KCK: BAB 4

126 19 9
                                    

"Luahkan isi hatimu, mungkin ia mampu menenangkan mu."

               TELEFON miliknya bergetar menandakan ada pesanan yang masuk.

Falikh Ayden
: Assalamualaikum, Ayana. Dah dapat bunga melati putih tu?

Falisha Ayana
: Waalaikumussalam, Falikh. Awak ke yang hantar bunga ni?

Falikh Ayden
: Yes, My Ayana. Take a good care of the flower okay? Syafakillah Ayana (semoga cepat sembuh, Ayana).

Telefon terus ditutup. Pesanan ringkas dari Falikh hanya dibaca olehnya. Memang tiada mood untuk dia membalasnya. Dia tak tahu apa yang ada pada diri dia sehingga jejaka seperti Falikh boleh menyukai dirinya. Jejaka itu seakan mengejar dirinya atapun hanya mengejar bayang dirinya. Sejujurnya, dia agak kurang senang dengan cara layanan Falikh terhadap dirinya, sedangkan dia bukan seseorang yang penting di dalam hidup jejaka itu.

Hatinya kian berbolak balik. Memikirkan pertemuan taaruf di antara dirinya dan Falikh yang akan berlaku pada minggu hadapan. Dia pun tidak tahu apakah tujuan Falikh untuk melakukan sesi taaruf itu. Nak kata gemuruh? Ya memang dia terasa gemuruh sekarang ni. Traumanya terhadap lelaki memang takkan pernah habis! Sampai bila-bila!

"Kak Ngah..." seru suara itu.

"Ya adik?" balasnya.

"Tu ada orang nak jumpa kakak dekat bawah. Adik dah jemput dia masuk. Orangnya ada dekat ruang tamu, tengah berbual dengan Along." Terang Falili.

"Sekejap ya adik. Suruh orang tu tunggu dulu tau." Arah Falisha.

"Baik kak Ngah." Sahut si adik.

"Haaaa kakak! Sebelum adik terlupa nak cakap. Jangan lupa pakai baju yang lawa sikit. Yang ada vibes orang kahwin tu." Arah Falili.

"Haaa?? Vibes orang kahwin? For what?" Falisha mula menanyakan kembali soal itu.

"Alaaa... pakai je. Along yang suruh. Lebih kak Ngah pakai. Takut dia bising pula nanti," pujuk Falili. Dia bukan tak kenal perangai abang sulung yang satu itu macam mana.

"Baiklah. Kak Ngah akan pakai. Macam lah kita tak kenal perangai Along tu macam mana. Garang tak bertempat. Tapi kalau dengan kak Sya bukan main manja mengalahkan kucing parsi! Hahaha!" Falisha mula membuat lawak. Saja ingin menutup rasa gemuruh di hati. Entah kenapa dia perlu rasa begini.

"Betul tu Kak Ngah! Tak berenggang langsung! Kalau boleh kak Sya tengah berak pun, Along sanggup temankan. Hahaha!" Keduanya tertawa mendengar gurauan masing-masing.

Sampai sahaja ke anak tangga yang terakhir, langkah Falisha terhenti seketika. Bayang itu! Bayang yang tak sepatutnya dia lihat! Kata minggu hadapan? Kenapa bayang wajah si jejaka boleh berada di sini? Pada waktu petang yang indah ini? Wajah cuak Falisha, mampu menjelaskan segalanya.

"Haaa! Angah! Mari sini, Falikh kesayangan kamu ni dah datang," seru Farish.

"Err... baik Along," balasnya. Perlahan sahaja nada suaranya.

"Okay jom kita mulakan sekarang sesi taaruf korang berdua. Ceritakan segala biodata yang ringkas serta padat." Arah si abang seolah-olah seperti berada di sesi temu bual.

"Erk... Along bukan patutnya sesi taaruf tu minggu depan ke?" bisik Falisha di telinga milik Alongnya.

"Kau ni Angah... dah kalau dia nak harini. Harini lah kita mula. Ala cakap yang ringkas je." bisik si abang kembali.

"Tapi adik malu lah Along."

"Angah... untuk apa adik nak malu. Ada nampak ke muka Falikh tu macam nak makan adik? Tak ada kan? Teruskan je." Farish mengalihkan semula pandangan matanya ke arah Falikh.

Kesetiaan Cinta Kita |OG (NEW STORYLINE)Where stories live. Discover now