𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 35

Start from the beginning
                                    

Izrail hanya mengangguk akan apa yang dikatakan oleh Danial. Jus oren kesukaan Izrail yang baru sahaja dihidang atas meja oleh pekerja disitu, diteguknya.

"Zafri tengah cuba dapatkan maklumat dia. Tapi aku tahu siapa dia. Aku syak si penyondol tu" kata Danial. Dia yakin jika anak buah Cobra itu adalah salah satu pekerja di bahagian receptionist. Semestinya tiada lain tiada bukan, perempuan yang suka dan berani mengambil risiko mengorat Izrail.

"Siapa perempuan tu? Berani mati, eh dia? Aku ni adik dia pun bukan main nyawa aku macam nyawa-nyawa ikan. Dia pula berani" Faheem bersuara.

Ish, budak ni kalau dia ni bersuara memanglah otak tu kosong! Nasib baik muka kau tu handsome kau tahu! Kalau tidak dah lama aku hentak dekat dapur panas sana.

Izrail membebel di dalam hatinya. Perlahan dia menarik nafas sedalamnya.

"Kau kalau sehari jangan buat perangai boleh? Kau tu kembar aku tolong buat macam perangai aku, boleh? Boleh, Mr, Izrafel Luciano?" perlahan dia berkata. Izrail mengetap bibirnya. Kelihatan sedang menahan sabar dan amarahnya.

Faheem hanya mencebik. Orang bersuara salah, nanti diam pun salah. Serba tak kena.

"Haa, kau pula Kharl?"

"Everything, okay! This is Kharl. Sistem aku dah atur semuanya okay. Tiada masalah tapi kali ni bagi gaji aku lebihlah, sebab bini aku marah sangat hari tu tengok aku menghadap laptop je kerja. Sampai dilemparnya laptop aku. Pokai mat!" adu Kharl.

Izrail menggelengkan kepalanya. Ada sahajalah perangai nak dibuatnya.

"Rael, one more thing. Aku dengar Cobra nak serang markas kita lagi. Lusa, tepat pukul 12 malam. Kau boleh pergi ke? Risau kalau kau tidur luar lagi nanti" perli Fawish. Sempat juga dia.

"Tidur luar tu dah rutin harian abang aku, kalau bukan dia yang buat hal mesti si anak buah aku yang bijak macam uncle dia ni yang buat hal"

Izrail terus mengecilkan matanya ke arah Faheem.

"Tapi kan? Aku penatlah macam ni selalu. Sampai bila kita nak berperang dengan Cobra. Rael, we need to solve your problem with him. Kau tahu kalau mama dengan papa nak kita berdamai. Not only our parents but his parents too" sambung Faheem.

Hubungan kedua ibu bapa mereka dengan orang tua Cobra sangat menjalani hubungan yang sangat baik. Tetapi entah kenapa timbul perperangan antara dia dengan Cobra. Mereka sendiri pun tidak tahu kebenarannya. Izrail menyembunyikan segalanya.

"Black Roses. Dia siapa sebenarnya, Rael? Kenapa Cobra selalu mengaitkan dia dalam peperangan kita?" soal Danial kembali.

"Itu biar aku yang uruskan. Sekarang yang penting markas kita. Aku tak nak ada anak buah kita terkorban lagi. Sebeku hati aku, aku tak nak ada keluarga yang berduka" kata Izrail. Mereka berempat hanya mengikuti kemahuan Izrail.

"Lusa aku nak kita berkumpul awal. Kosongkan tempat markas yang mereka nak serang. Aturkan strategi. Aku nak Evil, Assasin dan Venom ready awal dekat markas. Pastikan semua perfect. Jangan buat perangai! Aku pesan awal, jangan sampai aku tembak kau semua betul-betul nanti" pesan Izrail dengan tegas.

Dia tahu jika mereka akan buat perangai ketika melakukan misi. Jika tidak buat perangai bukan The Demon's namanya.

"Lepas ni bukan kau ada meeting ke, Rael? Kau nak pergi dengan pakaian kotor macam ni ke? Reject terus project 1M kau nanti" kata Kharl.

"Aku tengah tunggu isteri kesayangan aku datang ni. Aku suruh dia hantar baju sini kejap sebab dia pun nak keluar juga denga orang ketiga di dalam rumah tangga aku tu" jawabnya.

"Oh, biasalah kesayangan si isteri. Tetapi kesian masih juga diduakan" perli Fawish.

"Nasib baik kau ni abang ipar aku. Kalau tidak dah lama aku masukkan pistol dalam mulut kau"

Mereka berempat hanya menahan gelak ketawanya. Suka pula mengusik si Izrail ni kadang-kadang walaupun dia hati beku.





QAIRA yang sedang bersiap di dalam bilik itu hanya ditenung lama oleh Hayder. Dia mengeluh. Sudah hampir satu jam dia menunggu mommy kesayangannya bersiap.

"Mommy, lama lagi ke?" soal Hayder. Dia menongkat dagunya.

"Sekejap sayang. Mommy ambil baju daddy kejap. Daddy pun satu, entah apa yang dia buat sampai kotor macam tu" jawab Qaira lalu bergegas mencari pakaian kerja suaminya di dalam almari. Semua serba hitam dan putih. Pening kepala Qaira. Kenapalah semua warna sama?

"Daddy ni! Tahu orang nak dating dengan mommy, masa itu jugalah nak itu nak ini" bebel Hayder sendiri.

Qaira yang mendengar anak lelakinya itu membebel seorang diri hanya mampu tergelak kecil. Aduhai, tak puas hati sangat tu nampaknya!

Daddy! Ingat muka tu handsome ke? How dare you! Ada hati nak curi masa orang yang nak dating dengan mommy. Nanti Hayder akan buat daddy tidur luar selalu kalau daddy curi masa Hayder untuk dating! Huhhh!

Bebel Hayder di dalam hati. Seakan-akan dia tidak berpuas hati dengan ayahnya sendiri. Ini baru satu. Belum lagi yang ada di dalam perut Qaira itu. Memang berperanglah mereka berebut hak masing-masing.

Gambar selfie Izrail yang dihantar melalui aplikasi whatsapp baru sahaja tadi itu ditenung lama oleh Hayder. Habis skrin telefon  milik Qaira itu ditekan-tekannya.

to be continued...

𝐌𝐑.𝐈𝐙𝐑𝐀𝐈𝐋 𝐋𝐔𝐂𝐈𝐀𝐍𝐎 [OG]Where stories live. Discover now