Afwa Sofea (pt3)

3 0 0
                                    

"yeayyy final exam dah habiss" suara Humaira bergema ya kawan-kawan kat dewan besar ni.

"Diam do Maira. Malu lak aku kawan ngan kau." Tegur Najah. Najah ni bising-bising time sama-sama ngan member rapat dia ja... Depan orang dia memang muslimah gadis melayu terakhir.

"Weh, cuti sem korang pergi mana.." tanya Nadia. Yup. Killer question. Kenapa... Sebab aku tak pergi mana. Ofkoss busy persediaan kenduri. Most kerja memang dah siap. Ini persediaan untuk aku. Mental aku. Hehehe

"Tak pergi mana do... Sekolah tak cuti. Melepak rumah je laa. Kalau pergi mana mana pon mungkin hujung-hujung cuti nanti kot, sebab masa tu ada cuti sekolah." Sambut Dahlia. Yang lain mengangguk setuju. Aku sedikit lega. Bukan apa, majlis aku lagi seminggu. Kalau kata budak-budak ni dah ada plan, mungkin lagi lunyai aku dibantai...

"Korang balik bila?" tanyaku. Jam tanganku ku lihat. 4 petang. Aku dah kena balik pukul 5 petang. Orang tu datang ambil. Biasa orang kata, lelaki perempuan tak boleh jumpa seminggu sebelum nikah. Tapi... Ada dia kisah... Ada adik dia teman, tapi macam tu la. Tak kahwin lagi macam-macam kerenah dia yang buat aku istighfar.

"Dahlia ngan aku balik malam ni. Nadia ngan Humaira balik esok pagi. Kau gerak petang ni kan. Awal lak kau balik." Kata Najah. Najah ni, dia la yang aku boleh simpulkan antara member yang ada instinct kuat. Benda-benda macam ni la.

"Birthday ayah aku Najah. Kau ni boleh tak husnudzon serba sedikit ngan aku yang baik ni" kataku membela diri. Betul ya... Harini birthday abi. Tapi tu bukan sebab utama aku balik awal. Entah la... Complicated la nak describe pon.

"Malas aku nak Husnudzon dengan kau ni Afwa. Kau antara yang paling tak boleh dipercaya kau tau." Balas Najah. Yang lain hanya ketawa melihat telatah kami. Aku taktau apa sebenarnya dosa aku dengan si Najah ni sebenarnya. Tak habis-habis nak kenakan aku.

Masalah utamanya memang apa dia cakap tu betul. Aku sebenarnya dah tanya ummi abi, patut ke aku bagitau budak-budak ni. Ummi abi kata, tak salah pon... Lagipon diorang memang kawan rapat. Boleh dipercaya.

Tapi.

Bila aku tanya Encik Rais kita. Dia jawab... Takyah... Sebab reaksi dan drama adalah suatu yang menarik untuk ditonton.

Kau tengok level bakal laki aku. Jawapan dia tu aku tak expect tau. Aku expect something yang macam 'agama kita mengajar bla bla' gitu... Ye la sebab dia budak law kan. Tapi macam tu la. Takpe... Apa apa jadi, aku attack dia. Dia ni kira macam takaful aku gitu...

Ting. Yahh, notifikasi sudah mari.

Rais
Awak nak saya pick up kat mana.

'Marrybrown depan rumah sewa. Nanti saya bagi location.'

Rais
Hm? Marrybrown? Mesej something ke?

Yaa... Sudah gaharu cendana lagi. Dah tau tanya lagi.

'Iya... Saya lapar plus saya sepatutnya ada celebration sebab habis final dengan kawan-kawan saya. Lagipula, ni last tau before saya menamatkan zaman bujang saya. Encik dengan baik hatinya merampas dua kebahagiaan hidup saya harini. Tambah lagi dengan encik menghalang saya memberitahu kawan-kawan saya pasal kita' nah panjang lebar aku bebel.

Rais
Dah habis puan? Kalau lapar kita makan je... Belum apa-apa dah bebel. Takpe, sekarang boleh la bebel, nanti lepas kahwin....

Dia biar tergantung. Aku malas nak tanya. Dah la panggil aku puan. Biarkan dia, kita balik dulu.
~~~~~~~~
Dah siap berkemas... 4.30 aku dah bergerak ke Marrybrown lepas drama peluk cium pipi dengan housemates. Diorang peluk cium pipi sebab ingat tiga bulan tak dapat jumpa. Aku peluk cium pipi diorang sebab tu mungkin kali terakhir sebelum aku digulaikan. Untung-untung kalau aku digulaikan lepas nikah. Mungkin encik Rais boleh selamatkan aku. Mungkin. Lagi tragedi kalau aku digulaikan sebelum hari bahagia aku. Ayuh doa banyak-banyak.

Sampai di Marrybrown, aku membuat pesanan set hidangan untuk 3 set. Sebab semestinya aku tak nak berkongsi. Lepas 3 kebahagiaan aku dirampas, aku taknak ditambah lagi menjadi 4. Jangan main-main dengan makanan orang perempuan.

Sedang aku ralit menunggu makanan yang dipesan siap. Muncul seorang budak lelaki yang sangat aku kenali. Kalau abangnya Rais Aiden. Yang ni Rais Zayden. Nama hensem kan family diorang ni. Zayden ni pemalu sikit nak dibanding abangnya tu. Tapi alhamdulillah dalam masa 7 minggu, aku banyak interaksi dengan si Zayden ni. Sebab si Zayden ni satu universiti dengan aku. Budak medik Zayden ni.. dia muda setahun dari aku, means dia tahun 2 la sekarang. Info tambahan. Rais ada lagi 2 orang adik perempuan. Raisya Inaya 23 tahun, Raisya Izany 17 tahun. Rais Aiden 25 tahun. Aku 22 tahun. Ha macam tu. Tak faham, sudah. Korang susun la sendiri turutan adik beradik Rais. Aku taktau kenapa aku tak susun je dari awal.

"Kak, abang long dalam kereta kat luar." katanya ringkas. Tau kereta kat luar, takkan park dalam marrybrown lak kan.. aku balas dalam hati ja yang tu, murung pula adik dia nanti.

"Zayden datang sorang je kan, ke ada Izany sekali." Tanyaku.

"Haah sorang je. Izany stay ngan kak ngah.. main dengan Aqashah." Side note, Aqashah tu anak buah Rais, anak kak Inaya. Macam mana ya, aku dah konfius laa... Kak Inaya tu tua dari aku tapi adik ipar aku. Hahahahahahah macam tu la.

"Alright... Afwa beli Marrybrown tapi untuk kita je la, sebab nak makan dalam kereta je sementara nak balik." Balasku. Apabila pesananku dah siap, aku berjalan mengekori si Zayden menuju kereta abangnya.

"Banyaknya awak beli cik Afwa. Celebrate betul ni." Belum apa apa dah kena serang.

"Zayden, Afwa makan satu set, lagi 2 set awak makan la. Sebab Afwa rasa orang tu taknak." Kataku ringkas. Set-set Marrybrown aku letak disit belakang tanpa memandang orang sebelah. Rais hanya diam dan terus memandu.

Kata Zayden, Rais ni garang. Kepala angin anak sulong. Dia tak marah secara zahir biasanya tapi dia ada anger issue. Bila dia marah sangat dia diam, pastu dia keluar. Tu maksudnya dia marah. Tapi the fact yang Zayden kata dia memang tak mengamuk memang aku respect. Biasa orang kata kena berhati-hati dengan marahnya orang yang diam. Jadi itu la yang dipraktikkan mereka adik beradik. Kalau Rais tiba-tiba diam, mereka akan cepat-cepat minta maaf. Tapi sorry. Saya anak tunggal, so cannot relate. Lagipon dia yang cucuk aku dulu tadi. Salam apa takde tiba-tiba aku makan banyak. Aku punya baik hati nak belanja dia makan.

"Encik Rais, kita nak ke mana sebenarnya." hal ini disebabkan dia memang tak bagitau dia nak bawa aku ke mana-mana sejak dari awal dia menawarkan untuk mengambil aku dari kolej.

"Kidnap awak, dear miss Afwa. Saya nak bawa awak healing." Jawabnya ringkas. Mata masih fokus atas jalan. Aku sekadar mendiamkan diri.













Saya nak endkan pov Afwa maybe 1 or 2 chapters. Pastu kita akan ke pov Encik Rais kita. Saya taktau ke mana hala tuju cerita ni. Jadi if you're looking for a plot, you're not welcome here. Hehe. Baiii

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 27, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

CerPenWhere stories live. Discover now