Dream 4

12 1 0
                                    

Empat kenderaan berhenti di suatu tempat yang sedikit teduh dan tertutup dari khalayak ramai.

Farah kini selamat masuk kenderaan berisi tiga permata, Junkyu, Yoshi dan seorang lagi di luar, Hyunsuk.

Farah duduk dengan kedua kakinya dinaikkan ke atas sambil dipeluk erat. Kepalanya direbahkan atas lututnya. Wajahnya berpaling ke arah tingkap kenderaan, meratapi sang hujan. Sungguh kosong fikirannya.

Setelah beberapa perbincangan ringkas berlaku.

"Nah, hyung. Just in case kan, saya ready bawa selimut. See, ada keperluan." Doyoung menghulur selimut yang cukup selesa untuk diberi kepada Stella.

"Oh, thanks Doyoung" Hyunsuk lega, tadi hanya mampu bagi baju lapisan luar mereka bertiga kepada Stella. Iya lah, baju sejuk tak bawa.... Itu pun....

Junkyu dan Yoshi berusaha memujuk Stella.

"Nah, nanti awak sakit, jangan buat kami tambah risau." Risau si Yoshi yang cuba menyelimuti Stella dengan baju mereka bertiga.

Stella terus menerus menolak simpatinya.

"Degil lah pompuan ni, orang risau bongok!" Junkyu bersuara.

"Bahasa tu tak boleh kasar lagi ke" usik Yoshi yang sedikit hampir terketawa dengan gelagat Junkyu. Dia risau tapi caranya.... Erm... Garang tapi comel dalam masa yang sama.

"Suka ha...."

"Cakap lah apa sekalipun aku takkan faham." Pintas Stella dalam bahasa asing bagi mereka berdua. Posisinya masih sama seperti tadi. Tak menoleh mereka berdua sama sekali.

.....

"Tapi kan.... Dia bukan ke pompuan yang Jihoon langgar tadi?" Bisik Junkyu dah macam on the way membawang.

"Aku baru nak cakap benda yang sama..."

TACK!

Hyunsuk membuka pintu masuk kenderaan dengan berbekalkan selimut gebu ditangannya. Dia terus menuju ke arah Stella cuba menyelimuti Stella.

"Takyah hyung dia taknak, biar dia mati kesejukan." Geram Junkyu akan kedegilannya. Segera Yoshi menepis. "Bongok." Ujar Yoshi yang innocently ketawa kecil. Sedangkan Hyunsuk dalam serious mode.

Stella menoleh orang yang menyelimutinya. Dia menepis. Bara api kembali memenuhi setiap pelosok mata. Ya... Kerana Hyunsuk salah seorang manusia yang ada dalam bilik mesyuarat, dan kini dia yang "mengutipnya" saat dia sedang cuba melarikan diri.

"Stay" Hyunsuk mendudukkan Stella yang cuba bangkit hendak keluar kenderaan semula.

"You know what's going on. Now why do you pick me?! You agree with them huh?" Tak kisah lah broken tak broken bahasa tu. Marah tetap marah. Yang penting dia faham.

Hyunsuk tak peduli. Dia melilit selimut pada Stella sehingga hanya nampak kepala. Lebihan selimut, dia guna untuk lap sikit² pada wajah dan rambut Stella.

"Don't catch a cold, talk about this at home. So just stay."

Semarah mana pun Stella, dia tetap simpan kepercayaannya terhadap Hyunsuk walaupun sekecil kuman. Dia mendengar kata dan hanya duduk diam. Sementara dua makhluk lagi blur akan situasi yang sedang berlaku.

Mereka semua akhirnya bergerak pulang, tapi sebelum itu mereka singgah ke hotel mengambil semua barang Stella.

BZZT

Telefon pintar mereka masing² berbunyi. Satu mesej masuk dari group chat.

Kita jumpa di dorm ada benda saya nak bincang.

Okay.

Noted.

