"Nak swag macam mana!"

"Itulah siapa suruh post kat group kelas!" Ujar Dahlia. Satu ketukan mendarat di atas kepala Elfira.

"Cuba explain macam mana semua ini terjadi?" Soal Ayuni.

"Ish, aku mana sengaja! Tak tahulah nak salahkan siapa, masa tu aku nak hantar mesej tu lepas itu ada ibu Ryan ketuk pintu dapur aku, nak bagi makanan-"

"WHAT? MAK RYAN?" Jerit Dahlia.

"EH KAN AKU DENGAN DIA JIRAN!"

"OH PATUTLAH DIA ADA MESEJ KATA KAU JERIT BERGEGAR RUMAH DIA-"

"AAA!" Elfira menjerit frustrasi. Seketika ia melepaskan genggamannya dan menutup wajahnya yang mula membahang.

"Apa aku nak buat lepas ini? Malunyaa!!" Rayu Elfira.

"Dia tak delete ke mesej tu?" Ayuni mula bergosip.

"Dahlah ada cikgu dalam group tu. Semoga cikgu palau," Dahlia menadah tangan, "Aamiin!"

"AAMIIN!" Ucap mereka bertiga serentak.

"Jom, jalan sambil sambung cerita kau tu," Dahlia dan Ayuni mengenggam semula tangan Elfira. Mereka menyambung perjalanan mereka.

"Jadi ibu Ryan tu nak bagi makanan, aku pun hantarlah mesej tu sebelum buka pintu. Tak sangka pula tersalah hantar, seingat aku, aku pin group kita tu.. tapi aku lupa group kita pinned yang kedua..," Elfira mencebik, meratapi nasib malangnya.

Apa perasaan korang jika tersalah hantar benda kepada group official? Umum dan ditambah lagi benda yang kita hantar tu memalukan. Seperti itulah Elfira rasa.

Kalau mesej itu tak ada nama Syiraz, tak apa lagi. Ini ayat dah broken terpakej nama pula diletaknya.

Tanpa mereka sedar, mereka sudah tiba di hadapan pintu kelas 5IQ. Mereka kira mereka antara orang paling awal, rupanya sudah ada kewujudan manusia menghanatkan. Ada Amir, Shahrul dan ketua kelas, Danial.

"Wow, Elfira dah datang..," Amir tersenyum miang memandang gadis cantik itu. Elfira tahu dia dalam bahaya.

Amir ini antara murid paling nakal dalam kelas dan batch sejagat!

"Macam mana eh dia confess semalam?" Shahrul sengaja menyoal.

"Macam ni..," Amir mula membetulkan postur tubuh.

"Demi memualiakanmu dan mencintaimu dengan cara terhormat.. apa dah aku tak ingat. Yang penting ucapan terakhir tu, sesungguhnya dia itu aku, Syiraz Petra." Seisi kelas ketawa terbahak-bahak.

Zuhaira lagi lah, gelak macam langsuir.

"Hei, Elfira.." Zuhaira mengejek nama Elfira selepas puas ketawa. Elfira, Ayuni dan Dahlia hanya berjalan ke meja belajar mereka.

"Kau sakit eh?" Zuhaira senyum sinis. "Kalau sakit, jangan datang sekolah ya. Nanti berjangkit kesakitan kau tu dengan aku. Eww jijik."

Elfira menatap Zuhaira atas bawah. Dia menahan lidahnya daripada membalas. Elfira menatap Ayuni sedetik. Perasaan risau semakin menggeremuni diri.

Elfira dapat rasakan deruan nafas Ayuni semakin tak terkawal. Telepathy mereka mengatakan bahawa Ayuni sedang menahan amarah yang membelenggu diri.

Tiba-tiba pandangan Amir dan kroni nya jatuh ke arah pintu. Senyuman mereka semakin melebar.

Automatik, kelas yang pada awalnya riuh-rendah kini terdiam seketika apabila Syiraz melangkah masuk ke dalam kelas.

Senja Terakhir [COMPLETE]Where stories live. Discover now