𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 34

Start from the beginning
                                    

"Git buradan ( go away)!" tangan Izrail ditepisnya.

"Marah abang dalam bahasa turki ke ni?" tanya Izrail. Baru dia teringat jika isterinya itu cukup fasih dalam bahasa Turki.

"Hai parlato male di me? ( Did you talking bad about me)" 

Qaira menjeling tajam tepat ke dalam mata Izrail. Masing - masing tidak mahu mengalah.

Pagi tadi bukan main seronok bergurau senda,  petang ni pula entah syaitan mana yang sesat merasuki dua pasangan suami isteri ini.

"Şu anda başka bir kızdan mı bahsediyorsun? Neden bahsettiğini anlayamadığımı biliyorum ( Awak cakap tentang perempuan lain ke ni? Saya tahulah saya ni tak faham apa yang awak cakap)" kedua tangan dicekak pada pinggangnya.

"Şu anda somurtmamanı sağlayacak bir şey söylemelisin? Kötü bir şey değil ( awak sepatutnya cakap sesuatu yang buat saya tak merajuk tahu? Bukan cakap benda pelik)"

"Principessa, per favore, smettila di dire sciocchezze adesso. Andiamo dentro( princess, sudahlah tu cakap benda yang pelik-pelik. Jom masuk dalam)"

Kedua mereka masing-masing menggunakan bahasa yang lain untuk berkomunikasi. Kalau terus macam tu siapa yang nak faham. Satu bercakap benda lain dan satu pula cakap lain.





"Wei, kau tengok tuan dengan puan kita tu" kata salah seorang anak buah Izrail yang mendengar mereka berdua berdebat itu.

"Macam mana mereka boleh berdebat dalam bahasa yang lain? Jenuh aku nak faham apa yang puan cuba cakap"

PAK!

Kepalanya diketuk menggunakan botol kosong. Segera dia menoleh siapa yang mengetuk kepalanya tadi. Ternyata Faheem dan Fawish memerhati kelakuan mereka dari tadi.

Menyibuk mengalahkan makcik bawang anak buah mereka ni. Tinggal nak daftar persatuan makcik bawang saja lagi.

"Sedap kau mengata , Evil ? Kau dah  nak mampus?" tanya Fawish dengan nada yang serius.

Padahal mereka berdua dari tadi pun sibuk ingin tahu apa yang didebat oleh pasangan di depan mereka itu.

"Semua ni dah tak ada kerja? Tak ingat dah pesan dia apa? Tak jumpa betina tu dalam masa 3 hari , aku tak daya nak kuburkan mayat korang!" tegas Faheem.

Barulah semua anak buah mereka itu mulai melakukan kerja mereka.

"Eh, kau rasa apa yang di adu mulut si Rael dengan Qaira tu. Satu dengan bahasa lain satu lagi lain. Kau tak gila ke dengar tu" bebel Fawish.

Faheem terdiam seketika kerana masih ingin mendengar mereka berdua itu berbalah.

"Aku rasa ini mesti punca Rael tak bagi nafkah batin dekat adik kau ni" dengan selambanya Faheem berkata.

Terkedu Fawish dibuatnya. Sejak bila pula mamat ni pandai bergurau macam tu. Dulu dialah yang paling 'ustaz' dalam geng mereka.

"Kau masa pergi operasi kepala kau ada kena pukul ke? Macam tak betul kau ni"

"Ada, aku pergi gaduh dengan babi hutan seminggu sebelum aku balik. Siapa suruh dia kejar aku. Lepas aku kejar balik dia tergolek dalam jurang bukan salah aku" jawabnya.

Namun mata tidak alih daripada memandang kembarnya itu yang masih lagi beradu mulut disana.

"Hebat kau. Tapi jarang aku nak percaya kau sebab kau ni sekutu dengan binatang kau sebut tadi" kata Fawish sebelum melepaskan ketawanya.

Faheem sudah menyirap di sebelah. Ini kalau dia yang kena bahan balik mahunya koyak!





"Sayang dahlah tu merajuk, meh tidur meh" pujuk Izrail. Qaira yang tengah duduk menonton televisyen itu langsung tidak menghiraukan Izrail.

