Amelia yang sedar akan keluhan kecil yang dilepaskan oleh Erman memusingkan badannya kembali dan menatap wajah tampan milik jejaka didepannya itu. Dia mengangkat keningnya sedikit.

"Kenapa awak mengeluh?"

"Sebab dah lewat. Dah tak boleh lah saya tenung muka comel awak tu nampaknya. Haih, nanti saya rindu macam mana?" dengan selamba badak Erman memuntahkan ayat.

Muka Amelia memerah serta merta. Lastas dia cuba menayangkan wajah tenang.

Erman yang perasan akan muka Amelia yang sudah memerah secara drastik bak tomato itu tergelak kecil. Dia kemudian bangun dari duduknya dan berjalan ke sisi Amelia.

"Saya gurau ajelah. Dah jom, dah lewat ni.. nanti tak pasal-pasal terlepas maghrib sebab jalan sesak"

Amelia tanpa banyak songeh terus sahaja bangun dan mengikuti langkah Erman dari belakang. Keluar sahaja dari cafe itu, Erman memperlawa Amelia untuk menaiki keretanya.

"Awak, marilah saya hantarkan awak balik"

"Eh, takpelah. Saya ambik teksi aje"

Bukannya dia tidak ada kereta, tetapi keretanya sudah selamat dimasukkan ke dalam ward. Pagi tadi keretanya buat hal. Enjin tidak dapat dihidupkan. Dia pergi kerja pun Tengku Faris yang hantarkan.

"Tapi dah lewat ni. Bahaya kalau awak sorang-sorang dekat sini" Erman tetap berkeras ingin menghantarnya pulang hingga ke rumah.

"Takpe, saya-" belum sempat dia mahu menghabiskan ayat, terasa bahunya dipeluk. Cepat-cepat dia memusingkan kepada ke arah bahu kananya.

"Susah susah jer kau nak hantarkan dia balik. Dah alang-alang aku dah ada dekat sini, dia balik sekali dengan aku" suara garau milik Tengku Fahim menyapa koklea mereka berdua.

Melihat muka si abang keduanya yang memeluk bahunya itu tadi membuatkan Amelia menghembus nafas lega. Ingatkan jantan gatal manalah yang tiba-tiba memeluk bahunya.

"Oh, kalau macam tu, ok lah. Aku balik dulu. Dah lewat dah pun ni" balas Erman kepada Tengku Fahim. Tenang sikit hatinya apabila ada orang yang dipercayai di sisi Amelia. Tengku Fahim hanya mengukir senyuman sambil menganggukkan kepala sekali.

"Bye awak. See you next time" tanpa berlengah-lengah, terus sahaja Erman memasuki ruang pemandu kereta. Enjin kereta dihidupkan. Erman melambaikan tangan kepada Amelia sebelum kereta Audi miliknya meluncur laju di jalan.

"Amboi kau dik. Bagi betis nak peha. Dua-dua, abang dengan adik sekali kau rembat eh dik" bahu Amelia disiku abangnya seorang itu sambil kening diangkat beberapa kali. Senyum nakal juga terukir pada bibir Tengku Fahim.

"Mana ada! Adik tak cakap pun yang adik nak dekat diaorang"

"Ye lah tu" Tengku Fahim menayangkan mukan megejek. Dia kemudian melangkahkan kaki menuju ke arah keretanya.

Kecil besar kecil besar sahaja Amelia tengok abang keduanya itu. Kalau tidak kenakan dia memang tidak sah. Memang sehari kalau tak kenakan dia tidak boleh ke?

"Eii aku terajang karang!" Amelia sudah naik geram. Dia berlari mengejar abangnya yang kian menjauh.

"Tunggulah abang!" Laung Amelia.

"Lambat tinggal, lambat tinggal" laung Tengku Fahim dengan nada mengejek. Kini, semakin laju Tengku Fahim melangkah.

"Abang!"

Tengku Fahim sudah ketawa terbahak-bahak. Suka sangat dapat kenakan adik kesayangannya itu.

Usai solat Isyak, Amelia menghempaskan tubuhnya ke atas katil empuk miliknya

Oups ! Cette image n'est pas conforme à nos directives de contenu. Afin de continuer la publication, veuillez la retirer ou télécharger une autre image.

Usai solat Isyak, Amelia menghempaskan tubuhnya ke atas katil empuk miliknya. iPhone di sisi dicapai lalu ditatap. Aplikasi Instagram dibuka. Ruangan search ditekan lantas nama seseorang ditaip. Apabila berjaya menjumpai akaun si dia, segaris senyuman terukir pada bibir merahnya.

Raja Efzan. Segaris nama itu bermain-main di benak fikiran dari tadi lagi. Instagram miliknya pun sudah dijumpai, apa lagi, stalk lah!

Gambar demi gambar Amelia tekan. Kemain ramai lagi yang like gambar Raja Efzan. Sudah tentu, mejoritinya ialah perempuan.

Setelah puas menilik gambar-gambar si dia itu, telefon dimatikan dan diletak di atas night stand ditepi katil.

"Kenapa aku selalu terfikirkan si Raja tu eh..?" Dia merenung siling sambil bertanya kepada diri sendiri.

Adakah dia sudah terjatuh cinta? Tidak mungkin!

Dia sungguh tidak suka kepada Raja Efzan. Kenapa dia perlu jatuh hati kepada lelaki tak guna itu?

Sudahlah perkataan maaf pun tidak keluar dari mulut Raja Efzan apabila melanggarnya di lapangan terbang tempoh hari. Jikalau satu perkataan yang semudah-mudahnya untuk disebut, susah untuk lelaki itu sebut, tidak akan lah yang Efzan akan melayaninya dengan baik.

"Dah lah fikir tentang jantan biul tu. Buat tambah stres aku ada lah!"

Tidak. Tidak sama sekali dia akan terjatuh cinta kepada lelaki yang bernama Raja Efzan. Itu janji dia.

"Aku janji!"

.

Sorry you guys iez dah lama x update. Actually idea tak datang. Hehe. Sorry tau

Btw untuk yang tertanya-tanya ttg ig Efzan, ig dia...

@rj.efzan._

Kalau iez rajin, iez buatkan ig untuk dia, okay? Wokayy byee

~Do vote and comment
~THE LOVE : RAJA EFZAN







THE LOVE : RAJA EFZAN || OG {SLOW UPDATE}Où les histoires vivent. Découvrez maintenant