annyeong again

74 7 2
                                    

"Thalea, sini sayang !! Sini dekat daddy"

Seronok Jimin dapat bermain dengan Thalea walaupun di halaman rumahnya sendiri. Tergedek-gedek Thalea yang masih belum stabil berjalan itu kearah Jimin. Taehyung memerhati sahaja mereka sambil duduk di pondok rumah Jimin bersama Jay dan Mrs Park

"Lepas 2 tahun, ini kali pertama auntie nampak muka Jimin bahagia sangat. Terima kasih Taehyung sebab tunaikan hajat dia nak jumpa Thalea" Mrs Park menuang air ke cawan Taehyung.

"Benda kecil je auntie. Dapat la Jimin luangkan masa dengan anak dia kan? "

"Tapi .. Jihyo taktahu kan yang Taehyung bawa Thalea datang sini?" Taehyung menggeleng kepalanya.

"Kalau dia tahu, dia takkan benarkan Thalea sikit pun kena sentuh dengan Jimin"

Mrs Park mengangguk tanda faham. Siapa yang tak marah kalau lelaki yang pernah merogol dia dahulu kini tuntut hak untuk melihat anak.

"Auntie minta maaf bagi pihak Jimin. Kalau auntie tahu dia boleh keterlaluan macam tu, Auntie takkan biarkan dia balik sini seorang. Auntie ingatkan dia dah sihat waktu tu. Salah auntie sebab lepas tanggungjawab macam tu je"

"Mama.. Jay dah cakap kan ini bukan salah mama" Jay memujuk Mrs Park yang masih rasa bersalah.

"Bukan salah auntie. Lagipun semua tu dah berlaku. Sekarang auntie kena yakinkan Jimin yang suatu hari nanti Jihyo akan maafkan dia dan bagi kebenaran dia jumpa dengan Thalea"

"Auntie pun harap ada keajaiban berlaku"

Mata mereka yang berada di pondok memandang Jimin yang bermain dengan Thalea. Thalea paling seronok ketika itu, pipinya dicium berkali-kali oleh Jimin.

"Macam mana hubungan kau dengan Jihyo sekarang? Makin okay? "Tanya Jay

Ops! Esta imagem não segue nossas diretrizes de conteúdo. Para continuar a publicação, tente removê-la ou carregar outra.

"Macam mana hubungan kau dengan Jihyo sekarang? Makin okay? "Tanya Jay

"Lepas dia settle urusan dekat sana, kami akan kahwin balik. Jemput la datang ye"

"Woahh akhirnya ! Jaga Jihyo elok-elok. Kau sorang je yang dia ada. Jangan hancurkan dia lagi macam dulu"

Taehyung senyum

"Aku sayang dia. Aku akan tunaikan janji aku dekat Seo Joon" kata Taehyung. Tiba-tiba telefon Taehyung berbunyi, panggilan dari Jihyo.

"Yes sayang? Why? "

"You dekat mana? Keluar dengan anak-anak ke? "

"Haah sayang. I keluar dengan anak-anak. Kenapa tu? You dah balik? "

"I dah ada dekat rumah. Takpela kalau you keluar dengan anak-anak, i saje tanya"

"Ouh okay sayang. Before 6pm kitaorang balik"

"Okay" panggilan dimatikan. Jihyo tidak syak apa apa yang pelik berlaku. Nasib baik.

"Jihyo ya? "

Taehyung angguk.

HALF SOUL 2 | K T HOnde histórias criam vida. Descubra agora