---------------------------------------------------------

Selesai saja urusan di hotel, mereka segera pulang. Risau pula diserbu fans entah dari mana. Sempat juga Stella berulah cuba melarikan diri lagi. Tapi dikawal ketat oleh treasure dan managers.

Sunyi....

Junkyu kali ni aktif jadi makcik bawang, meskipun Yoshi tak habis² menepis.

Junkyu bersandar pada bahagian tingkap, wajahnya sudah pasti memandang ke arah Stella. Sambil itu, tergigit² kuku si Junkyu judging Stella so hard!

"Udah² le tu Junkyu woi!" Yoshi cuba menahan tawa melihat gelagat Junkyu yang duduk dibelakangnya.

'Eh mamat ni bila nak stop jadi CCTV? Lenguh dah tengkuk ni! Nak pusing sebelah dia duk pandang².'

'Apa kaitan minah ni dengan Jihoon?' Semakin mendalam Junkyu merenung.

'Fine! Aku fade up! Lenguh sangat dah tengkuk ni!'

GASP!

"WOHO! JUNKYU! SH... SABAR BRO SABAR" Yoshi terkejut cemas. Begitu juga Hyunsuk.

"A... O... Jun... Junkyu... Kau... Kau dah baca chat group? Baik kau gi cek." Gelabah member!

Wajah Junkyu dan Stella benar² dekat antara satu sama lain. Kira² 1cm lah juga.... Menghampiri jarak on the way kissing!

Stella apa lagi?! Segera dia menjauh sehingga terhantuk kepalanya pada tingkap! Sungguh terkejut si Stella! Agak² lah jarak sedekat itu tiba²!

"Au.." kuat juga hentakannya. Bagai renjatan electric!

"Lah pasal nak jumpa... So?"

"Aku rasa ni mesti pasal...." Kata² Hyunsuk terhenti tapi dia menyambung ayatnya dengan memberi isyarat mata merujuk kepada Stella.

"A...." Sekali lagi Junkyu membongkok sedikit memerhati wajah Stella yang agak rendah darinya. ".... Kau siapa eh? Apa yang penting sangat kau ni? Apa kaitan kau dengan Jihoon?"

Yoshi menepis bahu Junkyu. Bombastic side eye diterima.

"Kau cakap lah apa sekali pun dia takkan faham."

"Betul tu."

"Dia foreigner."

"Betul tu. EH?!"

"Kau ni macam lah kau takda kat tempat sama dengan aku and Jihoon tadi. Kau tak dengar ke dia guna bahasa lain tadi?"

"LAH DAH AKU KENA BAYAR SEMUA TAK SEMPAT JOIN KAU MANA LAH AKU TAU."

Stella perlahan² menoleh ke luar tingkap semula sambil tangannya masih mengusap² kepalanya.

'Tak faham tu takyah buat² faham Farah oi!' monolognya di hati.

Junkyu kembali memerhati Stella. Dia masih menggosok² kepalanya, dengan wajah polos nya itu, belum lagi gelagat awkward nya. Sesekali membuat Junkyu terketawa dari hidung. Kemudian segera berpaling arah luar tingkap dari sisi nya sambil jari jemarinya bermain² pada hujung batang hidungnya sebagai tanda cover diri dari tersenyum. Dia berusaha menahan tawa. Sempat juga Stella menoleh beberapa saat, tengok olah si Junkyu.

Risau awkward, Hyunsuk mulai berdehem tiba². Disambung oleh Yoshi, kemudian Junkyu.

"Should I do it too?" Stella bermadah sinis. Suaranya disampaikan dengan sangat halus sehingga tiada siapa mungkin mendengarnya. Namun, tidak bagi Hyunsuk yang duduk dihadapannya. Senyum tipis terukir dibibir Hyunsuk.

---------------------------------------------------------

Dorm
----------

"WHAT?"

SKY DREAM (Langit Mimpi) | jihoonWhere stories live. Discover now