Alamak. Belum apa-apa dah berjumpa dengan manusia yang paling aku tak nak jumpa.

"Sofea."

"Encik Hikall," ucapku sekadar membalas tegurannya. Sebaik sahaja pintu lif tertutup, janggal terus menyelubungi.

Hikall toleh ke tepi pandang aku. "Need a hand?" soalnya.

Aku menggeleng. "Ta.."

Tak sempat aku nak habiskan ayat, Hikall terlebih dahulu merampas kotak yang sedari tadi aku pegang. Sudahnya aku telan balik ayat sendiri. Aku kemam bibir. Awat yang lama bebenor nak sampai tingkat enam ni. Dah hampir hijau muka aku gara-gara tak boleh bernafas dengan normal. Nasib baik tak bertukar jadi mak lampir aje.

Ting! Pintu lif terbuka lagi. Adui, baru lepas setingkat. Ada empat orang staff yang menapak masuk. Hikall bergerak ke tepi memberi ruang untuk mereka yang lain. Sekarang ini, dia betul berdiri di sebelah aku. Dengan itu, paras ketidakselesaan aku semakin meningkat.

Aku pandang dengan ekor mata bila dapat rasakan Hikall semakin dekat dengan aku. Lah dia ni, lif ini oleh muat 10 orang kut. Sekarang baru ada 6 orang. Dia nak bagi ruang banyak mana lagi. Dalam pada aku membebel seorang diri, tiba-tiba kulit tangannya menyentuh kulit tangan. Aku pula dah hampir melekat di dinding, jadi sudahnya aku terpaksa biarkan saja. Ya Allah, cepatlah sampai. Dah terseksa sangat aku ni.

Sampai di tingkat 6, aku dan Hikall masing- masing menapak keluar. Staff lain tadi dah keluar di tingkat 5 tadi.

"Encik Hikall, saya larat lagi nak bawa kotak tu"

"Encik Hikall," panggilku lagi. Kut lah dia tak dengar aku panggil dia tadi. Tapi aku rasa dia saja buat-buat tak dengar.

Dan tiba-tiba sahaja Hikall brek mengejut. Nasib baik aku sempat brek juga. Kalau tak, dah terlanggar badan konkrit dia. Dia pusing tubuh. Kotak di tangannya di tolak ke dadaku dengan tiba-tiba. Lekas-lekas aku sambut.

"If you insist."

Dengan itu dia menonong pergi. Tanpa sedikit berpaling ke arah kau yang sudah mendongkol geram,

Aku hela nafas berat. Belakang tubuhnya yang semakin jauh aku pandang dengan mata yang makin mengecil. Saja nak sakitkan hati aku. Kalaulah...

Melangkah masuk ke dalam ruang ofis, aku disambut mesra oleh Fiza dan Hani. Aku memang dah kenal mereka berdua walaupun kami berlainan department. Duduk di meja baru, aku keluarkan semua barang dalam kotak dan mula mengemas.

"Oh, nanti pukul 11 ada meeting tau Sofea."

Aku toleh ke arah Hani yang kini sudah menjadi jiran meja sebelahku.

"Oh ye ke? Thank you tau inform Hani"

"Lupa kau takde dalam group lagi kan Sofea."

Memandangkan aku dan Hani adalah sebaya. Jadi kami memang dah selesa ber aku kau sahaja. Tak lama kemudian itu, aku dapat satu notifikasi whatsapp tanda aku dah dimasukkan dalam group baru.

"Thanks."

Tepat pada pukul 10.50 aku dan Hani beriringan menuju ke ruang miting di mana hampir separuh dari pekerja sudah pun menunggu. Sambil menunggu Hikall, ramai yang berbual kosong. Namun tatkala figura tinggi lampai yang berkemeja putih itu menapak masuk. Semua bunyi terus hilang ditelan angin.

Inilah kali pertama aku nampak aura Hikall sebagai ketua. Seriusnya muka. Tapi auranya memikat dengan lengan kemeja yang disingsing hingga ke siku.

Ehem! Maksud aku auranya berkaliber.

Miting terus dimulakan. Semuanya berkisarkan tentang projek baru syarikat yang akan dimulakan bermula awal bulan ni. Satu-satunya sebab kenapa aku dipindahkan ke sini. Untuk membantu projek baru ini gara-gara Kak Salma yang sepatutnya handle projek ni berhenti mengejut.

Part Time Wife ( Ebook)Where stories live. Discover now