Afwa Sofea (pt 2)

4 0 0
                                    

"Macam baru je jumpa Afwa haritu. Tapi jumpa sekali lagi kalini pon memang terserlah ya kecantikan awak. Tak sabar makcik nak bermenantukan kamu Sofea." kata Makcik Zainab. Aku tersenyum sipu-sipu.

"Maaf ya Sofea, pakcik dengar ada salah faham sikit yang berlaku antara kamu dan ayah kamu. Alhamdulillah kamu masih sudi terima anak bujang kami tu ya.. Rais tak datang sebab dia ke pejabat sekejap ada urusan. Kiranya, pakcik dan makcik je la yang uruskan pertunangan kamu harini." kata pakcik Sofian ayah si Rais.

Majlis kecil-kecilan yang tak berapa kecil juga la, memandangkan tok buat kenduri doa selamat walaupun bukan sempena pertunangan ku. Tapi kira, adik beradik terdekat sedia maklum la dengan pertunangan ini.

"Takpe je pakcik, makcik.. saya suka majlis kecil-kecilan macam ni. Pertunangan untuk dirahsiakan perkahwinan baru kita hebahkan." Balasku ringkas. Aku ni baru 22 tahun. Kalau boleh, malas nak bangkitkan isu yang tak sepatutnya bangkit. Jadi, diam-diam sudah lah.

Majlis pemakaian cincin dijalankan ringkas dan padat, hantaran apa pon simple sahaja. Cukup sekadar kecil-kecilan yang aku katakan tadi.

"Ni, abang Rais bagi. Hadiah personally dari dia katanya. Sebab sudi terima dia, walaupun Sofea tak kenal sangat pon dia. Dalam tu dia sertakan sekali nombor telefon dia. Ada masa, contact la dia ya." Kata makcik Zainab. Hulurannya aku sambut dengan senyuman. Dear mak cik, lambat lagi saya nak contact anak makcik dulu. Saya memang nampak brutal tapi urat malu saya masih teguh kuat disitu.

"Takpe kalau awak malu, nanti makcik suruh Rais start. Dia dah teruja sangat tu" kata Makcik Zainab sambil tersenyum. Aku hanya melayan. Terasa seperti melayan ummi abi juga bila melayan bakal mak bapa mertua aku ni. Paling-paling aku tau yang mereka meraikan kehadiran aku dalam keluarga mereka.

Petang itu, aku dah kena terus balik ke Kuala Lumpur, memandangkan aku ada kelas pada keesokan harinya. Jadi, tak boleh berlama-lama di kampung. Salam dan memohon maaf dengan semua yang ada ketika itu, masing-masing mengucapkan tahniah dengan pertunangan ku. Aku dah taktau sekarang nak rasa apa. Mix feeling orang kata. Aku memang tak kenal sangat Abang Rais tu. Kitorang jumpa-jumpa sekali sekala bila parents kitorang lepak sama-sama. Aku tau, abang Rais ada law firm dia sendiri, yang dia buka dengan dua orang kawan baik dia. Lain-lain mungkin kena ada sesi khas la kot. Sesi berkenal-kenalan.

