dihidupkan lalu dibawa meluncur keluar dari perkarangan rumah.



Fathiah memberhentikan motosikal hitamnya di tempat parkir depan syarikat tempat dia bekerja." RFood Holding. Dia turun lalu melangkah masuk ke dalam syarikat tersebut bersama helmet masih kekal tersarung di kepala. Pintu ditolak ke dalam seraya memboloskan diri.

Perkara pertama yang dilihat ialah dua perempuan sedang berbual di kaunter berhampiran pintu masuk.. Mereka menoleh ke arahnya apabila menyedari kehadiran seseorang.

"Hai Thiah, lambat masuk harini." Kak Sue, kerani di syarikat ini menyapanya.

"Haah, selalunya kau yang awal daripada aku, ni aku dah nak gerak kau baru datang." Ayuni, rakan sekerjanya yang paling dia rapat di sini juga menyampuk.

Mereka berdua kenal sangat dengan Fathiah ini, jarang dia membuka helmetnya jika masuk ke tempat kerja, melainkan jika berjumpa dengan Tuan Razak, bos mereka.

Fathiah hanya menjongket bahu. "Class habis lewat sikit harini"

Mereka berdua hanya mengangguk, faham dengan sikap Fathiah yang tidak banyak bercakap, tidak terasa pun.

"Ni akak naik office dulu, bos dah panggil. Korang berdua nak gerak nanti hati-hati," ujar kak Sue lalu berlalu meninggalkan Fathiah dan Ayuni. Mereka berdua hanya menghantar pandangan ke arah wanita muda itu.

"Ni aku pun nak gerak dah, kau pulak kerja sampai pukul berapa?" soal Ayuni berpaling menghadap Fathiah.

"Tengok lah dulu, kalau rajin aku sambung sampai malam. Kau nak pergi hati-hati," ujar Fathiah.

"Orait, kau pun hati-hati, aku keje sampai petang je tau. Bye." Ayuni mula mengatur langkah sambil melambaikan tangan ke arah Fathiah.

Fathiah juga pantas mengatur langkah kearah bilik persalinan pekerja perempuan, ingin mengambil barangnya.

Usai mengambil barang, dia keluar dan menuju ke tempat parking motosikal milik syarikat. Tuan Razak memang menyediakan motosikal khas untuk pekerjanya menghantar makanan dan semuanya ditanggung sendiri olehnya kecuali kos minyak motor.

Tidak menunggu lama, Fathiah terus menghidupkan enjin motor dan terus bergerak keluar dari kawasan RFood Holding.


Brek ditekan perlahan seraya memberhentikan motosikal biru di hadapan sebuah banglo mewah dua tingkat. Fathiah turun lalu diambil tempahan makanan pelanggan dari kotak. Loceng rumah ditekan beberapa kali tanda memberitahu pesanan mereka sudah sampai. Helmet masih kekal tersarung di kepalanya. Memang dia tidak pernah buka ketika berhadapan dengan pelanggan.

Tidak lama kemudian, kedengaran bunyi pintu pagar dibuka, dia palingkan wajah dari skrin telefonnya ke arah bunyi tersebut. Kelihatan seorang budak perempuan sedang merenungnya sambil tersenyum. Alahai comelnya kau budak, boleh pulak kau senyum dekat stranger ya. Gumamnya di dalam hati.

"Makanan yang papa Qila order dah sampai?!"
Kanak-kanak perempuan itu menjerit ceria sambil matanya terarah ke bungkusan makanan di tangan Fathiah.

Fathiah hulurkan bungkusan makanan tersebut dan disambut baik oleh budak itu. "Terima kasih." Ucap budak perempuan itu manis.

Dia hanya membalasnya ucapannya itu dengan tanda 'sama-sama' dalam bahasa isyarat. Ya. Memang setiap kali jika perlu berinteraksi dengan pelanggan, dia hanya akan menggunakan bahasa isyarat sahaja selain angguk dan geleng. Meskipun dia tahu kebanyakan orang tidak faham, tetapi dia tetap juga tidak mahu mengeluarkan suaranya.





HAPPY NEW YEAR 2024 🌼🇵🇸
Semoga tahun ini menjadi tahun yg lebih baik utk kita daripada tahun lepas. Dan semoga tahun ini juga kita sempat melihat kemerdekaan Palestine dan bebas daripada kejahatan dan kekejaman zionis laknatullah. Aamin.

Please don't stop talking and praying for Palestine. Boleh amalkan doa kat bawah ni okey? Simple je.

Allahumma najji ikhwananal mu'mininal mustadhafina fi Falisthin wa fi kulli makan.

Ya Allah, selamatkanlah saudara-saudara kami kaum mukminin yang tertindas di Palestin dan di setiap tempat.

BUNGA Where stories live. Discover now