Selesai sahaja masak, aku berlalu ke luar rumah, mencari keberadaan Raeez. Aku jenguk kepala di pintu rumah, Raeez sedang mencuci keretanya dengan bajunya yang sedikit basah. Aku tersenyum jahat.

Raeez membilas buih sabun dengan menggunakan paip air. Terjengket jengket kakiku berlari secara senyap ke pili air. Lantas pili diputar dengan lebih kuat. Air keluar dengan sangat laju.

Aku ketawa, lalu keluar menuju ke arahnya dengan wajah cemas.

"Eh awak kenapa ni?" Aku berpura pura, padahal dalam hati sudah sakan ketawa.

Raeez pandang aku. "You! Kau buat apa hah?"

Dapat aku lihat wajahnya tak puas hati. Aku sekadar angkat bahu

"Apa? Mana ada saya buat apa apa. Saya baru habis masak kat dapur, keluar je tengok awak dah basah kena air. Awak main air eaaa.."

Raeez hempas paip air ke bawah. Dia bercekak pinggang. Perlahan dia geleng kepala.

"It's your turn now"

Tanpa aku jangka, Raeez tiba tiba berlari laju ke arahku. Terus aku juga buka langkah besar.

"Come here Ashi!"

"Arghhhh" Aku lari laju selajunya. Entah kenapa seram pula bila Raeez mengejarku.

"Gotcha! Where do you think you're going huh? Kau tak boleh lari dari aku" Tubuhku dirangkul kemas dengan tangan kekarnya. Aku meronta ronta.

"Lepaslah..awak!" Terasa seperti latihan latihan lasak sebagai seorang anggota polis yang aku pelajari sebelum ini sudah lenyap di kepala. Aku tak boleh lepaskan diri daripada Raeez. Aneh!

"Sini, kita buat situasi jadi lebih adil"

Diheretnya aku menuju ke paip air yang masih terbuka itu.

"Meh mandi sama sama ya?" Paip air dipegang dengan sebelah tangan lalu menyiramku.

"Awakk!! Saya dah mandi!! Habis basah baju saya!"

Aku dengar Raeez ketawa kuat. Memang full basah aku ni. Aku pukul bahunya.

"Tak adil lah. Awak cuma terkena percikan air je. Saya ni awak mandikan terus!"

"Takpe lah, bila lagi aku boleh tengok kau mandi depan aku" Dia ukir senyuman senget.

"Bencilah awak ni. Nah!" Span dalam timba sabun aku ambil lalu ditepuk pada pipinya. Giliran aku pula ketawa.

"Ashi!" Terbuntang matanya. Lalu pergaduhan kami berlangsung lagi.

Dari jauh ada seseorang yang memerhati kejadian itu. Rhys berdiri sambil tangan mengurut pelipis kepala.

"Aku nak kahwin jugak la lepas ni"

-------------------------

Aku menunggu dengan sabarnya apabila Raeez sedang beratur membeli tiket masuk Zoo. Kerusi bangku panjang menjadi tempat untuk aku labuhkan punggung. Aku memerhati sekeliling, ramai juga orang di sini. Mungkin disebabkan hari minggu.

Aku tenung Raeez dari jauh sambil menghabiskan gula gula kapas yang ada di tangan. Makanan tidak dibenarkan di bawa masuk. Maka aku lah yang akan menghabiskan gula gula kapas ini.

Raeez segak berkemeja maroon, lengan bajunya dilipat sedikit. Aku mencebik perlahan. Penat aku gosokkan baju dia, macam tu aje dia lipat.

Beberapa minit menunggu, Raeez selesai membeli tiket. Dia mengatur langkah ke arahku.

"Jom"

"Kejap lah saya tak habis makan lagi ni." Suapanku agak perlahan kerana sudah mula berasa muak dengan rasa manis.

Mr.Mafia Milik AshiWhere stories live. Discover now