⭐Nak Melawat MATA [29]

180 16 8
                                    

Dato' Hisham: jadi semua peneraju dah datang? Mari kita mulakan mesyuarat kita untuk kali ni. Julia. (Pandang Julia)

Julia: baik tuan! (tekan sesuatu di tabletnya)

Beberapa saat kemudian, muncul sesuatu di skrin depan. Ianya pasal semua kejadian yang berlaku selama 3 bulan ini.

Dato' Hisham: selama 3 bulan ni kita selalu dapat report pasal perkara yang diluar jangkaan kita. Azurium kita juga telah dicuri sebanyak 27 ton. Ada sesiapa yang nak bagi cadangan untuk uruskan ni?

Dr. Mala: dato, saya rasa sudah masanya untuk kita naiktaraf sistem keselamatan bandar kita.

Dato' Hisham: iya tapi macam mana?

Dr. Mala: tambahkan senjata berteknologi tinggi dan kebal kepada wira-wira kita.

Dr. Tong: betul juga, walaupun mereka dah ada alat-alat dan senjata yang canggih, takkan kita hanya duduk diam dan tak tolong mereka kan?

Dr. Ghazali: kejap, wira-wira kita?

Dato' Hisham: oh Dr. Ghazali tak tahu lagi ke pasal ni? Bandar Cyberaya ni ada wira yang bernama ejen MATA. Biasanya kalau ada bahaya atau kecurian serius, merekalah yang akan uruskan secara rahsia. Saya bagitahu awak kerana saya percayakan awak semua untuk rahsiakan perkara ni dari orang ramai.

Seketika Dr. Ghazali teringat kembali apa yang berlaku di tempat kerjanya. Dia mula terfikir kalau ejen tu datang awal mesti dia takkan mencederakan Ali. Ali dah 2 bulan tak balik rumah dan dia tak tahu kat mana Ali tinggal sekarang. Nak call atau mesej dia pun tak boleh.

Dato' Hisham: saya terfikir mungkin kita boleh buat lawatan ke markas MATA lepas habis mesyuarat ni. Sampai kat sana nanti saya nak awak semua fikirkan apa yang perlu ditambah.


✨✨✨


Ej. Dayang: huih, makin pening kepala dengan Dato' Hisham ni. (pegang kepalanya seakan pening)

Ej. Ganz: kenapa tu Dayang?

Ej. Dayang: Dato' Hisham minta kebenaran untuk ke Markas MATA dan bawa peneraju sekali.

Ej. Ganz: APA? Dia fikir dia dah jadi dato bandar jadi boleh buat sesuka hati dia macam ni? Ish!

Ej. Dayang: tapi nak taknak kita tetap kena benarkan. Saya akan bagitahu General Rama pasal ni.



S
K
I
P

T
I
M
E




Ej. Geetha: baiklah, itu sahaja kelas awak semua untuk hari ini. Ali, Bulat dan Khai tolong tunggu sekejap. Saya nak bagitahu sesuatu pasal misi kamu semua nanti.

Khai: baik ejen.

Ali: kau pergilah dulu Viktor, nanti aku datang.

Viktor: baik, jom kita pergi Qis.

Qis: jom!

Viktor dan Qis akhirnya keluar dari bilik tekno. Sekarang tinggal Ejen Geetha dan Ali, Khai dan Bulat.

Ej. Geetha: baiklah, kemungkinan besar tak lama lagi kamu semua akan ada misi semula dan ianya mungkin lebih berbahaya. Saya percaya yang awak semua dah tahu siapa musuh kita sekarang.

Ali: iya ejen, musuh kita sekarang bukan sahaja manusia tapi juga alien.

Ej. Geetha: mereka mungkin main-main selama ni tapi kita tak tahu bila mereka akan serius. Macam Boboiboy cakap, mereka penjahat tingkat SS dan boss mereka SSS dan pernah hancurkan 2 planet dahulu.

Bulat: ngerinya....

Ej.Geetha: saya nak kamu semua pergi ke H.Q MATA untuk uji senjata baru kita. Kita perlukan senjata baharu kalau nak lawan dengan mereka.

Trio tekno: baik ejen Geetha.







✨✨✨









Di H.Q MATA





Khai: uish tak sabar nak dapat senjata baru.

Bulat: kalau dapat kerusi roda yang macam Mika pun best juga. Tak payah lari.

Ali: mana boleh macam tu, kena bersyukur yang kau boleh jalan.

Bulat: tapi malaslah.

Khai: Ali, kau rasa senjata apa yang kau dapat nanti?

Ali: entahlah, kita tengoklah nanti.

Ej. Dayang: ah, kamu bertiga ada di sini?

Ali: Ejen Dayang, kamu datang sebab Ejen Geetha suruh ambil senjata baru.

Ej. Dayang: oh macam tu.

Khai: ejen buat apa kat depan pintu H.Q ni?

Ej. Dayang: oh, sebenarnya kita ada-

Dato' Hisham: Ejen Dayang, kami dah sampai.

Ej. Dayang: pelawat... eh, selamat datang Dato' Hisham dan semua peneraju. Saya Ejen Dayang salah seorang ketua teras, ketua teras ejen Tekno.

Dr. Mala: seronok dapat jumpa dengan salah seorang ketua dari wira-wira Cyberaya. Eh, awak....(tunjuk kat Ali)

Ali: erk.....

Dr. Mala: awak salah seorang ejen yang ada kat Cyber Sains 2 tahun lepas.

Dr. Ghazali: Ali?












Tbc

Jangan lupa untuk vote ye (⁠ ⁠ꈍ⁠ᴗ⁠ꈍ⁠)

⚡BOBOIBOY AND EJEN 🅰️LI : Alien Misteri 👽 Where stories live. Discover now