26

53 3 0
                                    

Jihyo dibenarkan untuk keluar dari ward selepas sehari bermalam di hospital. Situasi dia dan Taehyung sedikit tegang sekarang ini. Taehyung masih dengan egonya.

"Hantar je saya dekat rumah papa. Saya boleh tinggal situ" kata Jihyo tanpa memandang Taehyung yang sedang memandu.

"Bahaya tinggal sana seorang diri. Duduk je rumah saya buat masa sekarang"

"Tak ada apa yang bahaya pun. Saya okay je. Saya taknak susahkan awak"

"Saya tahu awak sekarang isteri orang. Saya takkan apa-apakan awak. Jangan risau. Dekat rumah saya ada mama juga. Bukan kita je" jawab Taehyung dengan nada mendatar seperti tiada emosi.

"Awak marahkan saya lagi? " Jihyo memberanikan diri mula untuk selesaikan masalah antara mereka.

"Marah sebab apa? Buat apa saya nak marah? Marah sebab awak kahwin ? Itu hak awak kan. Saya ni bukan sesiapa pun bagi awak"

"Tae.. tolong la faham saya terdesak. Saya terpaksa. Saya tak minta semua ni jadi. Tolong la. Saya minta kalini je awak faham keadaan saya"

Taehyung hanya diam. Dia menekan pedal minyak dengan kuat dan menuju ke suatu tempat.

"Saya tahu saya dah mungkir janji kita. Saya minta maaf. Saya-"

"Diam ! Diam Jihyo !" Taehyung meninggikan suaranya. Jihyo yang dengar suara Taehyung marah itu terus terdiam.

Mereka menuju ke tepi pantai. Sebaik sahaja kereta berhenti, Taehyung terus turun dari kereta lalu menjerit sepuasnya.

"Kenapa kau balik sini ?! Kau nak aku terseksa lagi ? Aku tahu aku banyak dosa dengan kau sebelum ni tapi aku dah cuba untuk berubah kan ? Ini ke cara kau balas dendam dekat aku ?" Berkaca mata Taehyung sambil meluahkan apa yang dia rasa di hadapan Jihyo.

"Aku sakit Jihyo ! Aku sakit sangat-sangat ! Kenapa kau datang balik !! Kalau nak pergi, kau pergi je lah. Jangan datang balik !!"

Jihyo menutup mulutnya. Dia sangat terasa dengan apa yang Taehyung kata kepada dia. Air mata menitis bila mendengar luahan hati lelaki itu kepada dia.

"Kenapa ? Kenapa datang balik ? Aku dah cukup sakit Jihyo. Cukup merana bila dapat tahu kau dah jadi milik orang. Sekarang kau datang nak tambah luka dekat hati aku lagi ke? "

Jihyo menggeleng kepalanya. Air mata tak henti mengalir.

"Saya .. "

"Aku sayangkan kau, Jihyo. Walaupun sekarang aku marah sangat dekat kau, aku tetap sayang kau. Aku masih cintakan kau. Aku tak berniat nak berkasar dengan kau, Jihyo. Aku langsung tak ada niat tu dekat kau. Aku sakit.. sakit sangat... "

Taehyung terduduk melutut di hadapan Jihyo. Dia menangis sepuasnya, dunianya hancur bila tahu Jihyo sekali lagi meninggalkan dia.

"Sumpah Kim Taehyung .. "

"Saya tak ada niat nak khianati awak. Sikit pun saya tak terlintas nak sakitkan awak, Kim"

"Saya dipaksa berkahwin dengan dia. Saya takut bila dia ancam saya untuk bunuh awak dan Jaeyun ... "

Flashback

"Sakit Dong Wook !!! Lepaskan aku !! "

"Kahwin dengan aku. Kau dengar tak ? "

Rambut Jihyo dicengkam lalu ditarik dengan kuat.

"Taknak ! Aku taknak kahwin dengan kau lah !! Jangan paksa aku nak bercinta dengan kau lagi lepas apa yang jadi dulu"

Satu hayunan penampar ke pipi Jihyo.