Apalah salah dia tadi sehingga isterinya itu masih lagi merajuk. Perempuanlah ni , tak complicated bukan perempuan namanya. Nasiblah isteri kesayangan. 

"Daddy! Daddy buat salah ke?" soal Hayder yang duduk bersebelahan dengan Izrail.

"Daddy pun tak tahu. Mommy tiba-tiba marahkan daddy" adunya.

"Ish...ish...ish..." Hayder menggelengkan kepalanya.

"Daddy kahwinlah lagi. Nanti mommy merajuk, daddy ada mama lain yang pujuk" bisik Hayder ke telinga Izrail.

Laju kepalanya menoleh ke arah anak lelakinya itu. Kalaulah isterinya itu dengar memang nahaslah dia.

"You ni Ayder. Nanti mommy marahkan daddy lagi. Ayder nak kalau tak dapat adik banyak?"

Laju Hayder menggelengkan kepalanya sambil mengunyah popcorn itu.

"Tahu tak apa"

"Daddy kahwinlah lain. Mommy biar Ayder jaga. Nanti Ayder besar , Ayder pula kahwin dengan mommy"

Terdiam Izrail mendengar. Dapat anak terlebih cerdik menyakitkan hati juga kadang-kadang.

"Daddy ada wife baru..." sambung Hayder lagi. Kakinya di goyang-goyangkan pada sofa itu.

"She is mine! Remember that, you cannot married with her!" Hayder dan Izrail menjeling satu sama lain. Hurh! Kedua mereka memuncungkan mulut dan berpaling ke arah yang berbeza.

Qaira yang mendengar suasana tadi sedikit rancak di belakang tiba-tiba sunyi sepi.

Perlahan dia menoleh ke belakang. Patutlah senyap,! Merajuk antara satu sama lain rupanya.

"Kenapa monyok ?" tanya Qaira.

"Daddy!"

"Ayder!"

Serentak mereka berdua menyebut. Niat ingin menjawab soalan yang di tanya malah diam lagi.

"Merajuklah. Mommy nak tengok tv ni" kata Qaira lalu kembali melayani rancangan yang di tontonnya tadi.

TOINK!

Hayder mencuit lengan sasa milik Izrail.

"What?"

"Mommy tak sayangkan kita ke daddy?" tanya Hayder yang melihat Qaira itu tidak cuba memujuk mereka untuk berdamai seperti biasanya.

"Sayang sudah-sudahlah tu layan korea awak. Bosan dah abang ni haa". Izrail cuba bersuara. Hayder menjeling ke arah Qaira yang tidak memperdulikan mereka berdua itu.

"Ish, abang buang tv tu esok!" Qaira yang mendengar suaminya itu ingin membuang televisyen itu pun terus menyahut dirinya.

"Daripada buang lebih abang sedekahkan sahaja. Dapat pahala lebih"

"Ini nak tidur ke tak nak? Kalau tak nak tidur , pergi lepak sana dekat luar dengan abang ipar kesayangan awak tu!"

"Aik, bini aku dah kenapa? Syaitan mana yang lalu tadi?" bisik Izrail di dalam hati.

"Ayder sayang , baring sini dengan mommy" ajak Qaira agar Hayder baring di sebelahnya.

"Abang?"

"Abang tak payah. Sayang nak berdua dengan Ayder tengok oppa" sengaja dia membuat suaminya itu cemburu.

"Okay fine, abang naik tidur dulu. Esok kalau tv tu hilang jangan salahkan abang, huh!" kata Izrail lalu meninggalkan anak lelakinya dan juga isterinya sendirian di ruang tamu aras dua itu.

BOOMM!

Pintu bilik kedengaran dihempas kuat oleh Izrail. Merajuk sangat tu tak dapat perhatian. Qaira tergelak kecil. Maaf ya cik suami, esok sayang pujuk.

𝐌𝐑.𝐈𝐙𝐑𝐀𝐈𝐋 𝐋𝐔𝐂𝐈𝐀𝐍𝐎 [OG]Where stories live. Discover now