Satu lagi masalah. Aku taktau aku patut bagitau geng-geng housemates aku atau tak. Kalau ikut perancangan, takyah bagitau lagi. Diorang bukan kenal pon siapa tunang aku tu. Nanti dah sampai masa baru kita bagitau. Mana aci kan kalau aku sorang je terkejut. Semua kena terkejut sekali. Cincin tunang tersarung cantik di jari aku buka dan diletak pada rantai leher yang abi hadiahkan. Rantai ni memang sentiasa dipakai, jadi tak ada apa yang boleh disyak. Perjalanan petang itu aku isi dengan merangka balik perancangan kehidupan aku yang sedikit kucar kacir dengan kehadiran individu yang tak disangka-sangka.
~~~~~~~~~
Sudah dua minggu selepas majlis pertunangan aku. Macam biasa, tidak ada perubahan sangat dalam life aku. Assignment, kuiz, tutorial, test dan lain-lain assessment yang kami kena buat sebagai pelajar masih bergerak seperti biasa. Sekarang pula dah minggu ke enam pembelajaran. Nota-nota kuliah aku scroll dari tablet bersama-sama dengan rujukan buku teks. Subjek Pelaburan yang asalnya macam tak susah tapi bila kena belajar theoretically ni, aku mula rasa nak nangis. Banyak sangat istilah pelik-pelik. Aku kena study dan faham betul-betul sebab minggu depan, dr nak buat kuiz, subjective pula tu. Menangis tak berlagu. Tengah-tengah mengenang nasib sendiri, notifikasi dari nombor tak dikenali masuk ke telefon aku.

011-xxxx xxxx
Assalamualaikum. Maaf mengganggu Afwa. Mesti busy assignment kan. Ni Rais. Sorry tiba-tiba whatsapp.

Yahh... Tiba-tiba sangat ni. Otak aku tengah serabut tau ni. Takpe ke kalau aku palau dia jap. Bukan laki aku lagi so tak berdosa kan.. Sabar jap biar aku habiskan satu topik, nanti kau aku layan. Hehe.

011-xxxx xxxx
Wah... Pandai dah palau-palau orang sekarang. Takpe, dah habis study nanti reply tau. Ada benda nak bincang.

Telefonku aku jeling seketika bila pop-up notifikasi sekali lagi menerjah.. ahhh scary.. mana lak dia tau aku palau dia ni. Tau lak dia aku tengah study. Takpe, dia kena sabar sikit. Bakal isteri dia ni tak habis belajar lagi. Dia lain lahh...

Dah habis satu bab barulah aku gapai kembali telefon pintar aku. Jam meja aku kerling. 22:00. Harap dia dah tidur, walaupun mustahil. Aplikasi whatsapp aku buka.

'Waalaikumussalam.. encik. Hehe.. maaf, Afwa memang palau encik jap tadi, tengah study. Sekarang dah free... Encik still on ke tu..' aku membalas whatsapp darinya. Panggilan abang tu sebenarnya biasa saja sebelum ni... Sebab dia mungkin tua 3 ke 4 tahun dari aku. Tapi, sekarang jadi pelik. Jadi kita tukar jadi encik.. Haha.

Rais
Hahaha... Level kita dah berubah jadi encik ya😂.. takpe faham je. Kena belajar rajin-rajin kan... Anyway, ibu dah tanya pasal persiapan nikah kita... Since baju dan lain lain tu ibu and ummi nak setel, kita patut keluar cari cincin. Bila Afwa free... Nanti saya pickup.

Heh~~ dia dah tanya pasal cincin gesss... Saya tengah sibuk ni.

'Boleh ke, kalau Afwa tak ikut👉👈. Afwa tengah sibuk untuk exam mid-term ni.. next week, Afwa ada test dua subjek.' balasku ringkas. Nampak macam mengelat kan. Memang aku mengelat... Aku malu. Titik.

Rais
Hmm... Tak pe la kalau macam tu. Baru ingat nak ajak date. Tapi ada ibu la.. heheh.. ibu macam rindu sangat bakal menantu dia ni.

Alehhh Rais ni, mana aci sandar kat ibu lakk... Lemah la kitee..

'Takpe... Cakap kat ibu, lagi seminggu, saya balik. Balik nanti terus saya jumpa ibu.' balasku

Rais
Haihh... Ibu je... Saya?

Speechless.. ni Rais ke. Dia memang macam ni ke. Malas aku.

*Seen*

Nah kau. Balasan. Untuk pengetahuan aku tak hide bluetick. Sekian

"Amboi kau Afwa... Senyum senyum... Tu la Nadia... Aku syak memang betul dah si Afwa Sofea kita ni tengah ada kesayangan. Dia tak roger roger kita ni... Sedih laahh kita." kata Najah dengan tersebik sebik... Yaa... Itu dia Najah dan drama pukul 7 nya.

"Najah, kan dah cakap aku nak ambil phd dulu. Korang memang kann. Ini kalau kata jodoh aku sampai dulu, sebenarnya salah korang sebab non-stop doakan jodoh aku." Balasku. Rakan-rakan ku yang lain hanya ketawa.

"Afwa, serius ni. Kalau kata kau dah nak kahwin, kau kena bagitau kitorang tau... Jangan sorok-sorok" kata Dahlia.

"Ye... Ofkoss aku roger. Siapa yang nak tolong basuh pinggan kan kalau bukan korang" kataku ketawa.

"Biadab." Macam tu je la kena setepek.











Tulah kata... Aku syak jadi novel hahahahaha.... Takkot, jangan risau takde konflik ke apa... Cerita saja saja santai. Plain dan klise...

CerPenWhere stories live. Discover now