Bab 29

41 3 6
                                    

BAB 29

PERLAHAN-LAHAN aku melangkah keluar dari bilik tidur menuju ke tangga untuk turun ke tingkat bawah. Suasana di sekitar rumah sepi kerana waktu baru saja menginjak ke pukul 7 pagi. Aku bersiap ala kadar dengan mengenakan baju sukan lengan panjang warna kelabu dan seluar trek warna biru tua. Tudung sarung hitam menjadi pilihan, alasannya malas nak pakai tudung bawal mahupun selendang.

Sampai di tingkat bawah aku mengambil kunci rumah di dalam bekas yang dikhaskan untuk segala jenis kunci dan menuju ke arah pintu utama. Sehinggalah aku terasa bahuku ditepuk perlahan.

"Ah!" Aku terjerit kerana terperanjat. Rasa bagaikan mahu tercabut jantung sendiri. Sudahlah waktu ini masih awal pagi dan tiada sesiapa pun di tingkat bawah.

Aku berpaling dan mendapati adikku, Elisa yang masih berpakaian baju tidur sedang memandangku dengan wajah kehairanan.

"Adik!" Aku menggeram. Satu jelingan maut aku berikan kepadanya.

"Akak nak ke mana awal-awal pagi ni?" Tanya Elisa dengan suara serak seolah baru bangun tidur.

"Kawan akak ajak pergi jogging," Terangku tanpa berdolak-dalik.

"Wow, rajinnya! Macamlah orang tak tahu akak ni tak rajin mana nak keluar jogging..." Nada dari suara Elisa seolah sedang memuji tapi dalam masa yang sama dia seolah memerli aku.

Ceitt!

Spontan tangan kananku memulas telinga adikku yang nakal ini.

"Akak!"

Elisa mengusap telinganya yang aku pulas tadi.

"Amboi sedap je mulut tu ya?"

Elisa menaikkan dua jari tanda peace dan tunjuk sengih seolah tak bersalah. Automatik aku menjulingkan mata, tanda menyampah dengan peel adik sendiri. "Bila masa adik turun ni?" Soalku dengan hairan. Tidak perasan pula bila masa dia turun dari biliknya. Derap langkah kakinya pun aku tidak dengar.

"Lama dah. Orang turun bawah sebab nak isi air dekat dapur, dahaga." Botol Tupperware ditunjuk ke arahku, tanda dia memang turun untuk mengisi air.

Aku sekadar angguk. Bunyi mesej masuk menamatkan perbualan kami. Mesej daripada Aidan. Dia memaklumkan yang dia sudah sampai di hadapan rumah. Aku terus berkata kepada Elisa bahawa aku hendak bergerak keluar dan meminta dia memberi pesan kepada abah dan mama yang aku keluar pagi ini.

"Hati-hati kak," Pesan Elisa sebelum aku keluar dari rumah.

Selepas memakai kasut sukan, aku terus berlari-lari anak untuk ke pagar rumah.

"Morning dear," Suara garau Aidan menyapa pendengaranku ketika aku baru saja membuka pintu keretanya di bahagian penumpang.

"Morning," Aku memberikan senyuman manis kepadanya.

Kalau awal tadi memang aku merungut kerana hari cutiku terganggu dengan ajakan seseorang untuk keluar jogging. Namun, mungkin kerana hatiku mudah berlembut untuk jejaka bernama Aidan. Jadi, rungutan tersebut hanya bersifat sementara. Selebihnya aku jadi teruja untuk keluar dengan dia.

Dasar bucin! Bak kata slang Indonesia yang menjadi trend di media sosial.

"Awak okey?"

Aku pandang Aidan yang duduk di bahagian pemandu. "Okey?" Teragak-agak aku menjawab.

"Saya tahu weekend itu sangat berharga untuk semua orang. Sorry for disturbing your weekend, dear." Wajah Aidan tampak serba salah.

Aku berdeham seolah hendak membetulkan suara. Wajah ditundukkan untuk seketika. Padahal...hati kita dah cair awaknya! Aidan nampak comel dan dalam masa yang sama nampak charming!

𝐇𝐞𝐫 𝑹𝒆𝒄𝒌𝒍𝒆𝒔𝒔 𝐇𝐞𝐚𝐫𝐭 (Ongoing | Slow Update)Où les histoires vivent. Découvrez maintenant