KCK: BAB 3

166 26 11
                                    

"Perasaan trauma kehilangan akan seseorang mula menghantui aku semula."

TELEFON bergetar menandakan ada satu pesanan baru sahaja masuk. Tertera nama seorang jejaka yang dikenalinya.

Falikh Ayden
: Assalamualaikum, Ayana.

Falisha Ayana
: Waalaikumussalam Falikh.

Typing...

Telefon miliknya terus ditutup semula. Tak larat yang amat rasanya. Dah lah badan kurang sihat. Jejaka ini pula mula membuat dirinya overthinking. Falisha pun mengambil keputusan untuk menyambung lenanya itu.

Walaupun dirinya sedang nyenyak tidur akan tetapi, otaknya masih memainkan segala persoalan. Peristiwa trauma masa lalu juga mula bermain di fikirannya. Juga menghantui hidupnya semula.

"Kenapa dia perlu buat semua tu? Nak ambil hati aku? Sejujurnya aku trauma sangat dengan lelaki. Bukan sebab ada pengalaman bercinta, tetapi atas dasar sebab yang lain. Andai lah dia tahu sebenarnya aku trauma dengan lelaki," bisiknya sekadar di dalam hati.

"Aku tak tahu apa yang dia nak dari aku sebenarnya. Aku tak tahu apa niat dia. Nak kata aku mengenali diri dia, aku masih dalam proses mengenali. Tetapi bila dia meluahkan isi hati dia. Aku jadi terfikir segala perihal ni," fikirnya lagi.

" Kenapa aku? Kenapa aku? Apa yang dia nampak dekat diri aku? Adakah diri aku
ini terlalu sempurna di mata dia? Ya Allah, kenapa aku berfikir sampai tahap begini! Kenapa aku terlalu insecure dengan diri aku sendiri? Sedangkan Allah SWT telah menciptakan diri aku sebaik-baik manusia..." gumam Falisha Ayana sendiri di dalam hatinya.

Sedang Falisha asyik lena di dalam tidurnya, tiba-tiba ada satu suara memanggil namanya dari tingkat bawah.

"Kak Ngah oh Kak Ngah! Ada orang cari kakak ni! Rasanya kakak kenal kot..." panggil Falili sambil menjerit memanggil nama kakaknya.

Terkejut Falisha mendengar suara itu menjerit memanggil akan dia. Jantung kian berdegup kencang. Roh pun tak sempat nak masuk ke badan lagi. Dia rasa macam ada seseorang yang bakal menambah beban di benak fikirannya datang ke mari. Terasa dekat sekali rasa itu. Dekat sekali.

"Sekejap ya adik.... Kak Ngah nak pakai tudung dengan purdah dulu. Suruh orang tu tunggu sekejap tau," jawab Falisha Ayana lalu bergerak ke arah rak yang dipenuhi dengan beberapa helai tudung serta purdah berjenama mahal yang merupakan hadiah pemberian dari Datin Aqilah tetapi Falisha tetap setia memakai tudung sarung purdah yang berjenama biasa sahaja.

Setibanya dia di anak tangga yang terakhir dia berasa agak terkesima apabila melihat ada  seorang anak kecil sedang berlari ke arahnya sehingga hampir terjatuh nasib sempat disambut oleh Falisha Ayana.

"Umaira sayang. Banyak kali dah kakak pesan jangan lari laju sangat nasib tak jatuh tadi. Kalau jatuh nanti kakak dengan babah awak yang risau sayang..." Tegur Falisha sambil memandang tepat wajah milik Umai.

"Sorry tatak tantik! Umai actually excited nak jumpa tatak tantik cebab Umai rindu sangat dekat tatak. Lama dah tatak tantik tak datang cumpa Umai!" Rengek Si Umai lalu memeluk tubuh Falisha erat seperti biasa.

"Bukan kakak taknak melawat Umai tapi kakak tak berapa nak sihat sangat sayang. Kakak minta maaflah ya? Kakak janji lepas dah sihat kakak bawak Umai pergi jalan cari mainan nak tak?" cadang Falisha.

"Ehhh... mestilah tite nak tatak tantik!! Tapi kalau boleh tatak bawa pergi playground dulu boleh kan? Lepastu Umai nak buku warna dengan mainan! Bolehkan kakak tantik?" pinta Umai sambil ketawa mengekek.

Kesetiaan Cinta Kita |OG (NEW STORYLINE)Where stories live. Discover now