Prolog

182 8 2
                                    

Sembilan tahun lalu,

Edward Lee berlari-lari anak sambil tersenyum riang memegang keputusan peperiksaannya yang cemerlang. Dia tidak sabar untuk memperlihatkannya kepada ibu dan ayahnya.

Namun dia hairan melihat sekumpulan lelaki keluar daripada rumah keluarganya. Dia sempat berpandangan mata dengan salah seorang daripada mereka yang mempunyai tatto kecil berbentuk helang dibahagian leher lelaki tersebut.

Lelaki tersebut tersenyum sinis melihat kearahnya dan berlalu pergi. Jantungnya berdegup laju melihat pandangan dan senyuman itu.

Dia berfikiran positif dan membuang segala fikiran negatif yang berlegar-legar di fikirannya. Dia beranggapan lelaki-lelaki tersebut hanya pekerja ayahnya lalu meneruskan langkahnya masuk ke dalam rumah.

"Assalamualaikum, Ayah, ibu, Ed dah balik ni" Jerit Edward.

Dia melihat sekeliling ruang tamu rumahnya mencari sosok ibu dan ayahnya. Dia tergamam seketika di depan pintu, apabila melihat ayahnya terbaring kaku dengan berlumuran darah di sekelilingnya. Manakala ibunya turut terbaring sama di sebelah tubuh kaku ayahnya dengan keadaan nafas tercungap-cungap.

Edward berlari pantas ke arah ayah dan ibunya sambil menangis teresak-esak.

"Ayah! Bangunlah, jangan tinggalkan Ed! Ed janji Ed tak nakal dah, Ed akan dengar cakap ayah" Dia merayu kepada ayahnya.

"Ibu! Tolong jangan tinggalkan Ed ibu, Ibu dah janji nak tengok Ed berjaya kan? Ed dah takda siapa-siapa selain ayah dengan ibu" Suaranya bernada sayu.

Ibu Edward memegang wajah Edward dengan tangan berlumuran darah dan memandang Edward dengan pandangan sayu.

"A...anak ibu, maaf..kan ibu dengan ayah sebab tak ma..mpu jaga Ed sampai besar. Tapi ibu ja..nji yang doa ibu akan sentiasa ada untuk Ed. Janji dengan ibu ya..ng Ed akan jaga diri baik-baik ye sayang. Ibu dan ayah akan sen..tiasa ada di sini di hati kamu, ingat itu! ibu min..ta maaf ye, ibu sayang kamu sangat-sangat" Kata ibunya dengan nafas yang berat dan ketika itu jugalah ibunya menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Edward meraung seorang diri. Dia berharap keadaan yang menimpanya ketika itu hanyalah mimpi buruknya sahaja. Tolong sesiapa sahaja bangunkan dirinya tika itu, jika ini hanyalah mimpi cepat sedarkan dia.

Sakit tak terkata apabila harus menerima realiti dan melihat orang tersayang pergi meninggalkan kita.

The Enigmatic Mr Hazel EyesWhere stories live. Discover now