"Sungguh?"

"Sungguh"

Senyum nakal terukir pada bibir Armand. Tanpa Efzan sedar, Armand sudah berada di belakangnya sambil memerhati gambar si dia di dalam telefonnya.

"Oooooo... faham, faham" Armand sudah tergelak mengejek. Tengok gambar anak dara orang rupanya...

"Kau terjatuh cinta dekat someone eh?" Armand duduk disebelah Efzan sambil menyiku lengan Efzan.

"Takda masa, lambat lagi" Efzan menayangkan muka bosan. Iphonenya dimatikan lalu diletakkan di atas meja kopi.

"Alahh.. dah tu tu yang dalam gambar tu? Cantik juga tu perempuan tu" Jarinya menunjuk-nunjuk ke arah iPhone milik Efzan yang sudah kembali gelap. Banyak sungguh dia punya tu.

"Bukan sesiapa" balas Efzan tanpa sebarang perasaan.

"Aku kenal kau Ezan. Kita ni membesar sekali. Apa aje yang aku tak tahu tentang kau? Luar dalam kau semua aku tahu" tangan naik menepuk bahu si sepupu.

Ezan.. merupakan gelaran yang hanya orang terdekat dengannya sahaja yang akan mengelarkan dirinya menggunakan nama tersebut.

Efzan mengeluarkan keluhan berat.

"Aku tak tahu Ric... dia macam aku tak suka dia, tapi  dalam masa yang sama dia buat aku rasa perasaan yang aku tak nak kembali lagi. Aku akan teringatkan dia Ric.. aku tak nak" Tangannya naik menekup wajah.

Perasaan yang sudah lama mati dalam jiwa seorang Raja Efzan, mungkin akan berputik kembali.

"Ezan.. aku tahu yang kau nak lupakan semua benda tu, tapi kau kena ingat, dia tak salah" Armand sudah naik risau. Apabila bangkit sahaja tajuk ini, Efzan akan jadi lemah. Dia tak kuat melihat sepupunya itu jatuh lagi macam dahulu. Sesungguhnya dia tak kuat.

"Ezan, janganlah macam ni.. please? Lupakan dia? Aku tak kuat tengok kau macam ni" Armand menepuk-nepuk belakang Efzan demi meredakan perasaan sedih yang kembali dalam jiwa Efzan.

Ya, sejak dari peristiwa itu, dia sudah nekad untuk tidak menjalinkan hubungan dengan sesipa. Walaupun bukan salah perempuan itu, tapi dia masih lagi kecewa. Dia kecewa sangat-sangat apabila perempuan itu tidak berusaha untuk mempertahankan hubungan mereka.

Aaira Faleesha. Segaris nama yang mampu membuatnya tersenyum seketika dahulu, sekarang hanyalah membuka semula kisah lama.

"Stop thinking about that again Ezan. I don't want you to get hurt over something in the past. Let bygone be bygone" Lembut Armand memujuk. Dia tidak mahu Efzan masih terikat dengan kisah silam.

"Let's keep moving, okay?" Ada harapan disebalik mata Armand. Dia berharap agar Efzan tidak lagi mengingati tentang hal itu. Efzan mengangguk perlahan.

"I'll try... thanks for always there with me Ric" Efzan berpaling menghadap ke arah Armand lalu tangannya dipegang dan ditarik ke dalam pelukan. Mereka berpeluk gaya bro hug. Segaris senyuman terukir pada bibir mereka.

Mereka akhirnya meleraikan pelukan itu. Armand sudah menatap wajah Efzan dengan senyuman nakal.

Efzan mengangkat kening.

"Kenapa?"

"Cerita lah"

"Cerita apa?"

"Tentang perempuan tu. Nama apa? Umur berapa? Dah habis belajar ke? Kerja dekat mana?" Bertubi-tubi soalan diajukan kepada Efzan.

"No" ringkas dan padat sahaja jawapan yang diberikan oleh Efzan. Efzan bangun dari duduknya dan berlalu ke arah pintu ofisnya.

"Alah cerita lah. Aku nak tahu jugak" Armand mengikuti langkah Efzan dari belakang. Tangan naik memeluk bahu Efzan sambil bibirnya sudah memuncung.

THE LOVE : RAJA EFZAN || OG {SLOW UPDATE}Where stories live. Discover now