6. Kurang

37 3 0
                                    

Elfira menuruni anak-anak tangga rumahnya. Dia ingin berjalan menuju ke dapur untuk mengisi air, tapi niatnya terbantut tatkala seorang lelaki paruh baya menegurnya.

"Papa dengar minggu depan ada peperiksaan."

Kaki Elfira serasa di gam di situ, dia melihat ayahnya sedang menyantap roti yang ada di atas meja makan.

Dia tersenyum sedikit, kerana dia yang menyediakan roti itu. Selalunya, dia menerima banyak alasan daripada Papa jika Papa tahu itu air tangannya.

"Betul, Pa. Memang ada." Jawab Elfira, dia tak tahu harus pergi ke mana. Di atas sofa hadapan televisyen, ada Fahrie yang juga sedang melahap roti.

"Kalau macam itu, buat yang terbaik." Ujar Papa sebelum bangun daripada kerusi makan. Dia meraih telefon, kunci kereta serta fail-fail penting untuk bekerja.

Lelaki paruh baya itu kemudian keluar melalui pintu rumah automatik mereka.

Sedikit yang Elfira tahu, ayat itu memberi semangat kepadanya.

"Terima kasih, Pa. Papa pun kerja yang terbaik!" Jerit Elfira, agar Papa mendengar suaranya.

Senyap.

Papa sentiasa begitu. Tak ada respon.

Namun begitu, Elfira bahagia menerima kata-kata semangat itu. Salah satu impiannya.

"Untung lah."

Tiba-tiba saja Fahrie bersuara.

"Macam mana rasanya disayangi keluarga?"

Elfira tergamam.

"Tell me. Apa rasanya?"

Jujur, Elfira tak ada jawapan.

Baru kali ini Papa ramah kepadanya. Kalau ditanya apa rasanya? Rasanya bahagia, terlalu bahagia.. kerana dapat mendengar kata-kata pendek itu.

Ia sentiasa menjadi kebetulan. Papa berlembut padanya, di hadapan Fahrie. Jadi, Fahrie anggap Papa sentiasa begitu setiap masa.

Bahkan sewaktu dia tiada di dalam rumah selama ini.

"Terkadang aku terfikir..,"

"...apa kurangnya aku, sehingga wujudnya kau dalam keluarga ini?"

Bab 6: Kurang

Kicauan burung yang menghinggap di dahan memecah kesunyian pagi hari, membuat suasana pagi terasa nyaman jika bersendirian. Itulah yang Zayn mahu pada saat ini.

Tetapi pada waktu ini, dia berdiri di ambang pagar sekolah. Tiba-tiba satu sosok berhasil menangkap perhatiannya. Wajah gadis itu benar-benar cerah, seperti diliputi bersama cahaya keimanan.

Senyumannya sentiasa terukir, menyatakan bahawa dia benar-benar bahagia. Elfira murah senyuman.

Tatkala melihat wajah itu, satu idea muncul di benak fikirannya. Dia tersenyum nakal sebelum mengatur langkah ke arah gadis itu.

"Elfira!" Panggilnya yang berhasil membuat gadis itu berpaling ke arahnya.

Elfira berhenti melangkah sebagai tanda menyahut, menunggu jawapan lelaki itu.

"Aku ada sesuatu," Ucap Zayn. Dia berusaha menyembunyikan senyuman yang menyimpan idea jahat.

Zayn mengeluarkan dompetnya, lalu mengeluarkan sekeping gambar berukur pasport.

Zayn menunjukkan gambar itu.

Gambar itu menunjukkan seorang perempuan sedang menangis di bawah rintikan hujan. Wajahnya terlihat menyedihkan.

Senja Terakhir [COMPLETE]Where stories live. Discover now