𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 33

Start from the beginning
                                    

"Rael, aku tak rasa ada budak yang khianat dalam ni", Kharl cuba berbicara.

"Kau rasa siapa lagi yang tahu kawasan rumah kau? Staff resort kau kan?".

Fawish cuba untuk membuat Izrail tenang seketika. Dia tahu jika anak buah mereka tidak pernah berani untuk mengkhianati kumpulan itu.

Kerana siapa yang berkhianat perjanjian taruhannya adalah keluarga masing-masing.

"Haah, Rael. Zafri pun kata dekat resort kau bukan markas kita."

"Tambahan dia kata , budak tu perempuan", sambung Danial.

"Kau kena ingat Rael. Kawal diri kau! Jangan sampai perkara yang dulu terjadi kembali", pesan Faheem.

"Kumpul depan aku semua", arah Izrail kepada semua anak buahnya. Mereka mengikuti arahan daripada tuan mereka itu.

Izrail memandang dengan tatapan tajam ke arah anak buahnya. Wajah dingin itu membuatkan mereka seram sejuk.

Tiada siapa berani memandang tepat ke arah matanya.

"Apa pun yang berlaku , aku nak semua orang cari siapa betina tu!"

"Dengar tak???", tengking Izrail.

Semua terkejut dan hanya mengangguk.

"Kalau aku tak dapat tahu siapa betina tu dalam 72 jam , semua disini mati aku kerjakan", kata Izrail sebelum dia beredar daripada situ.





"Abang pergi mana semalam?", soal Qaira yang melihat Izrail baru sahaja keluar dari bilik mandi itu.

"Markas."

"Jangan kata abang cari tahu siapa yang buat sayang pengsan semalam . . ." Izrail menoleh ke arah Qaira yang sedang duduk di atas katil.

"Abang nak balas balik apa yang dia buat. Biar dia tahu rasa sakit", jawabnya dengan ringkas.

"Sayang tak ada apalah, abang. Tak payahlah risau" Izrail mendekati Qaira.

Mulut isteri dia ni rasa nak lekat pakai gam gajah biar dia senyap buat sementara waktu.

"Eeee, si budak comel ni!", pipi Qaira dicubitnya.

"Sakitlah abang!", tangan Izrail ditepisnya.

"Sayang ni biarlah abang cari siapa yang berani lukakan cinta hati abang ni"

"Alah, bukannya sayang lemah pun!"

"Memang isteri abang ni tak lemah. Tapi sampai bila sayang nak kata dekat abang tak payahlah, biarlah dia nak buat apa pun. Sampai bila sayang? Takkan sampai abang betul-betul hilang sayang?"

"Abang tak nak . . .", perlahan Izrail berkata lalu menggenggam erat tangan isterinya itu.

"Musuh abang dekat luar sana banyak , sayang.  Terlalu banyak. Terutamanya, Cobra musuh ketat abang".

Qaira hanya mendiamkan diri dan membiarkan suaminya berbicara.

"Sayang tahukan siapa Cobra?", tanya Izrail dengan lembut. Qaira mengangguk perlahan.

"Kita baru kahwin dan baby dalam perut sayang tu baru berapa minggu tau sayang. Tengoklah dah luka seteruk ini. Manalah abang tak risaunya . . ."

"Sayang kalau sayang nak baik sekali pun, sayang buatlah baik. Tapi ingat sayang tak semua kebaikkan kita , akan orang balas dengan kebaikkan."

"Sayang tak boleh buat jahat, biar abang seorang je. Tapi nanti dosa kita share boleh?". Qaira memandang Izrail dengan pelik.

Amboi, sedap dia nak kongsi dosa!

"Banyak cantik muka abang"

"Abang cantik ke? Tak handsome?" keningnya di naik-naikkan.

"Handsomee! Handsome sangat sangat sangat sangat sangatttttt . . . "

"Ini puji ke perli?" tanya Izrail lalu menjeling tajam isterinya.

"Soalan ke cemburu? Nak fries?"

"Sejak bila abang makan fries?" Lurus betul suami aku rupanya. Harap modal muka je yang kacak tapi rupanya pemikiran tak sekacak orangnya.

Nasiblah dapat suami yang tak tahu apa-apa ini.

"Eh, abang."

"Yes, sayang . . . Why principessa?"

"Kita buat jj nak ?", tanya Qaira lalu menggapai telefonnya.

"Apa benda tu? Mainan?". Ternganga Qaira dibuatnya.

"Abang duduk dunia mana? Kuno sangat abang ni"

"Aik, mengata abang nampak? Suami ni , tahu tak suami?"

"Tahu, takkanlah abang ni isteri pula . . . "





"Cantik tak sayang edit?". Video yang tadi ditunjukkan kepada Izrail.

"Wahh, macam mana sayang buat? Ini ke jj?"

"Haah, abang. JJ is short for jedag jedug . . . " , terang Qaira satu demi satu.

"Pandainya isteri abang buat . . .", pujinya.

Qaira hanya ketawa melihat reaksi Izrail itu.

"Abang ni harap muka je handsome tapi tak tahu trend", perli  Qaira. Izrail mengecilkan matanya ke arah Qaira.

"Oh, nak kata abang ni ketinggalan zamanlah?"

"Haah, abang macam orang tua . . . werk!" segera Qaira melarikan diri daripada suaminya.

"Wah, macam tu sayang kenakan abang ? Nak kena ni . . . " Izrail mengejar Qaira.

Mereka berdua berlari-lari di dalam bilik itu sehingga suara ketawa mereka di dengar oleh Puan Sri Farida dari bawah. 

"Amboi, bahagia betul anak menantu aku pagi ni. Harap kekallah kamu berdua ya, jangan berpisah lagi . . ."

𝐌𝐑.𝐈𝐙𝐑𝐀𝐈𝐋 𝐋𝐔𝐂𝐈𝐀𝐍𝐎 [OG]Where stories live. Discover now