"Berapa kali nak aku terang dekat kau yang.. ITU .. BUKAN ... AKU .. "

"Kau tinggalkan majlis. Kau batalkan majlis kita. Itu bukan kau lagi ?" Jihyo masih berani mempertahankan hak dia lagi ketika itu

"Itu semua idea Seo Jun. Aku tak minta la semua tu. Aku sayangkan kau !"

"Ini ke kata sayang? Kau dah pukul aku macam aku ni hak kau ! Dan sekarang kata hak???? "

Dong Wook tergelak mendengar ayat Jihyo. Nampaknya dengan cara kasar la yang boleh Dong Wook lakukan sekarang. Dia mengambil telefon lalu mendail nombor telefon seseorang.

"Kau bunuh dorang tu. Pastikan bangkai tu bakar sampai hangus, tak ada bukti"

Jihyo terkejut mendengar ayat Dong Wook itu.

"Apa kau nak buat hah ?? Siapa yang kau nak bunuh ?"

"Bekas suami kau dengan anak kau la, siapa lagi. Aku bosan la menagih kasih dekat orang macam kau. Masih gila bayang orang yang dah lepas. So, aku mudahkan urusan kau. Aku bunuh dorang" jawab Dong Wook

"W-what... Kau.. kau biar betul ? "

"Pernah nampak aku main-main ke? "

Jihyo terus memegang kaki Dong Wook dan merayu kepada dia untuk tidak lakukan apa-apa terhadap Taehyung dan Jaeyun.

"Tolong.. tolong jangan apa-apakan mereka. Diaorang tak ada kena mengena dalam kes ni lah !!! Kenapa kau kejam sangat buat macam tu !! "

"Aku? Kejam? Aku yang kau kata kejam ni boleh bertolak ansur tapi dengan kau... Hm .. buang masa"

" Tolong.. jangan... Aku merayu... Ambik aku je... Bunuh aku tapi jangan mereka.. "

"Aku nak kau Song Jihyo. Buat apa aku bunuh kau? Sekali lagi aku tanya. Kau nak kahwin dengan aku atau ... "

"Tapi aku tak cintakan kau Dong Wook.. Tolong lah ... "

"Oh okay! "

Dong Wook menendang Jihyo untuk lepaskan kakinya dari dipegang. Pantas Jihyo menangkap kembali kaki Dong Wook untuk pujuk rayu lelaki gila tersebut.

"Tolong Dong Wook ... Aku percayakan kau lebih dari seorang saudara... Kenapa sanggup kau buat aku macam ni ... " Air mata menitis tak berhenti.

"Sebab aku menyesal tinggal kau dulu. Kalau tak kita mesti dah bahagia dengan anak anak kita. Sekarang, aku datang nak tuntut hak aku. Kau hak aku. "

"Perlu ke sampai macam ni? Kenapa sekarang kau datang nak cakap tentang hak kau ? Kenapa tak awal dulu ? "

"Lepaskan kaki aku, Jihyo. Kalau kau taknak aku, aku terima. Hak kau kan? Pilihan kau nak orang lain mati. Jadi, aku tak ada kena mengena lepasni"

Dong Wook menarik kakinya dan melangkah ingin pergi.

"Aku akan kahwin dengan kau ! Dengan syarat, jangan sentuh langsung keluarga aku"

Dong Wook tersenyum mendengar ayat Jihyo yang terima untuk berkahwin dengan dia.

"That's what i want to hear"

End Flashback

"Saya tak bahagia hidup dengan dia. Saya kena pukul. Hari-hari saya dipukul sampai anak yang saya kandung keguguran 3 bulan lepas... "

Jihyo menyelak baju di bahagian perutnya. Dia tunjuk kesan torehan yang dibuat oleh Dong Wook. Torehan pisau itu meninggalkan bekas yang kekal sehingga hari ini.

"Percayakan saya, Tae.. Saya dah tiada siapa untuk bergantung lagi .. saya takut .."

Satu pelukkan diberi oleh Taehyung. Tersedu Jihyo menangis bila dia rasa pelukkan hangat dari Taehyung itu. Dah lama dia rindu dengan sentuhan tersebut.

"Tolong maafkan saya, Taehyung ... "




HALF SOUL 2 | K T HDär berättelser lever. Upptäck nu