24

51 6 0
                                    

Jihyo bangun dari tidur dengan keadaan badan yang sakit. Dia berdiri lalu menuju terus ke tandas untuk membersihkan diri. Rasa jijik, kotor dan hina bila suami sendiri buat dia seperti pelacur simpanan.

"Aww ss-sakit"

Dia mencuci luka di hujung bibir itu dengan berhati-hati. Nak menangis? Air mata pun sudah kering. Sedar tak sedar, sudah 5 bulan dia berkahwin dengan Dong Wook dan 5 bulan juga dia tidak menghubungi anak-anaknya.

Selesai membersihkan diri, Jihyo terus keluar dari rumah untuk pergi ke pejabatnya.

"Awak ada apa apa info tentang anak saya dekat sana?"

"Hmm.."

"Kenapa? Anak saya okay je kan? Duit yang saya minta awak uruskan tu, awak bagi dekat Taehyung kan?"

"Saya bagi puan. Semua yang puan minta saya dah selesaikan. Cuma .."

"Cuma apa? Jaeyun masuk hospital balik ke?"

"Sakit limfoma Jaeyun makin teruk"

Berair mata Jihyo mendengar anaknya sakit. Ibu mana yang mahu anaknya sakit.

"Mesti ada cara kan nak bagi dia sembuh balik? Tolonglah cari. Saya sanggup bagi semua duit yang saya ada. Janji, anak saya sihat semula. Tolong saya.. "

"Saya akan cuba, Puan"

Jihyo menangis. Dia rasa dia ibu yang gagal dan isteri yang malang saat itu. Meskipun banyak hal yang dia cuba hadap dengan sabar, dia masih tidak akan dapat rasa kebahagiaan yang dicari.

"Maafkan ibu, Jaeyun"

Dong Wook's POV

"Apa info yang kau dapat dari orang tu?"

"Saya dapati yang Puan Jihyo ada banyak buat transaction duit dekat dia dan saya dah periksa latar belakang orang tu"

"Ada kena mengena dengan bekas suami dia?"

Lelaki itu mengangguk. Dong Wook menggenggam erat tangannya. Dia geram bila dapat tahu Jihyo masih berhubung dengan Taehyung di belakangnya.

"Betina tak guna"

××××××××××××××××××××

"Papa.."

"Ye sayang. Kenapa? Jaeyun dahaga ye?"

"Jaeyun nanti kena cucuk lagi ke ? Jaeyun sakit ... Jaeyun taknak kena cucuk lagi"

"Tahan sikit. Lepas doktor cucuk, kita balik rumah ye?"

Jaeyun mengangguk dan menunggu untuk disuntik sekali lagi. Taehyung yang mengambil alih tugas seorang ibu sekarang. Biarlah dia berulang alik ke hospital dan rumah, janji Jaeyun kembali sihat.

Thalea pula dijaga oleh Jimin sementara dia sibuk menjaga Jaeyun. Nampak seperti Thalea dah makin mesra dengan ayah kandungnya itu.

"Papa sayang kamu. Cepat sembuh ye sayang"

××××××××××××××××××

Jihyo tiba di rumah lewat malam. Terpaksa balik lewat kerana kerja yang bertimbun dan perlu selesaikan masalah majistret sebelum anak guam Jihyo masuk ke mahkamah.

"Saya dah balik.."

"Lambat kau balik harini. Menggatal dengan jantan mana?" Dong Wook menunggu Jihyo di ruang tamu. Dia tidak memandang langsung Jihyo.

"S-saya.. saya ada kerja. Bukan saya ada chat awak bagitahu ke?"

"Kerja atau kau sibuk cari jalan nak contact Taehyung?"

"Apa awak merepek ni? Bila masa saya contact dia? Awak dah block dia dekat semua tempat, even sim card saya pun awak boleh linking kan? "

"Aku tak bodoh la Jihyo. Kau cari orang untuk jadi orang tengah kan?"

Jihyo terdiam.

"Betul kan? Hahaha kau ni. Memang betina murah! "

Dong Wook berdiri dan mendekatkan diri dengan Jihyo. Jihyo dah makin kebelakang.

" Kenapa? Kenapa takut? Sebab dah kantoi kau curang? "

" Saya ... Saya tak buat apa pun dengan dia.. saya cuma .. "

" Cuma apa ? Cuma lepas rindu? "

Satu penampar hinggap di pipi Jihyo. Terpelanting Jihyo sehingga terjatuh dia ke lantai.

" Kau memang perempuan sial"

Kali ini penumbuk diberi ke muka Jihyo.

" Bila aku bagi muka dekat kau. Kau pijak aku. Kau memang nak kena kurung dengan aku betul la. Lepasni kau jangan keluar. Aku tak izinkan kau keluar. "

Perut Jihyo ditendang berkali kali. Rambutnya ditarik dengan kasar lalu dihentak ke dinding tanpa rasa kesian.

"KAU DENGAR SINI . KAU MILIK AKU. KAU HANYA MILIK AKU. KAU DENGAR TAK? SAMPAI MATI PUN KAU MILIK AK-"

Vase kaca diketuk dengan kuat di kepala Dong Wook yang sedang menggila menyeksa Jihyo. Jihyo terkejut melihat darah mengalir di kepala Dong Wook.

"Kau tak layak la digelar suami. Syaitan !!"

Jihyo menganjak diri jauh dari Dong Wook yang dah tidak sedarkan diri lepas vase dipukul di kepalanha.

"Puan, cepat keluar dari sebelum dia sedar. Cepat lari !!" Maid yang mengetuk kepala Dong Wook tadi mengarahkan Jihyo melarikan diri.

"Terima kasih.."

"Pergi cepat ! Puan balik jumpa anak puan. Cepat sebelum Tuan sedar"

Jihyo mengangguk lalu berlari keluar dari rumah walaupun keadaan badannya tengah sakit. Kereta dipandu dengan laju ke lapangan terbang, dia membeli tiket penerbangan yang sedia ada.

"One ticket direct to Seoul. Any flight"

××××××××××××××××××××××

Taehyung dan Jaeyun baru sahaja pulang dari hospital. Jaeyun sudah tertidur di dalam bilik ditemani Puan Kim manakala Taehyung mengambil tempat rehatnya di ruang tamu.

"Fuhh ...."

Dia menghela nafas lega selepas selesai satu kerjanya menguruskan Jaeyun. Baru sahaja dia ingin melelapkan mata, terdengar bunyi pintu rumah diketuk.

"Ahhh siapa pula yang datang waktu macam ni ?"

Dengan kaki yang berat melangkah, Taehyung berjalan pergi  ke pintu untuk membukanya.

"Ye siapa dekat luar?"

Pintu dibuka.

"Taehyung..."




HALF SOUL 2 | K T HWhere stories live. Discover now