Bab 11

239 18 0
                                    

TANGAN lelaki itu digenggam erat. Elisa tak rasa dia ada kekuatan untuk mendengar semuanya pada hari ini.

“Ayah minta maaf sebab ambil masa yang lama untuk beritahu adik. Ayah tak mahu adik terus dihuni rasa bersalah nanti,” kata Tuan Rafiq sebaik saja semua telah berkumpul. Matanya berkaca-kaca menatap Elisa yang duduk di sisi Iskandar.

Edrian duduk melutut di hadapan sebuah meja. Di atas meja itu, terdapat komputer milik Tuan Rafiq dan juga pendrive.

“Apa pun yang bakal kau dengar nanti, aku nak kau tahu sesuatu. Kami semua ada untuk kau, Elisa,” bisik Iskandar di telinga isterinya.

Mereka berbalas pandangan. Mata itu kelihatan sarat dengan kesakitan dan kesedihan.

‘Ya Allah, Engkau berikanlah kekuatan kepada isteriku. Semoga dia kuat menerima segala ketentuan-Mu.’

Hanya doa yang mampu Iskandar berikan. Dan semuanya terletak pada diri Elisa sama ada percaya atau tidak.

Iskandar pandang Edrian. Membenarkan lelaki itu untuk menghidupkan rakaman suara tersebut.

“Assalamualaikum, along. Dah sebulan kita tak berjumpa.”

Kedengaran suara Tuan Rafiq berbicara dengan seseorang.

“Waalaikumussalam. Kau nak aku sakit ke supaya kita boleh jumpa hari-hari dekat hospital ni?”

Elisa memejamkan mata. Itu... itu suara pak long. Menggigil tubuhnya. Pak long...

“Kalau nak angah datang rumah along pun boleh. Along je yang tak mahu angah datang.”

“Kau gila nak bocorkan ni semua dekat Elisa? Aku tak nak dia kecewa dengan aku, Rafiq. Kalau kau nak bocorkan pun, tunggulah bila aku dah tak ada.”

Tuan Rafiq tak dapat menahan tangisannya. Tisu yang dihulur oleh Puan Erina, segera dicapai.

Lama rakaman itu tidak berbunyi. Sehinggalah kedengaran suara Tuan Rafiq bertanya sesuatu.

“Along, kau buat pembedahan ya. Aku akan tanggung kos pembedahan tu nanti. Kau jangan risau.”

Pak long tertawa kuat. Argh, Elisa rindukan tawa itu. Tak lama kemudian, pak long berbatuk besar.

“Tak payah bazirkan duit kau, Rafiq. Beri duit tu untuk anak-anak kau. Lagipun, isteri aku dah lama tunggu aku dekat sana. Dia pun rindukan aku juga.”

Mendengarkan itu, Elisa melepaskan tangisan ke bahu Iskandar. Kenapa pak long? Kenapa pak long buat macam tu? Pak long tak sayangkan Elisa ke?

“Kita stop dengar sampai situ ya,” bicara Iskandar yang tak mahu menambah kesedihan kepada isterinya. Keluhan dilepaskan tatkala dia menerima gelengan.

“Astaghfirullah-alazim. Bawa mengucap along. Selagi Allah tak ambil nyawa kita, selagi itu kita berusaha untuk sembuh. Along nak tengok Elisa sedih ke bila dia dengar along cakap macam ni?”

“Dia akan tahu kalau kamu beri rakaman ni dekat dia, Rafiq. Sesaat pun aku tak nak dia rasa sedih. Aku besarkan dia dah macam anak sendiri. Kasih sayang pun dah lebih dari apa yang kau pernah bagi dekat dia.”

Semua yang berada di situ turut mengalirkan air mata. Puan Erina memerhati Elisa yang tenggelam dalam pelukan Iskandar. Bibir tersenyum tipis. Insya-Allah, lelaki itu adalah yang terbaik untuk anak gadisnya.

Sekali lagi, rakaman itu tidak berbunyi. Hanya kedengaran nafas pak long yang seperti termegah-megah.

“Nanti bila aku dah tak ada, ambil Elisa semula sebagai keluarga kau. Jangan biarkan dia tersisih. Mungkin masa tu dia dalam kesedihan sebab aku dah tinggalkan dia.”

TAKDIR TERCIPTA - CDove le storie prendono vita. Scoprilo ora