Part 2 - Update

5.5K 64 10
                                    

Aku tekad untuk ajak El berbincang mengenai perkara ini setelah melihat tingkah lakunya yang lain dari kebiasaan. El lebih banyak murung dan memilih untuk menyendiri apabila di rumah.

Namun El dapat baca niat aku. Setiap kali aku mendekatinya dan cuba buka suara mengenai hal ini, El akan menggelengkan kepalanya. Membayangkan terdapat kemungkinan kami akan bergaduh jika aku gunakan paksaan, aku memilih untuk stand down. Aku cuma berharap dia akan ok dengan sendirinya.

Pada masa yang sama, aku beranikan diri untuk menghantar message kepada Hasrul bertanyakan khabar. Lagipun aku memang benar-benar curious perkembangan kesihatan isterinya.

Tanpa diduga, lain pula reaksi yang aku dapat dari Hasrul. Setiap message yang dihantar dibalas pantas. Malah dia tidak menolak apabila aku mengajaknya minum di kedai mamak.

Walaupun hanya empat bulan, kehidupan Hasrul sekeluarga mulai stabil. Tahap kesihatan isterinya juga menunjukkan perkembangan positif. Hasrul juga telah mula kembali bekerja dari cuti tanpa gaji.

Aku tahu aku dan Hasrul telahpun in good term apabila kami sudah boleh lepak berjam-jam di cafe atau kedai mamak seperti dahulu. Seperti dahulu, perkara yang kami sembangkan adalah mengenai dunia sukan atau hobi permainan kami. Tidak sekalipun Hasrul bertanyakan mengenai El. Malu? Takut? Aku tahu perkara ini tidak boleh digesa.

Mungkin melalui hobi ini Hasrul dapat mengimbangkan beban menjaga keluarganya. Salah satu idea barunya adalah menyewa sebuah rumah hanya untuk menempatkan semua collectibles yang telah memenuhi ruang rumahnya.

Sejujurnya aku gembira melihatkan comeback dari Hasrul. Aku bersetuju untuk berkongsi menyewa memandangkan aku juga mempunyai masalah ruang yang sama. Kami menemui sembuah kondo berhampiran  rumah aku dengan kadar sewa Rm1,500 sebulan.

Dipendekkan cerita kami mulai menyewa kondo tersebut dari Disember 2022. Aku dapat ingat dengan jelas perkara ini kerana ketika itu musim cuti sekolah akhir tahun.

Penawar Yang Sempurna (2023)Where stories live. Discover now