• prolog •

Mula dari awal
                                        

" mak , mak tahu kan along dengan angah tak pernah sebulu . dan sekarang mak dengan abah nak along gantikan tempat ibu dia pula ? tak kena lah mak "

" along mak tahu macam mana hubungan kamu dengan angah tapi kamu tak boleh libatkan anak angah dalam hal ni sekali tau . dhea tak boleh tinggal di sini , kamu sendiri tahu tiada sekolah yang berdekatan dengan rumah kami ni . cukuplah dia kehilangan ibu bapa dia je mak taknak dia hilang masa depan dia juga " kata nenek cuba merelavenkan tindakannya itu

" mak minta tolong sangat dengan kamu long . kamu tinggal di bandar , pasti mudah untuk kamu carikan dia sekolah yang baik . mak tahu tak mudah untuk kamu besarkan seorang budak apatah lagi budak yang kamu benci ibu bapanya . tapi tolonglah long kali ini sahaja . demi mak dan abah " 

pinta nenek bersungguh sungguh . atuk disebelah  menganggukkan kepala turut bersetuju dengan kata kata nenek

maklongnya kelihatan menghembuskan nafas berat . bukan sahaja perasaan benci yang dia fikirkan pada saat ini . dia tinggal di bandar bukan sebagai orang yang senang . dia tinggal di sebuah rumah agam tempat majikannya tinggal . ya dia seorang orang gaji sepenuh masa manakala suaminya pula seorang pemandu persendirian keluarga itu . bagaimana dia mahu meminta izin kepada puan ezra dan tuan farhan untuk membiarkan anak kecil itu tinggal di dalam rumah agam itu ? kejamlah dia jika dia senyap senyap mendaftarkan dhea ke dalam rumah anak yatim . namun melihat riak muka penuh berharap abah dan maknya membuatkan dia mengangguk lemah

" baiklah , mak . along buat semua ni demi mak dan abah " mendengar hal itu neneknya memaparkan riak gembira . masih ada sinar untuk dhea memulakan semula kehidupannya " tapi along tak janji akan layan budak tu dengan baik " kata maklong lalu bangkit dari duduk dan menghampiri bilik yang didiami oleh dhea . dhea segera menarik kembali kepalanya lalu mengemas laju barang barangnya

" dhea ! cepat sikit kemas barang kejap lagi aku nak balik bandar dah " sergah maklongnya . dhea menundukkan kepala sambil mengangguk kecil . gerun dengan maklongnya

" kau lambat aku tinggal je " kata maklongnya lalu mula berlalu memasuki biliknya . mungkin mahu menukar baju

dhea hanya pasrah . dia menyambung memasukkan baju bajunya ke dalam satu beg besar yang diberikan oleh nenek . dia pun tidak faham kenapa dia disuruh mengikuti maklongnya ke bandar padahal dia sendiri juga tahu yang maklongnya amat membencinya . pulang sahaja dari kuburan tadi terus neneknya memberikan beg itu untuk dia gunakan bagi menyimpan segala barang keperluannya untuk dibawa tinggal di bandar nanti

sempat juga dia selitkan gambar keluarganya yang tersimpan kemas di dalam bingkai gambar itu


" sini beg dhea tu . paklong nak letak dalam bonet kereta " aku menghulurkan beg itu kepada paklong . paklong kemudian memasukkan beg aku di dalam bonet kereta lalu menutupnya rapat . " pergi salam atuk dan nenek sebelum kita jalan " suruh paklong lembut . paklong kelihatan lebih lembut denganku berbanding maklong . aku pun tak faham apa yang maklong tu benci sangat dengan aku

aku berjalan mendekati atuk dan nenek . aku menyalami tangan atuk kemudian nenek . nenek memeluk tubuh kecilku erat " dhea jaga diri dekat sana ya ? lepas ni maklong dan paklong yang akan jaga kamu pula . nenek doakan semua urusan dhea dipermudahkan ya sayang " nenek mengucup dahiku kemudian kedua belah pipiku . aku hanya tersenyum mendengar kata kata dan perbuatan nenek . atuk disebelah menggosok kepalaku lembut

" along jalan dulu ya mak abah . dah jom ! " tiba tiba nadanya naik seoktaf apabila bercakap dengan aku . aku lambat lambat mengikuti langkah maklong dan memasuki perut kereta di sebelah belakang . aku memerhati susuk tubuh atuk dan nenek yang semakin menjauhi kereta paklong yang berjalan . jumpa lagi atuk nenek

" dhea ! kau dengar sini baik baik . rumah yang kita akan pergi lepas ni bukan rumah aku . jadi aku nak kau jaga adab kau di sana mak kau selalu ajar kau pasal adab kan . jangan nak buat perangai di sana nanti " pesan maklong kasar . langsung dia tidak pandang akan wajahku apatah lagi memedulikan perasaanku " awak janganlah cakap kasar sangat dengan dia . dia tu kecil lagi . sudah sudahlah dengan dendam awak tu " tegur paklong pula

Enamoured to you Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang