🍂 PROLOG 🍂

114 26 9
                                    

KERETA Proton Perdana hitam perlahan-lahan berhenti di perkarangan hadapan pagar sekolah. Sementara itu, kelihatan pelajar-pelajar sekolah berjalan-jalan untuk masuk ke dalam kawasan sekolah.

Dara yang sudah bersedia untuk keluar dari kereta bersama beg galasnya di bahu kanan, ditahan suara oleh Dato' Imran.

"Dara lupa nak salam ayah ke?" Tegur Dato' Amran Mahfuz yang memandangnya. Tangan kanannya menghulur ke arah anak gadisnya itu.

Dara mengeluh perlahan. Dia pantas menyalam tangan tua itu tanpa melihat wajah ayahnya. Pintu kereta dibuka dan kakinya laju melangkah keluar dari kereta tersebut. Kemudian dia berjalan selangkah ke arah bahagian pintu pemandu dan dia berhenti di situ. Dia mengetuk cermin kereta tersebut. Cermin tingkap mula turun hingga ke bawah.

"Balik sekolah nanti Abang Syafiq tak payah ambil Dara. Dara balik sendiri." Pesan Dara kepada pemandu Dato' Amran yang segak berpakaian celoreng hijau lumut.

Belum sempat Syafiq menjawab, suara Dato' Amran mencelah, "Dara nak balik dengan apa?" Soal Dato' Amran yang berada di tempat duduk belakang.

Syafiq menoleh memandang Dato' Amran kemudian menoleh memandang Dara. Dia menunggu jawapan anak bosnya.

"Dara masuk dulu, bang. Bye." Dara senyum nipis memandang Syafiq sebelum meninggalkan kereta tersebut.

Dato' Amran diam menggelengkan kepala manakala Syafiq pula hanya memandang Dato' Amran dari cermin pemandu. Dia tidak tahu kebelakangan ini kenapa Dara sangat dingin dengan Dato' Amran. Sudah beberapa bulan hubungan mereka sebegitu. Mereka kemudian meninggalkan tempat tersebut dan terus menuju ke destinasi tersebut iaitu Port Dickson.

× × × × ×

LOCENG sekolah berbunyi tanda sesi pelajaran sudah tamat. Dara melihat jam tangannya yang sudah pukul 10.40 pagi. Dia terus menyimpan buku-buku dan alat tulisnya di bawah meja belajar.

Tiba-tiba ada satu tangan menepuk bahu Dara. Dia terus menoleh ke arah tangan tersebut tapi jari itu mencucuk pipinya yang gebu. Matanya terus jeling memandang ke susuk badan yang sedang berdiri di belakangnya sambil tersengih.

"Kau asal, Dara? Marah je muka tu." Soal Irfan Farish. Kerusi di sebelah meja Dara di tarik untuk duduk.

"Tak ada apalah." Jawab Dara dalam raut wajah tegang.

"Jangan nak asyik marah je, karang muka tu jadi tua baru kau tau." Perli Irfan selamba.

Dara cebik muka.

"Hoi, Dara! Irfan! Taknak rehat ke?"

Jerit satu suara memanggil mereka berdua di pintu belakangnya kelas.

Dara dan Irfan memandang ke arah suara yang memanggil mereka berdua. Terlihat Amin Zarif, Fatiha Naziha dan Sarah Umairah sedang menunggu mereka untuk rehat bersama.

"Jom, wei." Ajak Dara.

Dia dan Irfan bangun. Kerusi masing-masing dimasukkan ke bawah meja. Mereka berdua terus menuju ke arah Amin, Fatiha dan Sarah yang sedang menunggu untuk berehat bersama di kantin.

Amin, Fatiha dan Sarah merupakan satu kelas yang sama. Kelas mereka bertiga hanya dua selang dari kelas Dara dan Irfan saja.

Tiap kali ketiadaan cikgu di kelas, Dara dan Irfan suka ke kelas tiga orang sahabatnya itu. Ada juga, mereka bertiga akan ke kelas Dara dan Irfan untuk bermain kad atau berbual-bual. Kadang-kadang, mereka akan berbincang tentang subjek yang mereka tidak fahami dan pelajari.

Mereka berlima kenal sejak dari tingkatan satu dan waktu itu mereka berjumpa di hari orientasi sekolah untuk tingkatan satu. Waktu itu, mereka diletakkan dalam kumpulan yang sama. Sejak dari itu, mereka mula rapat sehingga berada dalam kelas yang sama.

RENJANA UNTUK DARAWhere stories live. Discover now